Tag Archive : maki

/ maki

Maki polis sebab pelekat di cermin kereta

April 13, 2020 | Crime | No Comments

Wari Kiew berkata, dalam kejadian 10.45 pagi itu lelaki berusia 30 tahun itu pada awalnya ditahan kerana tidak membawa MyKad ketika memandu Toyota Vios.


Katanya, bagaimanapun dia secara tiba-tiba berang dan mengeluarkan perkataan kesat apabila salah seorang pegawai kanan polis bertanyakan mengenai pelekat satu pertubuhan yang ditampal di cermin keretanya.

“Suspek mempersoalkan tindakan pegawai kanan berkenaan yang bertanyakan kepadanya dan meminta pegawai terbabit untuk tidak mencampuri urusannya.

“Malah dia juga dengan biadap mengeluarkan perkataan ‘babi’ dan bersikap agresif kepada pegawai berkenaan sehingga memaksa pihak kami menahannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek tidak menemui sebarang peralatan yang terlarang dan membahayakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan pergaduhan serta menjalani hukuman bagi kesalahan berkaitan dadah.

“Dia kini ditahan bagi membantu siasatan kerana tindakannya yang menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas serta mengeluarkan kata-kata jelek terhadap polis,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 manakala suspek akan direman pada esok.

hmetro

Lelaki maki hamun penguatkuasa MBPP ditahan

April 7, 2020 | News, Viral | No Comments

penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa, hari ini.

Video berkenaan tular di media sosial beberapa hari lalu dan mendapat perhatian warganet yang mengecam tindakan suspek.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi, mengesahkan lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada 5.30 petang tadi.

Katanya, selepas kejadian itu, lelaki terbabit melarikan diri namun dia berjaya ditahan polis di rumahnya di Jelutong Timur, dekat Georgetown.

“Siasatan terhadap lelaki itu mendapati dia mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes dadah.

“Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat esok (6 April) dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya kepada media, hari ini.

Menerusi video itu, lelaki terbabit dilihat duduk di kerusi di Astaka Jelutong, jam 7.45 pagi 2 April lalu sebelum anggota penguatkuasa MBPP memintanya supaya beredar kerana perlu patuh pada arahan PKP.

Berikutan tidak berpuas hati dengan arahan itu, dia menghamburkan kata-kata kesat terhadap penguatkuasa berkenaan.

-hmetro

//nessainy.net/4/2458908