Tag Archive : malaysia

/ malaysia

Malaysia tanggungjawab kita bersama

September 17, 2020 | National | No Comments

Perubahan tidaklah semudah yang disangka. Manakala kompromi pula memerlukan sedikit pengorbanan, dan itu juga bukanlah satu perkara yang mudah. Namun begitu, setiap hari tatkala matahari terbit, kita diberi peluang untuk menjadikan sesuatu perkara lebih baik, dengan membuat pengorbanan dan perubahan yang kecil.

Saya faham ramai rakyat Malaysia datang daripada pelbagai spektrum yang berbeza merasa sedih dan kecewa disebabkan sesuatu perkara atau perkara yang lain. Tidak cukup agama, terlebih agama, tidak cukup kaum, terlalu banyak kaum, tidak cukup kebebasan, terlalu banyak kebebasan.

Hampir 40 tahun kita telah dimomokkan untuk percaya kita amat berbeza. Di mana setiap kaum dipisahkan oleh harapan dan aspirasi, namun walaupun berbeza-beza, secara realitinya kita adalah sama.

Kita semua ingin berjaya dalam hidup, memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang baik, peluang pekerjaan, penjagaan kesihatan untuk keluarga kita dan peluang untuk bersinar. Kita semua mahukan hak untuk beribadat kepada sesiapa sahaja yang kita pilih.

Aspirasi dan harapan kita adalah sama. Tetapi ianya memerlukan masa dan kesabaran untuk keluar daripada kepompong momokan. Untuk keluar daripada ketakutan dan kejahilan. Untuk menjadikan dunia, tempat yang lebih baik, menjadikan Malaysia sebagai rumah yang kita semua inginkan, ianya memerlukan kesabaran. Ianya lebih baik untuk mencuba dan gagal daripada tidak mencuba langsung sama sekali. Setiap kegagalan itu merupakan ilmu untuk menuju kejayaan, dan saya mempunyai banyak pengalaman dari segi ilmu yang berhasil dari kesilapan.

Hakikatnya, tiada negara seperti Malaysia. Dengan semua kesilapan kita, tiada negara yang cocok untuk kita anggap sebagai rumah. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana individu yang cuba menakut-nakutkan kita, sama ada mereka adalah warga asing ataupun rakyat tempatan – tanpa mengira warna kulit, untuk cuba memecah-belahkan kita. Jadi, janganlah kita cepat melatah. Kita seharusnya bersatu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita mempunyai cabaran-cabaran getir di hadapan kita. Namun, tiada apa yang tidak dapat kita tempuhi dan atasi. Saya mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap tanah air dan rakyatnya. Saya percaya akan anda semua. Saya seorang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Kita semua Malaysia, Jangan pernah kita lupa. KITA ADALAH MALAYSIA.

-sinarharian

PERPUSTAKAAN bergerak sangat popular di Taiwan. Kini, budaya positif tersebut diperkenalkan di Malaysia kepada orang ramai.

Taipei Economic and Cultural Office (TECO) dan Persatuan Kebudayaan Han menganjurkan Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama sempena sambutan Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 dan Dekad Membaca Kebangsaan.

Memetik laporan media tempatan, wakil TECO di Malaysia Anne Hung berkata, objektif penganjuran projek ini adalah untuk memperkenalkan buku-buku Malaysia dan Taiwan kepada pembaca muda di negara ini.

“Kami memilih 135 jenis buku dari Malaysia dan Taiwan untuk memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan Taiwan kepada murid dan pelajar bersama buku-buku pelbagai bahasa yang diterbitkan di negara ini,” katanya.

Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Mengulas lanjut, Anne berkata, sebagai permulaan, projek perpustakaan bergerak itu akan menjelajah 20 sekolah rendah dan menengah terpilih di Semenanjung Malaysia bermula 17 Ogos hingga 4 Sept ini.

“…ia adalah sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca di sekolah dan harus dilihat sebagai pembinaan jambatan interaksi dan komunikasi.

“Ekoran pandemik Covid-19, kami turut menganjurkan sesi perkongsian secara dalam talian dengan menjemput panel-panel terpilih untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri buku,” katanya.

Jom Ba-Ku! Membaca itu jambatan ilmu guys!

-sinarplus

Malaysia’s success in curbing the coronavirus spread is a battle that’s far from over.

The country’s prime minister Muhyiddin Yassin announced that he would be launching a campaign called ‘Embracing New Norms’ and is expected to let the public know about it on August 8, 2020.

Communications and Multimedia minister Saifuddin Abdullah said that the campaign was created to raise awareness and empower people to protect themselves, their families, the community, and help frontliners fight the pandemic.

Abdullah also said that the prime minister would be releasing a book called Pembudayaan Norma Baharu Komuniti (New Normal Culture for the Community), which will be published by the Health Ministry.

He added that even if Malaysia is more successful than other countries when it comes to stopping the virus, he cautioned that the virus still exists. The number of infections could go up if people don’t embrace the new norm.

He said, “This is not just about complying with laws and regulations. It is a matter of understanding and embracing it for the common good of all. The frontliners have fought hard. Now it is our turn to help them… we take care of each other.”

One example that he brought up was a mosque prayer where people were wearing face masks, brought their own prayer mats, and observed physical distancing rules. But once outside, everything was forsaken.

The campaign will be carried out from August 8 until the end of 2020. Traditional and social media, billboards, roadshows, religious programmers, posters, and banners will be used to educate the public on the new norm in society.

The minister is welcoming of ideas which make the campaign a success and hopes leaders will be creative in spreading the information and message within their community.

Muhyiddin will be launching the campaign on August 8 at the Pagoh Sports Complex in Johor, Malaysia.

-mashable

PETALING JAYA (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK, REUTERS) – All those returning to Malaysia from overseas will have to undergo their mandatory quarantine at hotels or quarantine centres starting from Friday (July 24), said Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri Ismail Sabri, who is also Defence Minister, said this requirement applies to both Malaysians and non-citizens who have been allowed to enter the country.

Under current rules, returnees who test negative for the coronavirus upon arrival in the country are allowed to serve their mandatory 14-day quarantine at home. But this option will no longer be available from Friday.

Mr Ismail Sabri, who was speaking at a press conference on Tuesday, said those arriving from Friday will have to bear the full cost of their quarantine at hotels and government centres.

The new requirement comes amid rising Covid-19 infection numbers after Malaysia eased its shutdown measures on June 10, allowing businesses and most social activities to resume but with social distancing protocols in place.

Recently, five cases were detected in the “Novgorod cluster”, which originated from a Malaysian who had returned from Russia on July 5. He had tested negative for the virus on arrival, but two days later began displaying symptoms of the disease such as fever and breathing difficulties.

A second test for the disease turned up positive, and one of his family members also later tested positive for Covid-19.

Mr Ismail Sabri said the police will no longer just give advice and issue warnings to those who flout social distancing rules under the recovery phase of the country’s movement control order (MCO).

“Many people seem to assume that there are no laws in place, as if the MCO has ended,” he said.

“The police have made a decision that there will be no more warnings and advice. They will take stern action on anyone who violates the MCO,” he added.

On Monday, the police detained 80 individuals for violating the MCO – 20 of whom were remanded, four released on police bail and 56 issued compounds.

He said that 37 people were detained for activities at pubs or nightclubs, while 43 were detained for activities that made it difficult for social distancing measures to be observed.

The minister said that nightclubs were still not allowed to reopen under the recovery MCO and added that the local authorities would increase enforcement activities on nightclubs, including suspending their licences.

“The government hopes the public will keep on being the eyes and ears for the authorities in reporting any instances where standard operating procedures have been violated,” he said.

The number of new Covid-19 cases has risen by double digits in the past few days, sparking fears of a fresh wave of infections.

The Malaysian health authorities recorded 21 new coronavirus cases on Monday, lifting the total since the outbreak began to 8,800 cases and 123 deaths.

Monday was the third straight day of double-digit rise in infections, after the country managed to broadly hold daily growth to single digits since movement controls were eased on June 10. The number of positive cases had climbed by 15 on Sunday, and by 18 two days prior.

-straitstimes

BUAT orang di Perak, jangan tak tahu ya komer… Perak dah cipta sejarah dengan menawarkan pengalaman baharu kepada pencinta filem yang nak menonton wayang secara pandu masuk pertama Malaysia.

Terletak di Downtown Meru Raya, Ipoh ia dah pun dibuka kepada orang ramai bermula kelmarin (18 Julai 2020).

Bagi yang tertanya-tanya macam mana ‘rupa’ wayang pandu masuk ni, untuk pengetahuan ia ala zaman kanak-kanak dulu yang pernah membesar dengan wayang- wayang pacak oleh jabatan penerangan ya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ilham mewujudkan kemudahan itu datang daripada pengalaman waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu menjaga jarak sosial.

“Saya fikir jangan biar Covid-19 mengawal kita, tetapi kita yang harus mengawal Covid-19, jadi datang la idea untuk berhibur dengan menonton filem melalui wayang pandu masuk ini.

“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana pihak Perak Corp Berhad (PCB) telah pun menunaikan janji mereka kepada saya untuk terlibat sama dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan di negeri Perak dengan mengadakan fasiliti drive cinema ataupun panggung lalu pandu masuk.

“Kalau dulu saya menonton filem Grease dan di situ saya melihat bagaimana orang di Amerika menonton wayang dalam kereta dan waktu kita kanak-kanak dulu saya biasa membesar dengan wayang- wayang pacak oleh jabatan penerangan suasana sebegitu dapat dikembalikan dengan usaha ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Casuarina Sini-Drive di Ipoh.

Bagaimanapun kata Ahmad Faizal, beliau berpandangan bahawa pihak penganjur perlu menjaga tatasusila pengunjung supaya tidak berlaku sebarang perkara tak baik di kawasan berkenaan, lapor  Perak Today.

Bersama keluarga

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif PCB, Zainal Iskandar Ismail, kelainan Casuarina Sini-Drive adalah penonton boleh membuat tempahan secara atas talian.

“Kita tawarkan makanan secara atas talian, penonton boleh membeli tiket dan kupon secara atas talian, malahan makanan juga akan dihantar ke kereta.

“Penonton juga boleh merasai pengalaman mendengar semua sistem audio dan suara di dalam kereta masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Zainal Iskandar berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.

Menurutnya, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula pukul 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6×18 meter itu setiap hari kecuali Isnin bermula esok (18 Julai).

“Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.

“Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan,” katanya.

Sementara itu tambah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, beliau berpendapat bahawa pawagam pandu lalu merupakan satu idea yang sangat baik demi memberi peluang kepada rakyat untuk keluar meluangkan masa bersama sama dengan keluarga.

“Saya yakin bahawa terdapat ramai orang yang tidak mahu mengambil risiko terjangkit dengan wabak yang merbahaya ini. Mungkin ada juga yang merasakan SOP yang telah ditetapkan itu agak renyah untuk dipatuhi, maka di sini lah usaha dan initiatif seperti Sini-Drive ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

“Selain itu, Sini-Drive ini juga berpotensi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Perak khususnya ke Bandar Meru Raya. Perkara ini dapat menjana dan merancakkan ekonomi setempat sejajar dengan seruan kerajaan negeri dalam kempen #TravelPerakLah yang telah dilancarkan baru baru ini,” katanya.

-sinarplus

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan platform e-dagang, Shopee buat julung kalinya bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau ‘Durian E-Fiesta’ bermula esok sehingga 19 Julai ini.

Ketua Pengarah Fama Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.

Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, Fama dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan serta pelbagai lagi tawaran menarik.

“Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat ‘Shocking Sale’ pada harga RM10 saja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, mengambil kira pengguna yang mungkin kurang menggemari buah itu, Durian E-Fiesta turut memasarkan buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nanas dan banyak lagi pada kempen berkenaan.

Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang saja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.

hmetro

PUTRAJAYA (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) – Malaysia’s annual National Day parade will not be held this year due to the Covid-19 pandemic, said Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob.

However, other programmes related to the celebration on Aug 31 may be held with standard operating procedures (SOPs) in place, he added.

“For now, there will be no parade. We have not scheduled for it to be held because this event involves large crowds… by the thousands. Social distancing, especially among the public who attend the event, will be hard to put into practice.”

“So, for now, no permission has been given for big celebrations or parades for National Day, ” he said in his regular briefing here on Wednesday (July 8).

Datuk Seri Ismail added that the multimedia and communications minister will announce other programmes, aside from the parade, that will be held in conjunction with National Day.

“Datuk Seri Saifuddin Abdullah will announce the details as well as SOPs that must be followed for programmes related to the National Day celebration, ” he said.

straitstimes

A male teacher named Norazizi rose to infamy after releasing a video promoting rape culture. In his now deleted video, he mentioned that women have to take care how they dress, otherwise they would attract potential rapists.

In a press release to WORLD OF BUZZ, The All Women’s Action Society (AWAM) states that they are appalled by the statement made by Mohd. Norazizi, a lecturer at MRSM, Baling during a video discussing rape where he blames survivors of rape, going so far as to paint them as errant children.

“While Norazizi has since deleted the video and issued an apology, the fact that he, in his capacity as teacher, influencer and opinion-maker felt comfortable victim blaming is indicative of the rape culture we live in,” AWAM shared.

What is rape culture?

Rape culture was first coined in the 1970’s and refers to the normalization of rape owing to social values and gender norms. Victim blaming which focuses on the survivor’s clothes, location, looks or makeup stems the the invisible social narratives that (1) only men have sexual desire, (2) men are unable to control their urges, and (3) they are provoked to rape.

AWAM further shares other instances which debunks the claims Norazizi has mentioned:

We know that these narratives are not based in fact because:

  • Men are also survivors of rape. This year, a security guard was charged with 23 counts of sex-related offences, including seven counts of physical sexual assault and six counts of using a 9 year-old boy in making child pornography. Another case in Kedah saw a boy being sodomised in a toilet in May
  • In 2019, an 85-year old woman was raped in Malaysia
  • In 2018, a nine-year-old baby died after being raped, sodomised and abused
  • Perpetrators of rape within the last year includes young children, gardeners, and family members. A few days ago, a man was arrested for raping his daughter and step-daughter
  • Most perpetrator of rape are known to the survivors. In November 2019, PDRM released statistics that showed that in cases of child incest, the biggest category of perpetrators is the father (including step-fathers)
  • Women who are covered head-to-toe are also raped. In March, a 17-year old received several rape threats online despite dressing conservatively simply for resembling a Korean celebrity

Rape is not about chastity. Rape is not about sex. Rape is certainly not about dress.

AWAM shares,

“Rape is the gross act of demeaning or commodifying a person by way of forced sexual intercourse without the other person’s explicit and enthusiastic consent.  By perpetuating social ideas on victim-blaming, effectively, we are indirectly enabling rape.

“Rape culture is the main reason that survivors do not feel safe when reporting rape or getting support from family or friends. It prevents individuals from experiencing healthy romantic and sexual relationships and maintaining a healthy psyche.

“Survivors of rape have enough to deal with. The physical and psychological effects can translate into disgust of their physical body, self-harm, self-sabotage, self-hate, self-blame, and sometimes even deteriorating social and familial relationships . This does not include the effect on their personal and professional lives. Many often deal with the fear of intimacy, of contracting sexually transmitted infections, and getting pregnant.

“It is time that we stop normalizing rape culture and rape apologists – people who tend to trivialize the severity of rape by blaming it on the survivor, or by disputing the need for consent –  by rejecting victim-blaming as a response to rape and holding perpetrators of rape accountable for their actions.”

So next time someone tries to victim-blame a person who is raped, school them.

-worldofbuzz

MUNGKIN sebelum ini korang hanya mendengar dan melihat cerita dari negara seperti Korea Selatan tentang keseronokkan menonton wayang secara drive in cinema.

Tapi jangan tak percaya, di Malaysia pun bakal ada panggung wayang macam ni tau.

Pertama di Malaysia, akhirnya berita panggung wayang drive in ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun @mjjunction2020 yang merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih belum diumumkan lagi.

Seperti yang korang sedia maklum, panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka. SinarPlus percaya langkah perlaksanaan drive-in ini adalah salah satu usaha yang baik.

Dengan adanya wayang secara drive-in, maka bolehlah korang menonton tanpa rasa risau untuk menjaga jarak sosial. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan korang.

Dengan menguna pakai konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka.

Sama macam korang tengok wayang dalam hall tapi ini versi drive-in cinema yang mana struktur panggung wayang yang terdiri daripada skrin putih yang besar, mesin projektor, dan kawasan meletak kenderaan yang luas.

Seperti apa yang pernah dilaporkan media, pada asalnya, bunyi filem dapat didengari daripada pembesar suara yang diletakkan berhampiran layar, tetapi ada juga yang meletakkan pembesar suara individu yang digantung dari tingkap setiap kereta dan disambung dengan wayar.

Populariti drive-in cinema kini semakin meningkat apabila beberapa kawasan dan negara di seluruh dunia menggunakan cara tersebut untuk menayangkan filem kepada orang ramai seperti di Korea, Dubai malahan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia sudah pun melaksanakannya.

Wah bestnya, amacam korang? So, jom lah dapatkan tiket korang sekarang! Tak salah kita explore benda baharu kan?

-sinarplus

PELABUHAN KLANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan satu unit kontena mengandungi buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang tiba di sini 7 Jun lalu dengan kapal IBN Al Abbar.

JAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, penahanan itu berikutan notifikasi yang diperoleh daripada Basel Action Network (BAN) sehari sebelumnya.

“Pemeriksaan pada 18 Jun 2020 mengesahkan kontena itu mengandungi e-waste sebagaimana dilaporkan.

“Siasatan JAS juga mendapati syarikat pengimport sama mengimport tiga unit kontena e-waste dari Amerika Syarikat iaitu pada 16 April, 14 Mei dan 3 Jun lalu di mana semua kontena itu ditahan JKDM,” katanya.

Menurut JAS, pihaknya sudah mengarahkan semua kontena dihantar pulang ke negara asal dan sehingga 26 Jun, sebanyak dua daripada empat kontena berjaya dihantar pulang.

Katanya, notis dikeluarkan kepada pemilik syarikat serta dua syarikat perkapalan yang bertanggungjawab membawa masuk kontena itu.

“Pemeriksaan di alamat premis syarikat pengimport itu mendapati ia tidak menduduki alamat pejabat seperti dinyatakan.

“Namun pemilik syarikat terbabit berjaya dikesan berdasarkan maklumat dalam dokumen pengimportan sebelumnya.

“Pengimportan keempat-empat kontena ini didapati dilakukan tanpa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Konvensyen Basel di Malaysia iaitu JAS,” katanya.

Menurut JAS, pihak Competent Authority di Amerika Syarikat juga dimaklumkan mengenai pengimportan haram ini walaupun negara berkenaan bukan ahli kepada Konvensyen Basel.

“Kes ini salah satu dari 23 kes pengimportan haram buangan terjadual yang berjaya dikesan dan dipatahkan oleh JAS dengan kerjasama JKDM dan pihak berkuasa pelabuhan bagi tempoh 1 Januari hingga 26 Jun lalu,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menegaskan pengimportan apa-apa buangan terjadual memerlukan kelulusan dari JAS.

“Jika sabit kesalahan, hukuman penjara mandatori maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000 boleh dikenakan selaras peruntukan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sebarang pergerakan merentasi sempadan buangan terjadual hendaklah juga memenuhi sepenuhnya prosedur yang ditetapkan di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya.

“KASA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi pemprosesan dan pelupusan buangan terjadual dari negara luar tanpa sebarang kebenaran,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan tegas akan diteruskan terhadap syarikat yang didapati menjalankan pengimportan buangan terjadual secara haram ke Malaysia termasuk mengenalpasti dalang dan premis yang digunakan bagi memproses bahan diimport itu.

hmetro

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908