Tag Archive : Maut dilanggar

/ Maut dilanggar

Remaja 13 tahun maut dilanggar kereta

December 28, 2020 | News | No Comments

Kota Samarahan: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 5, Jalan Datuk Mohd Musa berdekatan bulatan Summer Mall, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa, Muhammad Zaim Rahimi Zamri, 13, dari Kampung Sebandi Ulu, Asajaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan membabitkan motosikal ditunggang mangsa, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).


“Kemalangan berlaku apabila MPV terbabit bergerak dalam bulatan di lorong tengah dari arah Summermall menuju ke arah Kuching bertujuan untuk ke Uptown.
“Semasa hendak keluar bulatan masuk ke laluan menuju Kuching, sebuah kereta dari arah Summermall berada di dalam bulatan laluan luar kiri hendak berpusing menghala ke arah Asajaya berlanggar dengan sebuah motosikal yang bergerak di antara MPV dan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kereta terbabit melanggar mangsa yang menunggang motosikal terlebih dahulu sebelum mangsa terjatuh dan dilanggar MPV.
“Pemandu kereta terbabit melarikan diri dari tempat kemalangan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

hmetro

//usounoul.com/4/2458908