Tag Archive : Mayat

/ Mayat

Mayat lelaki dalam parit

June 25, 2020 | News | No Comments

MAYAT lelaki warga Thailand yang turut menghidap penyakit sawan ditemui dalam parit di Kampung Bukit Kuching, Jeram, di Kuala Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, mayat itu ditemui orang awam jam 12.45 tengah hari bersama sebuah motosikal Honda EX5 berwarna hitam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun adalah pekerja di sebuah restoran di Kampung Bukit Kuching, Jeram.

“Hasil temubual bersama waris memaklumkan mangsa beberapa kali mengalami sawan semasa bekerja. “Mangsa keluar dari restoran menaiki motosikal selepas selesai bekerja pada malam kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, mayat mangsa diangkat dari parit dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Hmetro

Larikan mayat

June 16, 2020 | News | No Comments

Jakarta: Hospital di Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat selepas ramai sanak-saudara melarikan mayat mangsa Covid-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka.

Jurucakap polis tempatan, Ibrahim Tompo, berkata ahli keluarga mangsa Covid-19 merampas secara paksa mayat yang sudah sedia untuk dikebumikan mengikut protokol virus.

“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.

“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” katanya.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila tersebar khabar angin mendakwa beberapa mayat dijadualkan dikebumi segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit yang tiada kaitan dengan Covid-19.

“Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan marah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil mayat secara paksa untuk dibawa ke rumah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa di Surabaya berkata, empat individu ditahan selepas saudara-mara merampas mayat yang disyaki mangsa virus itu daripada hospital tempatan.

Untuk rekod, susulan penularan Covid-19, pihak berkuasa Indonesia menetapkan mayat mangsa Covid-19 mesti dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera bagi mengelakkan penularan virus.

hmetro

Ajal ketika kutip durian

April 22, 2020 | News | No Comments

PEKEBUN berusia 77 tahun maut selepas motosikalnya dipercayai tergelincir ketika mengutip durian di kebunnya di Sungai Ara, dekat Balik Pulau, hari ini.

Mayat lelaki berkenaan ditemui berhampiran motosikalnya oleh orang awam yang melalui tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat warga emas itu pada 5 petang hari ini.

Beliau berkata, anak mangsa mendakwa bapanya keluar dari rumah mereka di Kampung Batak, Relau, dekat Balik Pulau, pada 2 petang sebelum ke kebunnya bagi mengutip durian.

“Ketika menunggang motosikal, mangsa dipercayai tergelincir ketika melalui permukaan jalan yang licin di kebun berkenaan.

“Mangsa mengalami luka di kepala, manakala motosikalnya mengalami kerosakan di beberapa bahagian,” katanya kepada media, hari ini.

Mangsa yang ditemui orang awam kemudian dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi tujuan bedah siasat.

Mengulas lanjut Anbalagan berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan di kebun terbabit dalam keadaan basah dan berlumpur serta hanya boleh dilalui sebuah motosikal sahaja.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

hmetro

Pelajar Tingkatan Lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azari Miskon berkata, remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Selain itu, suspek yang beralamat di Felda Keratong 5 juga disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bedah siasat di Hospital Muadzam Shah ke atas mayat mangsa berusia 17 tahun itu juga mengesahkan punca kematian adalah disebabkan cedera parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke garaj tempat mayatnya ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam media melaporkan penemuan mayat seorang remaja perempuan di garaj kenderaan yang dipercayai ditinggalkan oleh teman lelakinya selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa.

Kemalangan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3 sekitar jam 3.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggangi mereka untuk bersiar-siar terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.

SH

Suspek berusia 17 tahun itu dikatakan membawa mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan kilang sawit Felda Keratong 3 kira-kira 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, hasil siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan keluar berjalan-jalan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan seekor kerbau yang baring di tengah jalan.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan peha dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, suspek bertindak membawa mayat dengan menaiki motosikal yang sama menuju rumah remaja perempuan itu di Felda Keratong 10 sebelum meninggal mangsa di garaj.

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian.

“Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa adalah anak sulung dari empat orang beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.

hmetro

Mayat wanita terbaring tepi bangunan

March 3, 2020 | News | No Comments

PENGUNJUNG sebuah pusat beli belah di Penampang digemparkan dengan penemuan mayat wanita dalam keadaan terbaring di lorong belakang bangunan berkenaan pada malam ini.

Mayat wanita berusia 33 tahun itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis pada 7.18 malam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik menerima maklumat daripada orang awam, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati seorang wanita ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang ke tempat kejadian.

“Punca kematian belum dikenal pasti dan mangsa bukan terjatuh dari bangunan kerana pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan teruk atau mangsa mengalami patah tulang.

“Bagaimanapun, mayat itu sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Haris berkata, pihaknya percaya mangsa adalah warga asing dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hmetro

Mayat tak cukup sifat terdampar

December 3, 2019 | News | No Comments

MAYAT reput tanpa kepala, tangan dan pergelangan kaki ditemui terdampar di pantai Kampung Pasir Putih, Merchang di Marang hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat berkenaan ditemui penduduk kampung berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis pada 3.30 petang.

Menurutnya, pihaknya percayai ia mayat lelaki dan ditemui dalam keadaan terlalu uzur.

Katanya, pihaknya percaya mangsa sudah meninggal dunia antara 10 hingga 15 hari lalu sebelum dihanyutkan ke pantai berkenaan.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Mayat itu sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang ditalian 09-6182222,” katanya.

hmetro

Mayat lelaki dalam Sungai Kim Kim

November 8, 2019 | News | No Comments

MAYAT lelaki tanpa identiti yang mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Ismail Dollah berkata, mayat mangsa dipercayai warga tempatan dianggarkan berusia lewat 40 tahun itu dijumpai orang awam pada 11.41 pagi Rabu lalu.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90 kilogram.

“Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung,” katanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ismail berkata, dalam masa sama pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mangsa atau ada saudara-mara yang hilang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

hmetro

Pemotong rumput jumpa mayat di kawasan semak

October 11, 2019 | Viral | No Comments

MELAKA TENGAH – Mayat tidak sempurna ditemui oleh seorang pemotong rumput ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan semak berhampiran jalan utama Kampung Landang, Krubong di sini petang tadi.

Difahamkan mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui individu berusia 37 tahun sekitar jam 4 petang dan memaklumkannya di Balai Polis Tanjung Minyak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata, mayat tanpa pakaian itu ditemui dengan sekurang-kurangnya lapan bahagian badan selain disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Menurutnya, mayat terbabit dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Polis mendapati mayat itu berada dalam keadaan tidak sempurna dan disyaki di bunuh di tempat lain.

“Identiti mangsa termasuk jantina belum diketahui. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang laporan orang hilang dan jika ada di antara mereka yang hilang ahli keluarga atau kenalan boleh membuat laporan polis di balai polis berdekatan,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian itu sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada mayat ditemui lebih dari seorang individu, Afzanizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan segala keputusan akan dimaklumkan selepas menerima laporan bedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia selalu menggunakan jalan tersebut yang menjadi laluan utama penduduk tetapi tidak mengesyaki kejadian berkenaan.

“Memang beberapa hari lalu ada bau busuk tapi saya sangka bau bangkai haiwan. Kami tidak ambil tahu tetapi terkejut rupanya bau mayat,” katanya.

SH


SINGAPURA: Seorang lelaki yang cemburu kerana cinta tidak berbalas bertindak membunuh wanita dicintainya sebelum cuba mengadakan hubungan seks bersama mayat mangsa.

Suspek, Boh Soon Ho, 51 dan berasal dari Malaysia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah Rabu lalu atas pertuduhan membunuh, cubaan menyetubuhi mayat serta melarikan barangan berharga milik mangsa.

Pendakwa dalam ucapan pembukaan berkata, Boh mengintip pergerakan wanita itu sebelum mendapati beliau memiliki teman lelaki, dan bertindak bertemu mangsa bagi meluahkan kemarahan.

Beberapa hari selepas pertemuan berkenaan, tertuduh dan mangsa makan bersama di rumah pangsa disewa lelaki itu pada 21 Mac 2016.

Apabila cubaan mengadakan hubungan seks dengan mangsa gagal, penduduk tetap Singapura itu menjerut leher mangsa yang berusia 28 tahun menggunakan tuala mandi.

“Dia kemudian bertindak membogelkan mangsa, merakam foto dan cuba melakukan hubungan seks, namun gagal kerana tidak berupaya mengekalkan ereksi,” kata pendakwa.

Pendakwa berkata, tertuduh melarikan diri ke Malaysia tetapi berjaya ditahan pihak polis pada awal April 2016 dan dibawa pulang ke Singapura.

Timbalan Pendakwaraya, Wong Kok Weng berkata, mangsa, seorang jururawat dari China dikenali sebagai Zhang Huaxiang tidak membalas cinta tertuduh malah tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan intim bersama lelaki itu.

Mayat Zhang ditemui tuan rumah di atas katil milik tertuduh pada 22 Mac dan beliau bertindak menghubungi polis.

Susulan laporan, Boh ditahan polis di Malaysia pada 4 April tahun yang sama dan dibawa pulang ke Singapura.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, namun tidak boleh menjalani hukuman sebatan kerana sudah berusia melebihi 50 tahun. – Agensi

BHONLINE

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908