Tag Archive : MBSA

/ MBSA

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Pemutihan Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh, selama dua hari bermula esok.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, program itu bertujuan membantu peniaga dan penjaja di kawasan terbabit menjalankan perniagaan secara sah dan teratur.

“Insya-Allah, hujung minggu ini, pada 15 dan 16 Ogos akan ada program pemutihan untuk peniaga dan penjaja di situ

“Program ini, MBSA akan bekerjasama dengan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman

“MBSA berharap semua peniaga dan penjaja dapat mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke program ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Haris berkata, program terbabit akan diadakan di Dewan Meranti di Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20.

“Program itu akan membabitkan beberapa jabatan dalam MBSA iaitu Jabatan Pelesenan bagi permohonan permit penjaja sementara manakala Jabatan Bangunan bagi Tatacara Permohonan Permit Binaan Bumbung Sengkuap dan ‘Partition’.

“Jabatan Perancangan bagi keperluan kebenaran merancang bagi pembinaan sedia ada dan Jabatan Kesihatan Persekitaran bagi kebersihan dan keselamatan makanan.

“Pada hari Sabtu, program bermula pada jam 8 pagi sehingga 4 petang, manakala pada hari Ahad, program bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

hmetro

MBSA roboh khemah syarikat tekstil

May 14, 2020 | News | No Comments

SEBUAH khemah besar milik sebuah syarikat tekstil di Seksyen 7, dekat Shah Alam dirobohkan semalam kerana didapati dibina tanpa kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak empat Notis Amaran Kesalahan sudah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan sejak 2015 sebelum tindakan perobohan.

“Susulan itu, pada 2 Mac lalu, pihak MBSA mengeluarkan notis mengikut Seksyen 70(1) Akta 133 memaklumkan bahawa khemah di atas lot berkenaan didirikan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada MBSA.

“Notis mengarahkan pihak berkenaan secara serta-merta untuk merobohkan struktur khemah berkenaan.

“Pada masa sama, satu lagi notis mengikut Seksyen 72(1) Akta 133 dikeluarkan dan mengarahkan pihak berkenaan untuk merobohkan khemah berkenaan dalam tempoh tiga hari tamat pada 4 Mac,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kegagalan syarikat merobohkan khemah seperti diarahkan dalam notis pada 2 Mac, MBSA pada 5 Mac mengeluarkan satu lagi notis mengikut Seksyen 72(6) Akta 133 mengarahkan pihak berkenaan untuk mengosongkan struktur khemah dalam tempoh 30 hari bagi tujuan operasi meroboh oleh MBSA.

Jelasnya, notis berkenaan tamat pada 4 April. Bagaimanapun, MBSA menangguhkan operasi meroboh yang sepatutnya dijalankan pada 5 April.

“Hasil pemeriksaan, syarikat mempamerkan iklan perniagaan tanpa kebenaran daripada pihak majlis dan tindakan sudah diambil mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 kerana mempamerkan iklan perniagaan tanpa kelulusan.

“Semakan juga mendapati pihak syarikat tidak mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi di tapak itu,” katanya.

Menerusi kenyataan itu, MBSA turut memberi amaran kepada semua pihak terutama pemilik premis perniagaan supaya sentiasa mematuhi syarat dan peraturan dan tidak mendirikan sebarang struktur binaan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada pihak MBSA.

Katanya, sekiranya didapati ada pemilik premis yang gagal mematuhinya, MBSA akan mengambil tindakan tegas.

Terdahulu, operasi perobohan itu membabitkan 95 kakitangan MBSA.

Operasi turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

hmetro

//thaudray.com/4/2458908