Tag Archive : menyamar

/ menyamar

Warga asing menyamar polis

March 22, 2021 | News | No Comments

Cubaan seorang lelaki warga asing menyamar polis dan ingin menyamun pencuci kereta di Taman Lembah Maju, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis.

Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, lelaki pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berusia 25 tahun berjalan ke pasar malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, dia bersama rakannya kemudian ditahan lelaki berusia 26 tahun yang juga pemegang kad UNHCR menunggang Modenas Kriss.

Menurutnya, suspek mengaku polis dan meminta pengadu memberikan kad UNHCR malah suspek juga mahu periksa beg mangsa.

“Mangsa yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena terus melarikan diri ke arah polis yang berada di kawasan berhampiran.

“Susulan itu, pada jam 11.35 malam, sepasukan anggota polis dari Pandan Indah berjaya membuat tangkapan suspek di kawasan Taman Lembah Maju Food Court,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga 2 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

HM

Warga asing menyamar polis

March 22, 2021 | News | No Comments

Cubaan seorang lelaki warga asing menyamar polis dan ingin menyamun pencuci kereta di Taman Lembah Maju, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, lelaki pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berusia 25 tahun berjalan ke pasar malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, dia bersama rakannya kemudian ditahan lelaki berusia 26 tahun yang juga pemegang kad UNHCR menunggang Modenas Kriss.

Menurutnya, suspek mengaku polis dan meminta pengadu memberikan kad UNHCR malah suspek juga mahu periksa beg mangsa.

“Mangsa yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena terus melarikan diri ke arah polis yang berada di kawasan berhampiran.

“Susulan itu, pada jam 11.35 malam, sepasukan anggota polis dari Pandan Indah berjaya membuat tangkapan suspek di kawasan Taman Lembah Maju Food Court,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga 2 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

-hmetro

 Seorang lelaki warga emas yang menyamar sebagai kerabat istana Kelantan dengan menawarkan gelaran Datuk serta meminta bantuan dengan syarikat, ditahan polis di Machang pada 27 Februari lalu.

Suspek berusia 69 tahun turut menggunakan gelaran Datuk palsu selain dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun lalu.

Modus operandi suspek adalah dengan menawarkan gelaran Datuk kepada individu tertentu, selain menyasarkan syarikat untuk meminta sumbangan berbentuk barangan, dengan alasan untuk diagihkan kepada orang awam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kegiatan lelaki yang berasal dari Kota Bharu itu terbongkar susulan pihak polis mendapat maklumat daripada pihak istana Kelantan.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada pihak istana pada 25 Februari lalu mengatakan ada pihak yang memalsukan dokumen dan menyamar sebagai penerima anugerah Datuk daripada istana.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun yang juga penjawat awam di Machang dan merampas satu kad mempunyai gambar serta penama bergelar Datuk.

“Hasil soal siasat, penjawat awam itu memaklumkan mendapat kad berkenaan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai kerabat istana Kelantan awal tahun lalu.

“Lelaki berkenaan juga tidak mengaku membuat sebarang bayaran untuk mendapatkan gelaran Datuk sebaliknya hanya menyerahkan salinan kad pengenalan serta sekeping gambar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan maklumat berkenaan, pihaknya menahan lelaki yang mendakwa kerabat istana Kelantan yang berusia 69 tahun pada hari sama di Machang ketika berurusan dengan pihak tertentu untuk mendapatkan sumbangan.

Katanya, ketika tangkapan dibuat, polis merampas beberapa dokumen termasuk surat, kad yang tertera gambar, cop yang ditulis kerabat istana, carta Istana Balai Besar serta negeri.

“Siasatan mendapati, suspek tidak bekerja dan tiada kaitan langsung atau hubungan dengan istana Kelantan. Suspek menggunakan maklumat serta gelaran Datuk palsu.

“Justeru, polis memohon mana-mana pihak yang menjadi mangsa kepada suspek berkenaan supaya tampil membantu siasatan polis kerana setakat ini hanya seorang ditemukan mendapat gelaran ‘Datuk’ daripada suspek itu.

“Kes ini terbongkar apabila penjawat awam berkenaan mungkin menunjukkan kad gelaran Datuk yang diterimanya kepada individu lain sebelum perkara itu sampai kepada pengetahuan pihak istana,” katanya.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 419, 468 dan 473 Kanun Keseksaan dan akan dituduh di Mahkamah Tumpat, hari ini.

HM

Waspada individu menyamar Datuk Seri, Tan Sri

March 3, 2021 | News | No Comments

Polis menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai individu menyamar dengan menggunakan gelaran “Datuk Seri” atau “Tan Sri” yang disyaki aktif memeras ugut di sekitar negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini kerana terdapat individu yang mempunyai gelaran itu berselindung di sebalik aktiviti kebajikan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka menyumbang derma dan van jenazah bagi memastikan kegiatan jenayah terlindung.

“Individu ini ibarat ‘Robin Hood’. Saya percaya banyak NGO ada kaitan dengan individu gelaran ini dan menjanjikan akan memberi itu ini dan polis juga sedang menyiasat sama ada kes berkenaan berkaitan dengan parti politik atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, kes peras ugut terbaharu membabitkan dua lelaki termasuk seorang peniaga besi buruk bergelar ‘Datuk Seri’ berumur 56 tahun dan rakannya 41 tahun yang disyaki mengugut orang awam, termasuk seorang pegawai polis berpangkat inspektor pada Februari lalu.

Menurutnya, mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Isnin lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan, gelaran Datuk Seri salah seorang suspek itu dipercayai diterima daripada sebuah Kesultanan di Asia Tenggara dan gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dan suspek beranggapan gelaran itu boleh melebarkan sayap untuk mengugut sertakan menjalankan aktiviti jenayah.

“Tidak kisah dia dapat gelaran itu daripada mana, dari Malaysia atau di mana sahaja, sama ada bergelar ‘Datuk Seri’ atau ‘Tan Sri’, jika terlibat dengan aktiviti jenayah kita akan tangkap, tidak akan ada yang terlepas.

“Selain itu, hasil semakan juga mendapati Datuk Seri itu juga pernah dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat, ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak pada tahun 80-an dan 90-an,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dan Datuk Seri terbabit turut dikenakan satu lagi pertuduhan kerana mengugut pegawai polis yang menahannya di bawah seksyen sama.

HM

Siapa menyamar jadi Datuk Bandar Melaka ?

February 19, 2021 | News | No Comments

 Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Datuk Bandar menerusi aplikasi WhatsApp.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal apabila gambarnya dimanipulasi sebagai gambar profil oleh pemilik telefon tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menafikan nombor telefon tersebar itu adalah miliknya.

“Saya ingin menarik perhatian terhadap kecenderungan pihak tertentu yang mengeluarkan maklumat dan berita-berita palsu dengan menggunakan teknik licik untuk memperdaya orang ramai melalui applikasi WhatsApp’.

“Terkini, saya dikejutkan dengan penularan gambar saya di aplikasi whatsApp dengan menggunakan no telefon 011-18989012 yang meletakkan gambar saya sebagai gambar profil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menafikan perkara itu dan akan membuat laporan polis.

Beliau menasihati orang awam ataupun kenalannya membuat laporan polis sekiranya menerima mesej dari nombor telefon berkenaan.

HM

‘Scammer’ menyamar jadi Adun

September 7, 2020 | News | No Comments

Jelebu: “Saya terkejut apabila ditanya mengenai hasrat mahu meminjam wang, padahal tidak ada berbuat demikian.

“Mujur ada rakan prihatin bertanya kepada saya terlebih dahulu, jika tidak sudah pasti menjadi mangsa penipuan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Noor Azmi Yusof apabila nama dan gambarnya digunakan scammer bagi meminjam duit daripada orang lain.

Beliau berkata, enam rakannya dihubungi ‘scammer’ terbabit menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi sebelum menyatakan hasrat meminjam duit.

“Scammer terbabit menyamar sebagai saya dan menggunakan nombor telefon 01135101315 sebelum menghantar WhatsApp menyatakan mahu meminjam wang berjumlah RM3,900 hingga RM7,000 bagi pembayaran buku dan peralatan asrama.

“Pada 1 tengah hari, hari ini saya dihubungi rakan mengenai perkara itu dan menafikan ada berbuat demikian iaitu meminjam wang.

“Berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Pertang pada 3.42 petang selepas gambar saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi menipu orang ramai,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu berkata, polis mengesahkan menerima laporan daripada Adun terbabit.

hmetro

Seorang pemuda dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah masing-masing terhadap pertuduhan menyamar sebagai anggota tentera untuk membolosi sekatan jalan raya dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohamad Khidzir Hang Jebat, 28, didakwa dengan niat menyamar sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan memakai separuh seragam askar.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah kanun sama yang boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara satu lagi pertuduhan, dia didapati bergerak dari Kuala Lumpur ke Jalan Cheras iaitu tempat dalam kawasan jangkitan yang bukan tujuan untuk melakukan mana-mana yang diperuntukkan di bawah peraturan.

Kali ini dia didakwa mengikut perkara 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (PPPPB 2020) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM 1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mohamad Khidzir (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah menyamar anggota tentera dan ingkar PKP.

Lelaki tu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Cheras pada jam 3 petang, 21 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang memohon tertuduh diberikan hukuman setimpal kerana perbuatan menyamar sebagai anggota barisan hadapan adalah tidak bertanggungjawab.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimana pun merayu hukuman penjara dan dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.

Semalam, tular seorang lelaki memakai separuh seragam celoreng, milik ATM ditahan di SJR PKP di Cheras.

Pemuda itu mengaku dari Pasukan 74 Bn KPD, namun selepas diminta untuk menunjukkan bukti, dia gagal menunjukkan kad kuasa MyTentera.

Pendakwaan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

SH

Seorang kanak-kanak menyamar menggunakan kostum ‘baby shark’ untuk keluar dari rumah semasa perintah berkurung dilaksanakan di Ponchatoula, Louisiana.

Perbuatan Jalen Feimster berbuat demikian untuk mengaburi ibunya, Christine yang berada di rumah, lapor Metro.uk.com

Taktik itu pada awalnya berjaya, namun Christine meragui ekoran kostum tersebut sama milik dengan anaknya, Jalen Feimster.

Katanya, dia menjumpai gambar kanak-kanak memakai kostum ketika melayari Facebook.

“Sedang asyik melayari Facebook, saya tertarik dengan sebuah perkongsian gambar itu di laman sosial dan mereka memberitahu ‘baby shark’ di kawasan kejiranan saya.

“Saya fikir mungkin ada kanak-kanak lain memiliki kostum yang sama. Namun saya sedar, itu bukan anak orang lain tetapi anak saya.

“Dia setiap hari tanya boleh keluar bermain dengan kawannya. Pastinya saya melarang dan tak sangka dia menyamar guna kostum itu,” katanya.

-sinarharian

//usounoul.com/4/2458908