Tag Archive : mercun

/ mercun

Wanita jual mercun dicekup

May 18, 2020 | News | No Comments

BARU dua hari berniaga dah kena cekup. Itu nasib seorang wanita yang menjual mercun secara dalam talian yang ditahan ketika menghantar pesanan kepada pelanggan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Wanita berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang (IPD) berhampiran Medan Selera BBST, pada 9.20 malam.

Penahanan wanita itu juga hasil risikan dan penyamaran pihak polis yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk membeli mercun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, wanita itu juga sanggup memandu sejauh lebih 55 kilometer dari Petaling Jaya ke Sepang untuk menghantar pesanan pelanggan yang dibuat menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, setibanya suspek di lokasi pihaknya melakukan tangkapan dan memeriksa kereta digunakan suspek dan menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan di dalam kereta jenis Mercedes warna perak

“Suspek dipercayai menjual pelbagai jenis mercun melalui Facebook dan tidak memiliki premis. Dia hanya menjual secara penghantaran dan tunai selepas menerima pesanan daripada pelanggan.

“Hasil soal siasat, suspek menyatakan mendapat bekalan mercun daripada seorang lelaki yang tinggal di Kepong selepas menerima tempahan dari pelanggan.

“Suspek turut memaklumkan baru memulakan perniagaan kelmarin dan hanya sempat menjual kepada 10 pelanggan di sekitar Sepang dan Nilai,” katanya hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan ke kediaman suspek di Petaling Jaya tidak menemui sebarang simpanan mercun, namun siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengesan pembekal lelaki berkenaan.

“Semua mercun yang dianggarkan berjumlah RM500 dirampas dan suspek wanita yang tiada rekod lampau itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 / Peraturan 15(1) PPPPB 2020,” katanya.

Menurutnya, antara mercun yang dirampas adalah happy boom flower silver cracking rain (tujuh unit); happy boom ground bloom flower (10 unit); happy boom pili cracker (dua kotak besar); assorted celebration cake repeater (16 Shot, satu unit); happy boom fountain (dua); happy boom pili cracker (empat unit kotak kecik); happy boom firework (satu unit) dan happy boom fire flower silver cracking (dua unit).

hmetro

//oackoubs.com/4/2458908