Tag Archive : Nak Bayar

/ Nak Bayar

7-Eleven merupakan antara salah satu kedai serbaneka popular yang beroperasi 24 jam tanpa henti di Malaysia

Di dalamnya terdapat pelbagai keperluan kecil yang mudah untuk kita dapati, ini termasuklah barangan peribadi seperti tuala wanita dan kondom.

Tidak dinafikan pasti anda akan mempunyai sedikit rasa malu apabila ingin membuat pembelian barang-barang ini semasa di kaunter.

Tetapi kita akan sedar bahawa tiada siapa pun yang kisah atau membuat tanggapan ketika kita membeli barang-barang ini.

Sampaikan mesej kepada para pelanggannya melalui video TikTok

Ada segelintirnya cuba untuk menyorokkan barang-barang tersebut daripada dilihat orang sehinggalah ke kaunter pembayaran.

Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila seorang remaja lelaki yang bekerja di 7-Eleven berkongsi satu posting mengenai pendapatnya yang membuatkan ramai setuju.

Dalam video tersebut dia menyampaikan mesej kepada pelanggannya yang hadir untuk membeli barangan peribadi tapi malu untuk membayarnya.

Customer nak beli ‘Durex’ tapi malu-malu pula nak bayar

Dia yang membuat video tersebut berdasarkan pengalamannya memberitahu pelanggan itu ingin membeli ‘Durex’ tetapi merasa malu untuk membuat pembayaran di kaunter.

Disebabkan itu dia seolah-olah merasakan ianya bukan satu masalah bagi dirinya untuk pelanggan tersebut membeli barang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.

Perkongsian di laman TikTok itu telah mendapat 38.4k likes dan 1056k comments.

Lihat video penuh di bawah ini:

https://www.tiktok.com/@cashierboy/video/6892594092736253185?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6892594092736253185&sender_device=pc&sender_web_id=6891864250034619905&is_from_webapp=1

SAYS



//chooxaur.com/4/2458908