Tag Archive : Neelofa

/ Neelofa

Polis siasat majlis nikah Neelofa

March 29, 2021 | News | No Comments

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

HM

Umum sedia maklum, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi

Neelofa, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya baru-baru ini dengan memberi gambaran awal berkenaan aplikasi berkenaan.

“My new baby! Mudahkanlah Ya Allah. Moga ramai yang akan dapat manfaat darinya,” ujarnya menerusi Instastories.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app pula, kandungan aplikasi tersebut difahamkan berkaitan gaya hidup Muslim.

Selain itu, Neelofa turut memuat naik video berdurasi selama 31 saat tentang gambaran awal aplikasi berkenaan. Lihat video penuh di bawah:

https://www.instagram.com/p/CHxQydOH0a5/?utm_source=ig_web_copy_link

Antara fungsi dan kelebihan ‘The Noor by Neelofa’ yang anda patut tentang aplikasi ini ialah:

1. Tersedia lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia

Image from The Noor (Facebook)

Anda boleh memilih bahasa pilihan sendiri kerana aplikasi ini dilengkapi dengan lima bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.

Lebih menarik lagi, untuk bahasa Melayu terjemahannya disuarakan oleh Neelofa sendiri. Malah, difahamkan akan ada lagi pilihan bahasa lain akan datang untuk aplikasi ini.

2. ‘Al-Quran Player’ dan pilihan bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza

Image from The Noor (Facebook)

Aplikasi ini hadir dengan bacaan surah-surah daripada Al-Quran dan salah satu ciri utamanya ianya membolehkan anda memilih sendiri bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza.

3. Tunjuk arah kiblat dan fungsi senarai lokasi masjid berdekatan

Image from The Noor (Facebook)

Fungsi kiblat dengan pengesanan senarai lokasi untuk anda mencari masjid atau surau terdekat di kawasan diinginkan.

Paduan arah ke navigasi lokasi masjid atau surau itu boleh dicapai terus melalui Google Maps dan Waze.

4. Jadual waktu solat interaktif

Image from @neelofa (Instagram)

Difahamkan aplikasi ini turut tersedia waktu solat yang lengkap dan interaktif. Malah ianya turut menunjukkan waktu Imsak, Syuruk dan Dhuha.

Tidak dilupakan terdapat juga paparan tarikh Hijrah di jadual waktu solat berkenaan.

SAYS

//ashoupsu.com/4/2458908