Tag Archive : news

/ news

Malaysia’s Ministry of Health warns the public that news circulated on Whatsapp about a superspreader virus from India is false news.

Ministry of Health urges the public to stop sharing and spreading this fake news around the internet.

“CODE RED WARNING TO ALL MALAYSIAN”, says the title of the fake news, following with a brief description asking Malaysians to stay away from Mamak stalls and all Indian restaurants hiring Indian workers from India.

The fake news claims that there is a new Covid-19 cluster in Kuala Lumpur and that a virus named “Genom G64 Covid-19” from India and Egypt is a superspreader virus. The false Whatsapp news message also says that there is “no appropriate vaccines or treatment for this virus at least until 2023”.

Attached along with the false news is a link from a Malaysian online news portal. The link attached is a completely different story with no relation of the fake news.

The attached news was from 21 August 2020, which is a week ago from when the circulation of the fake news started on WhatsApp.

The editor of the news portal has also updated with a note that the fake news does not represent the news originally reported by them.

Remember to always double-check the sources of news and make sure it is credible and reliable instead of blinding spreading them, especially news affecting our health and safety.

W.O.B

Rambut sihat dan cantik

August 28, 2020 | News | No Comments

RAMBUT adalah mahkota bagi setiap wanita. Tidak hairan jika ramai yang mengimpikan untuk memiliki rambut sihat dan cantik bermaya.

Namun, masih ramai wanita yang gagal memiliki rambut idaman lantaran pemilihan dan penggunaan rangkaian penjagaan yang tidak sesuai.

Ini kerana ada rangkaian penjagaan mengandungi bahan yang merosakkan kesihatan dan kecantikan rambut.

Justeru, bagi memberi pilihan kepada wanita di negara ini, Guardian Malaysia (Guardian) membawakan secara eksklusif rangkaian penjagaan rambut jenama terlaris dari Korea, KUNDAL.

Jenama berkenaan sudah tidak asing lagi dan terkenal dengan rumusannya yang selamat serta semula jadi.

Ketua Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Tiffany Choo berkata, produk jenama itu menawarkan pengalaman mewah penjagaan rambut pada harga berpatutan.

Kata Tiffany, ia terdiri daripada syampu, perawatan rambut dan serum.

Katanya, jenama itu turut menawarkan produk penjagaan kulit iaitu mandian dan cecair pembasmi kuman.

“Guardian bangga dan teruja atas kerjasama eksklusif dengan jenama penjagaan peribadi paling terkemuka Korea di Malaysia.

“Ini kerana fokus utama adalah sentiasa pada keperluan pelanggan dan falsafah jenama ‘Kecantikan Sihat’ kami.

TIFFANY (kanan) bersama rangkaian produk penjagaan rambut terlaris di Korea yang ditawarkan di Guardian.  FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam
TIFFANY (kanan) bersama rangkaian produk penjagaan rambut terlaris di Korea yang ditawarkan di Guardian. FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam

“Disebabkan populariti yang besar terhadap barangan Korea termasuk produk kecantikannya di Malaysia, kami ingin menawarkan produk paling berinovatif yang turut menjadi kegemaran rakyat negara terbabit kepada pelanggan setia supaya mereka kekal cantik secara dalaman dan luaran,” katanya pada majlis di ibu negara.

Hadir sama, wakil KUNDAL yang juga jurugaya rambut, Juno Loo.

Dalam pada itu, Juno Loo berkata, jenama itu diasaskan pada 2016 dan sehingga kini, sebanyak 15 juta produk terjual di seluruh Korea.

Kata Loo, setiap tiga saat satu produk jenama itu terjual dan jenama berkenaan kini memiliki 14,000 kedai di tujuh negara seluruh dunia.

Katanya, perkataan KUNDAL berasal daripada gabungan perkataan Jerman iaitu ‘Kunst’ yang bermaksud seni, kemahiran, pengetahuan dan ‘Kinda,l’ bermaksud kacang makadamia dalam bahasa orang asli Australia.

“Kacang makadamia kaya dengan khasiat dan kualiti melembapnya yang berkuasa selain ia adalah bahan utama dalam produk ini.

“Rangkaian produk penjagaan rambut seperti syampu misalnya dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi.

ANTARA produk penjagaan peribadi jenama terlaris dari Korea, KUNDAL yang boleh didapati di Guardian.  FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam

“Ia bukan sahaja bebas silikon dan paraben, malah kandungan pHnya juga adalah formulasi seimbang 5.5,” katanya.

Sementara itu, rangkaian produk jenama terbabit juga terkenal dengan wangian tersendiri yang dibangunkan pembuat minyak wangi profesional manakala bahan utamanya diimport dari Perancis.

Antara wangian yang boleh didapati adalah Cherry Blossom, White Musk, Baby Powder dan Ylang Ylang.

Ketika ini, Guardian menawarkan 20 produk KUNDAL termasuk produk penjagaan kulit dan bilangan itu akan bertambah.

Rangkaian produk jenama itu boleh dimiliki pada harga bermula dari RM12.90 hingga RM28.90.

hmetro

‘Saya bimbang keselamatan diri’ – Maguire

August 28, 2020 | News | No Comments

PERTAHANAN Manchester United dan England, Harry Maguire berkata, dia bimbangkan keselamatannya dan menyangka menjadi masa penculikan ketika ditahan di Greece.

Kapten United berusia 27 tahun itu dijatuhkah hukuman penjara tertangguh 21 bulan dan sepuluh hari selepas didapati bersalah merasuah, keganasan dan mencederakan petugas awam ketika ditahan di Mykonos.

Bagaimanapun, Maguire berkata kepada BBC Sport, polis yang tidak beruniform dan tidak memperkenalkan diri mengarahkan bas mini dinaikinya berhenti, memaksanya keluar dan memukulnya di kaki.

Maguire berkata dia cuba melarikan diri kerana tidak tahu siapa mereka yang cuba menahannya.

“Mereka memukul saya banyak kali di kaki dan saya menjadi panik. Takut dan saya bimbangkan keselamatan,” katanya.

Pertahanan tengah itu berkata, pendiriannya jelas.

“Saya berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Jelas situasi ini menyukarkan saya dan salah satu kelab terbesar dunia.

”Saya kesal penyokong dan kelab berdepan keadaan ini tetapi saya tidak buat apa-apa kesalahan,” katanya lagi.

“Saya dapati diri saya dalam situasi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana tempat.”

Pada Rabu lalu, pasukan perundangan Maguire membuat rayaun keputusan yang telah dijatuhkan.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate menyisihkan Maguire daripada skuad yang akan menentang Iceland dan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara bulan depan.

hmetro

RANTAU PANJANG: “Peluru dekat Thailand harga RM2.50 sahaja bos, aku cam muka kamu semua, nanti aku akan tembak semua polis yang buat rondaan.”

Itu antara ugutan diterima anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika membuat rondaan pangkalan haram di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata ugutan itu diucapkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an selepas berlaku ketegangan antara suspek dan anggota bertugas dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu.

Mengulas lanjut, katanya terdahulu anggota bertugas terserempak suspek dalam keadaan mencurigakan, sebelum menghampirinya untuk tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata lelaki itu enggan memberikan kerjasama sebelum mengugut untuk menikam anggota sambil mengacukan sabit yang berada dalam tangannya.

“Anggota cuba berbincang dengan suspek, namun tidak berhasil apabila lelaki terbabit tiba-tiba mencampak pisau dipegang ke dalam perahu dan terjun ke Sungai Golok dipercayai berenang ke sempadan Thailand.

“Ketika itulah suspek mengeluarkan kata-kata ugutan itu dipercayai sebagai amaran kepada pihak kami yang menjalankan tugas mengekang kegiatan haram suspek yang juga dipercayai seorang penyeludup,” katanya.

Muhammad berkata, status kewarganegaraan suspek tidak dapat dikenal pasti, namun sabit miliknya yang ditinggalkan dirampas dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 186 akta sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Turut disiasat mengikut Seksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 (Akta 357).

“Tindakan suspek seakan-akan cuba menakutkan anggota kami. PGA sudah biasa dengan ugutan sedemikian, malah tidak gentar sebaliknya terus mencegah pelbagai aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, kawalan terus diperketatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kegiatan haram dilakukan penyeludup, selain memperkasa Ops Benteng COVID-19 yang kini di bawah tanggungjawab PGA,” katanya.

hmetro

Pakej lengkap

August 27, 2020 | News | No Comments

SIAPA kata ranking skuad Harimau Malaya di kedudukan 154 menutup peluang pemain tempatan berkelana ke liga utama Eropah.

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid membuktikan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki individu sebenarnya mampu menarik minat kelab luar untuk menyunting pemain tempatan bagi menguatkan pasukan mereka.

Perkara ini terbukti menerusi laporan akhbar di Portugal iaitu O Jogo di Porto menyatakan kelab Portimonense memantau perkembangan pemain berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum mengambil keputusan mengikat Safawi dengan kontrak setahun.

Malah, populariti dikecapi Safawi di peringkat Asia turut menyakinkan lagi pengurusan kelab yang berpangkalan di wilayah Algarve untuk mengikatnya, sekali gus mengukuhkan barisan pemain bagi menghadapi saingan liga pada musim akan datang.

Menerusi laporan berita berkenaan, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu diikat selama semusim dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan yuran yang tidak dinyatakan.

Kedatangan Safawi sudah tentu antara perkara yang dinantikan kelab berkenaan dan tidak sabar untuk melihat Safawi dapat menyesuaikan diri seterusnya beraksi bersama pemain lain.

Perjanjian itu dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selain itu, pengurus kelab berkenaan, Paulo Sergio menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.

Sebelum itu, menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Mengikut rekod, Portimonense berada di kedudukan 17 daripada 18 pasukan dalam saingan Liga Premiera namun kelab terbabit terselamat daripada tersingkir selepas Vitoria yang berada di tempat 16 ‘ditendang’ kerana tidak memenuhi syarat kelab.

hmetro

Dah kalah buat hal

August 25, 2020 | Crime | No Comments

LEBIH 150 penyokong Paris St-Germain (PSG) ditangkap selepas mereka merusuh dengan membakar kereta, memecahkan tingkap kedai dan bertembung dengan polis di ibu negara Perancis, Paris selepas pasukan mereka tumpas kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Menurut polis melalui Twitter, keganasan berlaku di sekitar Stadium Parc des Princes dan di jalan Champs-Elysees semasa dan selepas perlawanan.

Ribuan penyokong berkumpul untuk memberi sokongan kepada PSG dilayar gergasi dan ada di antaranya menyalakan suar serta bersorak tatkala perlawanan berkenaan berakhir dengan kekalahan 0-1 di Lisbon

Walaupun mereka masih lagi ‘berperang’ dengan Covid-19, Perancis membenarkan pengumpulan orang ramai sehingga 5,000 orang bagi menghadiri majlis besar seperti pertandingan sukan, dengan syarat melakukan penjarakan sosial dan langkah-langkah perlindungan lain.

Insiden itu berlaku beberapa jam, selepas sekumpulan penyokong melempar botol dan mercun ke arah polis, sebelum pihak berkuasa itu membalas dengan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah.

Di Champs-Elysees, kenderaan dibakar, tingkap dipecahkan dan beberapa kedai turut dirosakkan.

Polis berkata, seramai 151 orang ditangkap atas tuduhan melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa dan mencuri, melakukan kerosakan terhadap harta benda dan ingkar arahan untuk bersurai.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata di Twitter, 16 anggota polis mengalami kecederaan, 12 buah kedai dirosakkan dan kira-kira 15 kenderaan musnah akibat insiden berkenaan.

Beliau mengutuk perlakuan kekerasan yang ‘tidak dapat diterima’ dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis selepas melakukan penangkapan terhadap ‘kumpulan pengganas’ kecil dan pengacau itu.

hmetro


MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Pemutihan Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh, selama dua hari bermula esok.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, program itu bertujuan membantu peniaga dan penjaja di kawasan terbabit menjalankan perniagaan secara sah dan teratur.

“Insya-Allah, hujung minggu ini, pada 15 dan 16 Ogos akan ada program pemutihan untuk peniaga dan penjaja di situ

“Program ini, MBSA akan bekerjasama dengan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman

“MBSA berharap semua peniaga dan penjaja dapat mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke program ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Haris berkata, program terbabit akan diadakan di Dewan Meranti di Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20.

“Program itu akan membabitkan beberapa jabatan dalam MBSA iaitu Jabatan Pelesenan bagi permohonan permit penjaja sementara manakala Jabatan Bangunan bagi Tatacara Permohonan Permit Binaan Bumbung Sengkuap dan ‘Partition’.

“Jabatan Perancangan bagi keperluan kebenaran merancang bagi pembinaan sedia ada dan Jabatan Kesihatan Persekitaran bagi kebersihan dan keselamatan makanan.

“Pada hari Sabtu, program bermula pada jam 8 pagi sehingga 4 petang, manakala pada hari Ahad, program bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

hmetro

PTPTN: Potongan gaji lebih sesuai

August 13, 2020 | News | No Comments

CADANGAN Mekanisme Baharu Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum sesuai untuk dilaksanakan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah bayaran balik berbanding jumlah pinjaman yang belum berbayar serta situasi ekonomi serta kedudukan kewangan semasa.

Sebaliknya, beliau berkata, kaedah Potongan Gaji Berjadual (PGB) mengikut kadar ansuran bulanan sedia ada dikenal pasti sebagai kaedah lebih sesuai untuk dilaksanakan.

“Ia bagi memastikan proses kutipan bayaran balik PTPTN yang lebih mudah dan cekap.

“Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengenal pasti pendekatan terbaik bagi bayaran balik pinjaman yang tidak membebankan peminjam, pada masa sama kepentingan PTPTN terpelihara,” katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen bagi menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Terdahulu, Jalaluddin ingin mengetahui hasil dapatan dikeluarkan jawatankuasa yang ditubuhkan bagimengkaji modul baru untuk pelaksanaan PTPTN.

Noraini berkata, cadangan mekanisme baharu itu diperoleh hasil pelaksanaan konsultansi rakyat yang diadakan antara 16 Mei hingga 13 Jun tahun lalu.

Katanya, Panel Penasihat Khas memberikan nasihat dan membentangkan syor kepada Lembaga Pengurusan PTPTN mengenai penambahbaikan mekanisme bayaran balik pinjaman berkenaan.

hmetro

‘Bagus, ada orang berani, ikhlas…’ – KPN

August 10, 2020 | News | No Comments

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

“Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan, dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya.

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia, semalam mendedahkan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

hmetro

‘Tiada lagi gurauan suami’

July 27, 2020 | Opinion | No Comments

“TIADA lagi gurauan dia yang suka berseloroh dengan saya dan anak-anak, malah malam tadi (semalam) dia banyak berdiam diri,” luah Nur Izyan Suhaila Mohamad, 44.

Dia adalah isteri kepada Mohamad Rizalman Mohamad Nawawi, 42, yang maut selepas parah di kepala apabila traktor dipandunya terjatuh ke curam tebing sungai di Kampung Sakar, Tendong di Pasir Mas pada 11 pagi hari ini.

Nur Izyan berkata, dia mendapat berita kemalangan menimpa suami selepas didatangi rakan mangsa ke tempat dia bekerja di sebuah pasar raya di bandar Pasir Mas, sebelum menghubungi keluarga yang lain.

“Sebaik mendengar berita itu, kaki saya menjadi kaku dan mengambil keputusan untuk tidak ke lokasi kejadian sebaliknya terus dibawa ahli keluarga ke hospital.

“Ketika itu, saya bagaikan bermimpi apabila sudah diberitahu bahawa suami sudah tiada.

“Kali terakhir bersembang dengannya pada awal pagi tadi (hari ini), sekitar jam 7 pagi apabila saya mengejutnya bangun untuk memberitahu mahu menghantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh.

“Biasanya setiap pagi kami sempat bersarapan bersama tetapi dia tidur semula selepas solat Subuh.

“Saya sangkakan, dia letih kerana memang setiap hari melakukan kerja berat memandangkan dia memang bekerja sebagai pemandu traktor dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Jabatan Forensik Hospital Pasir Mas (HPM).

Nur Izyan yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berusia tiga hingga 14 tahun berkata, suaminya adalah seorang yang sangat peramah malah disayangi anak saudara dan adik-beradik yang lain kerana sikapnya yang suka bergurau dan baik hati.

“Jika diikutkan, dia memang mahir mengendalikan traktor kerana sudah lebih 10 tahun melakukan kerja itu, namun saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah menjadi ketentuan Illahi.

“Kini, saya hanya mampu berdoa semoga segala urusan pengebumian dapat dijalankan segera selain diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.

“Insya-Allah arwah dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Syafie, Kampung Bechah di Tendong sebaik segala urusan bedah siasat selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa yang membawa traktor dari Kampung Tendong menghala ke Tal Tujuh berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah lori tetapi tayar kenderaan itu jatuh ke dalam curam menyebabkan traktor ini terbalik ke tebing sungai.

“Mangsa didapati meninggal dunia di lokasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Aktan Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

hmetro

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908