Tag Archive : pancaran laser

/ pancaran laser

Sedia produk PPE guna pancaran laser

April 9, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bekerjasama dengan syarikat teknologi tempatan membantu menyediakan keperluan untuk barisan hadapan bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19.

Melalui langkah ini, mereka memulakan pengeluaran peralatan pelindung diri (PPE), iaitu pelindung muka dan kotak intubasi untuk digunakan tenaga kerja perubatan.

Produk PPE dihasilkan menggunakan proses pemotongan laser untuk kerja memotong, menyambung dan menanda daripada aplikasi yang membolehkan penentuan haba dan kepingan plastik yang tepat mengikut bentuk diingini.

Pancaran laser dipandu mesin mengikut laluan berdasarkan reka bentuk dihasilkan melalui perisian CAD.

Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, proses ini membolehkan pengeluaran lebih pantas tanpa keperluan alatan tambahan dan menggunakan bahan mudah diperolehi memandangkan sekatan import dan eksport sektor seperti akrilik dan Perspex.

“Untuk memastikan PPE sedia ada walaupun ditutup banyak pengeluar dan bahan mentah terhad, penggunaan teknologi untuk menghasilkan PPE dengan cepat adalah penting.

“Rangkaian teknologi MARii membuka peluang untuk tindakan segera diambil bagi menangani isu bekalan PPE, dan kami harap lebih banyak penyelesaian boleh dibangunkan untuk kes pandemik lain,” katanya.

Selain penyeliaan operasi yang minimum, penggunaan mesin pemotong laser juga mengurangkan risiko penyebaran virus melalui aliran kerja lebih mudah.

Ia juga membolehkan reka bentuk dan pengubahsuaian segera dilakukan untuk memenuhi keperluan khusus yang menjimatkan masa pengeluaran.

Katanya, kira-kira 1,000 pelindung muka dan 50 kotak intubasi boleh dihasilkan setiap hari melalui proses itu.

“Manfaat ini menjadikan potongan laser sebagai proses yang sangat berdaya maju dalam situasi seperti Covid-19 dalam menghasilkan produk yang menerima lonjakan besar dalam permintaan ketika ini,” katanya.

-hmetro

//dacmaiss.com/4/2458908