Tag Archive : Para peserta

/ Para peserta

POLIS menahan 62 lelaki Myanmar yang menganjurkan pesta ‘Songkran’ di perkarangan sebuah asrama di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan dilakukan anggota IPD Sepang pada 2 petang tadi di perkarangan asrama pekerja kilang.

Beliau berkata, siasatan dan usaha mengesan suspek terbabit dijalankan dengan kerjasama pengurusan kilang.

“Hasil soal siasat, dua daripada suspek mengaku merakam kejadian menggunakan telefon bimbit dan disebarkan di Facebook (FB),” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di FB video memaparkan sekumpulan pekerja Myanmar meraikan pesta ‘Songkran’ di sebuah kilang semalam.

Kumpulan pekerja itu dikatakan berkerja di sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Mereka dilihat menari sambil minum arak malah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wan Kamarul Azran berkata, beberapa suspek yang disoal siasat mengaku menyertai aktiviti itu dan polis akan mengadakan tangkapan susulan bagi mengesan mereka yang terbabit.

Menurutnya, dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas.

“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 269KK/ Seksyen 505(c) KK/ Seksyen 22(b) Akta 342 / Seksyen 233 AKMM,” katanya.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908