Tag Archive : Pasangan zirafah

/ Pasangan zirafah

UEM Edgenta taja pasangan zirafah di Zoo Negara

December 15, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) tampil menaja sepasang zirafah sebagai haiwan angkat menerusi Program ‘Adopt an Animal’ anjuran Zoo Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Syahrunizam Samsudin dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kebajikan tahunan zirafah tersebut, merangkumi penyediaan bekalan makanan dan penjagaan veterinar.

“Komitmen kami terhadap program ini selaras dengan matlamat syarikat untuk menyokong pihak berkepentingan utamanya seperti Zoo Negara yang terkesan akibat penularan Covid-19, melalui aktiviti pembangunan komuniti yang positif dan berimpak tinggi,” katanya.

Menurutnya, iacdapat memperluaskan lagi komitmen pihaknya dalam usaha ke arah kelestarian serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara.

“Kami berharap lebih banyak organisasi dan individu tampil membantu zoo bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada UEM Edgenta atas sokongan ikhlas dan padu demi kesejahteraan zirafah serta membantu Zoo Negara menerusi program berimpak tinggi berkenaan.

hmetro

//ugroocuw.net/4/2458908