Tag Archive : pasar raya

/ pasar raya

Kegiatan dua orang penjenayah yang menjadikan tandas sebuah pasar raya di Puncak Alam sebagai tempat persembunyian sebelum mencuri tumpas selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di dua buah unit rumah di Saujana Utama Sungai Buloh di sini.

Difahamkan suspek bersembunyi di dalam tandas sehingga pasar raya ditutup sebelum mencuri barangan di dalam pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kegiatan licik kumpulan tersebut melarikan sejumlah telefon bimbit dari pasar raya berkenaan tidak bertahan lama apabila salah seorang mereka berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kita dapat kesan baju yang dipakai salah seorang suspek sama dengan kejadian pecah kedai sebelum ini dan membolehkan kumpulan itu dikesan dengan pantas.

“Mereka tidak sempat menjual habis telefon bimbit berjenama berkenaan di Facebook, sebahagiannya ketika berjaya rampas,” katanya pada pada sidang media hari ini.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan pada 26 April itu itu ialah peralatan untuk memecah masuk premis dan beberapa barangan dipercayai dicuri, antaranya telefon bimbit pelbagai jenama, rokok dan pemetik api yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM43,961.

Shafa’aton berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Menurutnya dengan penahanan dua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tiga kes pecah masuk dan curi di daerah Sungai Buloh.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 10 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

SH

//ashoupsu.com/4/2458908