Tag Archive : patuh SOP

/ patuh SOP

Tak salah bercuti, balik kampung tapi patuh SOP

December 29, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Orang ramai digalakkan untuk merancang percutian dan pulang ke kampung secara bergilir bagi mengurangkan impak jangkitan Covid-19.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am Dr Hanafiah Bashirun berkata, langkah utama untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 adalah dengan mengurangkan pergerakan.

“Masalahnya untuk mengawal pergerakan, kita kena laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun disebabkan situasi ekonomi, kerajaan membenarkan pergerakan.

“Tak salah pun nak balik kampung atau bercuti, tetapi yang menjadi masalah apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika mahu balik bercuti, perlu rancang dan kalau boleh jangan semua adik-beradik balik semua dalam satu masa untuk elakkan jangkitan sebab kita tidak tahu siapa dalam kalangan kita membawa virus Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 susulan pergerakan keluar warga kota dan Selangor (zon merah) untuk bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti panjang.

Menurutnya, akibat pergerakan orang ramai dari zon merah memang menyumbang kepada wujudnya kluster ‘balik kampung’.

Dr Hanafiah berkata, jika diperhatikan sekarang ramai masyarakat yang sudah tidak memakai pelitup muka, berpeluk dan bercium seperti biasa, lagi-lagi bila berkumpul dengan keluarga dan rakan.

“PKPD atau PKP Bersyarat (PKPB) sebenarnya bukan penyelesaian utama Covid-19, tetapi sikap ambil mudah dan cuai serta tidak mematuhi SOP masyarakat yang menyumbang peningkatan kes jangkitan ini.

“Semua pihak perlu bersabar dahulu sehingga rakyat Malaysia divaksinkan dan kita boleh tangguhkan bercuti atau membuat ‘gathering’.

“Ingat bahawa tidak semestinya kita tidak mempunyai simptom batuk, demam atau selsema, kita bebas daripada virus Covid-19,” katanya yang menyarankan orang ramai sentiasa memakai pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal dan guna pembasmi kuman.

hmetro

Walaupun telah menerima suntikan vaksin Covid-19, orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakkan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan sebagai usaha memerangi pandemik itu.

Pakar Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, ini berikutan risiko untuk mendapat jangkitan wabak berkenaan tetap ada walaupun seseorang itu telah disuntik dengan vaksin.

“Bagi saya, gaya hidup lama patut kita lupakan sahaja kerana kita telah masuk kebiasaan baharu apabila berlakunya Covid-19. Oleh itu, cara hidup kita telah berubah dan walaupun vaksin itu ada di tangan kita sekalipun, gaya hidup kita tidak boleh kembali seperti dahulu.

“Ini kerana, vaksin itu berkesan daripada menghalang seseorang itu mengalami kesan yang lebih teruk daripada jangkitan itu namun itu tidak bermakna seseorang yang telah divaksin tidak boleh menjadi pembawa kepada virus itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Malaysia Petang Ini yang membincangkan topik ‘Vaksin Covid-19: Memahami Akses Serta Perolehan Vaksin AstraZeneca’ terbitan Bernama TV di sini pada Selasa.

Tambahan pula, katanya, vaksin yang dibangunkan sekarang hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

“Mereka yang berumur bawah daripada usia itu tidak mendapat vaksin jadi apabila usia mereka sudah meningkat, mereka juga perlu mendapatkan vaksin, jika tidak mereka akan terdedah dengan jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, Sazaly menyifatkan pembelian vaksin dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca sebagai langkah terbaik bagi mempelbagaikan pilihan vaksin yang boleh digunakan oleh rakyat di negara ini.

“Jadi, sebenarnya rakyat Malaysia sangat bertuah dan beruntung kerana bukan semua orang serasi atau sesuai dengan satu vaksin sahaja.

“Seperti yang kita tahu, fisiologi dan biologi dalam badan setiap manusia itu berbeza dan tindak balas yang diterima (apabila disuntik vaksin) juga berlainan yang mana mungkin akan ada yang mengalami alahan daripada vaksin itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19 iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara. –

SH





Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 1.5 juta pekerja dan majikan dalam sektor dan industri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan supaya mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan supaya pekerja dan majikan mengikuti garis panduan ditetapkan bagi sektor masing-masing oleh Kementerian Kesihatan dan agensi penguatkuasaan.

“Setiap majikan dan pekerja dinasihati tidak mengambil sikap sambil lewa dalam mematuhi SOP dan garis panduan ditetapkan untuk mengelakkan pertambahan kluster-kluster jangkitan Covid-19 yang baharu,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara petang tadi, Seri Paduka berkenan mengambil maklum mengenai peranan MITI dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

SH

//ashoupsu.com/4/2458908