Tag Archive : PDRM

/ PDRM

Tindakan dua beradik yang ingin memindahkan 79 unit mesin bitcoin bernilai RM237,000 terbongkar apabila ditahan sepasukan polis di kawasan Sungai Kob, di sini Ahad lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 21 dan 27 tahun itu dilihat mencurigakan membolehkan pemeriksaan dilakukan Ketua Balai Polis Sungai Kob bersama anggota balai dan anggota D9 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim yang menjalankan tugas rondaan lebih kurang jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pemeriksaan ke atas lori dinaiki dua beradik itu menjumpai 79 unit mesin bitcoin yang dirancang untuk dihantar ke Sungai Petani.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati mereka gagal memberikan keterangan terhadap semua mesin bitcoin yang dibawa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Selasa.

Beliau berkata, suspek mendakwa menerima arahan menghantar barang daripada seorang lelaki melalui panggilan telefon yang meminta suspek mengambil barang di premis dekat Sungai Kob dalam daerah Kulim dan dihantar ke kawasan Sungai Petani di daerah Kuala Muda.

Azhar berkata, suspek gagal mengemukakan sebarang maklumat berkaitan pemilikan mesin tersebut atau sebarang dokumen berkaitan dan disyaki mesin tersebut telah dicuri dan ingin dijual.

“Nilai bagi satu mesin bitcoin boleh mencecah sehingga RM3,000 atau lebih,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan kehilangan atau kecurian melibatkan mesin bitcoin ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan munasabah terhadap mesin bitcoin yang dibawa dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya, katanya.

-sh

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah lori apabila pemandunya cuba meloloskan diri ketika dikejar dari Simpang Renggam ke Benut di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian di Kampung Parit Ismail, Simpang Renggam pada jam 7.19 malam itu, pemandu lori berusia 22 tahun terbabit telah bertindak agresif untuk mengelak ditahan selepas didapati melakukan kesalahan trafik di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, lori berkenaan sebelum itu dikesan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang di bahu jalan Kampung Parit Ismail.”Selepas ternampak anggota polis, suspek bertindak agresif dengan mengundur dan memecut lori ke jalan Simpang Renggam-Benut sebelum membelok ke arah Simpang Renggam.

“Suspek memandu lori secara agresif dan hampir melanggar beberapa kenderaan awam yang berada di atas jalan sekitar Jalan Parit Makasar. Anggota MPV telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori berkenaan kerana cubaan untuk memintas lori tersebut tidak dapat dilakukan akibat lori dipandu secara zig-zag untuk menghalang MPV memotong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Lori yang dipandu lelaki berusia 22 tahun cuba meloloskan diri ketika dikejar dari Simpang Renggam.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, lori berkenaan telah diekori sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Megah, Pontian sebelum suspek membuat pusingan U menghala semula ke Benut dan Simpang Renggam.

“Lori berkenaan telah berhenti di sekitar Jalan Parit Telibek kerana empat tayar telah pecah dan pemandu cuba untuk melarikan diri.

“Berlaku pergelutan kerana suspek cuba melarikan diri namun anggota MPV berjaya menangkap suspek,” katanya.

Mustafa berkata, semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai tujuh rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Video polis mengejar lori berkenaan berdurasi 0.09 saat tular di media sosial sejak Ahad dan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji ketangkasan anggota polis.

-sinarharian

Wanita murung terjun jambatan

March 18, 2021 | News | No Comments

Seorang wanita yang didakwa mengalami kemurungan bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada Rabu.

Tindakan pekerja kantin berusia 29 tahun itu disedari orang awam yang menggunakan laluan itu pada jam 1.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian itu, wanita terbabit dilihat berdiri di atas palang penghadang jambatan dalam keadaan menghadap ke arah Sungai Kelantan.

Menurutnya, pengadu lelaki yang berusia 21 tahun memandu melalui jambatan ternampak tindakan wanita terbabit memberhentikan kereta dan memujuknya.

“Dia segera menghubungi 999 untuk bantuan dan polis tiba di lokasi tetapi wanita itu tiba-tiba terjun ke sungai.

“Wanita itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Abdul Rahim, wanita berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan mungkin akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Beliau berkata, keluarganya memaklumkan, wanita tersebut mengalami masalah kemurungan dan tekanan perasaan yang belum diketahui punca.

“Dia tidak mempunyai rekod penyakit mental dan tidak pernah dirujuk ke hospital tetapi dalam proses pemulihan melalui kaedah perubatan tradisional,” katanya,

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca kejadian yang menyebabkan dia terjun,” katanya.

Rakaman video wanita berkenaan berdiri di atas palang jambatan tersebut kini sedang tular di media sosial.

-sinarharian

Polis nafi keluar kompaun RM10,000

March 15, 2021 | News | No Comments

Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM10,000 terhadap seorang pembantu tukang masak kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang ditularkan di laman Facebook pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, semakan mendapati tiada kompaun dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh.

“Semakan lanjut dengan pemilik akaun Facebook Kuan Chee Heng mendapati pengadu gagal dihubungi menerusi nombor telefon yang diberikan bagi membuat pengesahan dakwaan yang ditularkan.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular tersebut bagi menyiasat punca sebenar dakwaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Perkara itu dimuatnaik oleh Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang yang menyatakan seorang ibu menangis membuat panggilan video kepadanya bahawa anaknya disaman ketika lepak di lorong belakang restoran untuk hisap rokok di Ipoh.

Akibat disaman, anaknya itu tidak boleh lagi boleh mengirim wang kepada ibunya di Kuala Lumpur selama beberapa bulan kerana terpaksa berhutang dengan restoran untuk bayar saman dan gaji akan di potong.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Facebook Najib Razak milik Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asmadi menegaskan bahawa pihaknya menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional.

“Khususnya dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19 melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

“Masyarakat dinasihatkan sentiasa peka dan mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan bagi mengelak tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, segala permasalahan atau maklum balas berkaitan tindakan oleh pihak polis perlu disalurkan melalui saluran yang betul.

“Dan bukannya disebarkan sewenang-wenangnya melalui media sosial tanpa disokong oleh fakta sebenar.

“Ia bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat dan menggugat ketenteraman awam,” katanya.

-sinarharian

Polis menahan seorang penganggur dipercayai membakar sebuah kereta milik saudara lelakinya di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berumur 47 tahun itu ditahan di tepi Jalan Indah 5/5, kawasan perumahan sama, susulan laporan yang dibuat mangsa berumur 22 tahun tersebut.

“Berdasarkan laporannya, mangsa yang berada di dalam rumah ketika itu, memaklumkan dia terdengar penggera keretanya berbunyi pada kira-kira jam 6.30 pagi dan apabila melihat keluar rumah, didapati kereta Proton Saga miliknya terbakar di bahagian tayar kiri,” kata Dzulkhairi dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Dzulkhairi, mangsa dikatakan cuba memadamkan kebakaran tersebut, namun, gagal dan menyebabkan api merebak ke bahagian lain keretanya.

Beliau berkata, mangsa turut memanggil pihak bomba bagi memadam kebakaran dan api berjaya dipadamkan, namun keretanya rosak teruk.

Dzulkhairi berkata, berpandukan maklumat daripada mangsa, polis berjaya menahan suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan rompak.

“Hasil siasatan, penganggur itu mengaku membakar kenderaan terbabit kerana tidak puas hati terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak 1 Mac lepas kerana perselisihan faham,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

-sinarharian

Polis sedang memantau laman sosial milik seorang bekas pelakon lelaki di negeri ini yang dilaporkan sering membuat hantaran berhubung fahaman anti vaksin di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sekiranya hantaran itu berbaur hasutan, maka tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkenaan kegiatan artis berkenaan, tetapi kita akan buat pemantauan terhadap bentuk posting yang disebarkan itu.

“Jika kenyataannya itu betul-betul menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, maka siasatan lanjut akan dibuat,” katanya pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini pada Jumaat.

Hantaran dibuat pelakon komedi berusia 48 tahun yang pernah muncul dalam beberapa filem itu telah menjadi perbualan warganet kerana secara terang menolak vaksinasi dilaksanakan kerajaan.

Dalam laporan media pada Khamis, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez telah menasihatkan golongan selebriti agar tidak menyebarkan fahaman anti vaksin sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin dalam memerangi penularan Covid-19.

Kenyataan itu dibuat selepas tular di media sosial kebelakangan ini beberapa individu selebriti tempatan yang menolak vaksinasi dengan alasan ketidakpastian kandungan vaksin.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata, setakat ini, 76 peratus daripada keseluruhan 10,924 pegawai dan anggota polis Perak telah menyatakan persetujuan sebagai penerima vaksin Covid-19.

Katanya, kesemua mereka akan menerima suntikan secara berperingkat yang bermula pada 12 Mac ini.

“Saya yakin peratusan itu akan meningkat, kita tak peroleh persetujuan 100 peratus kerana ada antaranya telah diberikan pengecualian terutama mereka yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan mengandung,” katanya.

-sinarharian

Polis menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menggempur kawasan kampung negeri itu yang didakwa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 rendah.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mesej tersebut bukan dari PDRM tetapi disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Notis yang tular itu bukan daripada PDRM dan ia adalah tidak benar.

“Apa yang pasti, polis Johor akan menggempur semua kawasan tidak kira kampung, kilang-kilang serta penempatan warga asing atau bandar terutama zon merah.

“Kita juga akan tumpu semua kawasan bagi memastikan pematuhan SOP yang lebih ketat dalam menurunkan jumlah jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media IPK Johor di sini, semalam.

Dalam notis yang tular di media sosial sejak kelmarin antara lain mendakwa isu tidak patuh SOP sehingga membawa kepada penularan Covid-19 didapati banyak berlaku di kampung dengan hampir kesemua kes pssitif yang meningkat sekarang ini adalah berpunca di kampung.

Oleh itu, polis dan tentera akan mengubah trend rondaan mereka Ke kawasan Kampung serta taman perumahan.

Mana-mana orang yang tidak memakai pelitup muka, berkumpul beramai-ramai di kawasan kampung, kedai runcit dan tidak patuh SOP, semuanya akan dikompaun.

Tiada lagi amaran. Tiada lagi belas ehsan. Kompaun pada semua yang tidak patuh SOP.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mendapati ketidakpatuhan SOP Covid-19 di mana jua di negeri itu.

“Seperti di Kota Tinggi semalam, orang ramai menyalurkan maklumat terdapat 15 warga asing memakai gelang putih yang didapati membeli barang keperluan.

“Polis segera ke lokasi bagi mengambil tindakan sewajarnya. Kita perlukan bantuan orang ramai berkongsi maklumat jika nampak ada yang tidak patuh SOP ditetapkan,” katanya.

Polis menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menggempur kawasan kampung negeri itu yang didakwa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 rendah.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mesej tersebut bukan dari PDRM tetapi disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Notis yang tular itu bukan daripada PDRM dan ia adalah tidak benar.

“Apa yang pasti, polis Johor akan menggempur semua kawasan tidak kira kampung, kilang-kilang serta penempatan warga asing atau bandar terutama zon merah.

“Kita juga akan tumpu semua kawasan bagi memastikan pematuhan SOP yang lebih ketat dalam menurunkan jumlah jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media IPK Johor di sini, semalam.

Dalam notis yang tular di media sosial sejak kelmarin antara lain mendakwa isu tidak patuh SOP sehingga membawa kepada penularan Covid-19 didapati banyak berlaku di kampung dengan hampir kesemua kes pssitif yang meningkat sekarang ini adalah berpunca di kampung.

Oleh itu, polis dan tentera akan mengubah trend rondaan mereka Ke kawasan Kampung serta taman perumahan.

Mana-mana orang yang tidak memakai pelitup muka, berkumpul beramai-ramai di kawasan kampung, kedai runcit dan tidak patuh SOP, semuanya akan dikompaun.

Tiada lagi amaran. Tiada lagi belas ehsan. Kompaun pada semua yang tidak patuh SOP.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mendapati ketidakpatuhan SOP Covid-19 di mana jua di negeri itu.

“Seperti di Kota Tinggi semalam, orang ramai menyalurkan maklumat terdapat 15 warga asing memakai gelang putih yang didapati membeli barang keperluan.

“Polis segera ke lokasi bagi mengambil tindakan sewajarnya. Kita perlukan bantuan orang ramai berkongsi maklumat jika nampak ada yang tidak patuh SOP ditetapkan,” katanya.

HM

Burung pun kena rembat

January 21, 2021 | Crime, News | No Comments

Polis berjaya menyelesaikan 14 kes membabitkan samun, curi basikal, pecah rumah dan kedai serta kecurian burung apabila menahan Geng Kattu yang didalangi dua bersaudara di sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, abang dan adik ipar masing-masing berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Taiping pada Jumaat dan Ahad lalu.

“Polis berjaya merampas pelbagai barangan antaranya enam telefon bimbit, dua ekor burung Murai Batu, Tiong Emas dan Bayan; tiga parang panjang dan motosikal Yamaha LC 135.

“Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai sekitar RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Rabu.

Polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah pada serbuan yang dilakukan di sekitar Taiping pada Jumaat dan Ahad lalu. (Burung Tiong Emas antara barang yang dirampas daripada suspek dalam serbuan)
Menurutnya, modus operandi geng itu menyasarkan kawasan perumahan yang sunyi serta rumah yang tidak berpenghuni.

“Kita akan cuba mendapatkan semula barangan kes iaitu sebuah basikal berjenama yang dijual di Kuala Lumpur dengan harga RM800.

“Selain itu, polis sedang mengesan ahli kumpulan lain yang terlibat sama dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Osman berkata, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau dalam jenayah dan dadah telah direman sehingga Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 393,379 dan 457 Kanun Keseksaan.

-sinarharian

A Malaysian model has recently taken to social media to share her harrowing sexual harassment experience after being pulled over by a police officer

Posting on her Instagram Story yesterday 30 November, the model, known only as J, said the incident took place on a highway at 2am the night before.

She was on the way home with her boyfriend and a group of women after a client meeting at the time.

After avoiding a cat on the road, the police pulled them over and J’s boyfriend was told to step out of the car.

“(The police officer) asked for his identification card (IC), and as usual, the letter and whatnot. And then he came to my window and asked for my IC as well,” J related.

She said the policeman asked her if she was an Indian, before proceeding to question why her name looks “different” and remarking that she does not look like an Indian.

“He also kept flashing the flashlight right into my face and I knew he was looking at different parts of my body although I was fully covered,” said the model.

The police officer then asked J why she was out at night, to which she replied that she was playing a role in a music video

“(He) asked me where I was from, and what I was doing in life, and so much more. A lot of personal details. And he didn’t want to give me my IC back,” she continued.

“He also told my boyfriend, ‘Why are the girls sitting in the car like bosses, ask them to come out’ and it was about 2am in the middle of a highway.”

The police officer went back to J after that and asked her to “prove it to him” that she is a “well-known” model. 

“He forced me to open my Instagram account and he took my phone and started scrolling,” J recounted.

“He started asking me where were a few pictures on my phone taken and whatnot.”

According to her, the police officer even tried flirting with her right in front of her boyfriend

Following that, the policeman still refused to let them go despite agreeing to pay the summons.

At one point, the policeman tried soliciting a bribe from J’s boyfriend.

“(My) boyfriend had to show him his bank account details to prove that his pay wasn’t in,” she said.

“But once he knew that I was the girlfriend, he didn’t want to let us go because of me and he wanted to pry into personal details of my life, which was a violation of privacy.”

“I felt so sexually harassed even by the way he looked at me because I noticed he was looking right at my face and smirking, and also my chest.”

“He knew I was uncomfortable and he knew my boyfriend couldn’t do much because all we wanted to do was just to get home after a long day of working.”

J said the policeman forced her boyfriend to show him footage of their work, specifying over and over again that he wanted to see pictures of her.

“It’s bloody disgusting,” J remarked.

The experience broke J to tears, especially since it happened during a time of grieving following the passing of a close family member

“I broke down in the car and I was shaking because I was so afraid,” she shared.

“All I could do was silently pray [and] hope that he wouldn’t touch me inappropriately, or do anything funny.” 

They were allowed to leave after half an hour of interrogation, which J said was “pointless”.

The encounter had left her restless for the entire night.

“I fear for my safety, I fear for the safety of many women who are driving alone, especially at night. The police are supposed to protect and make the people feel secure,” she said.

Many netizens also used the opportunity to share their similar experiences.

“I always get harassed at police roadblocks. They will ask if I’m married, why I’m pretty but still not married yet, do I have a boyfriend, and who do I live with,” said a Twitter user.

“After that, he will ask his police gang to come look at me in the vehicle as if I’m an object.

Another person said she was also harassed by police officers in 2019. She said the officers had described her body as “small” and asked if she was really 20 years old.

An officer even patted her shoulder and told her to “relax, don’t be afraid”.

Meanwhile, a netizen added that it is not only the police who are guilty of sexually harassing citizens.

“Don’t say the police. Even the army is lewd,” she related.

“During the beginning of the Movement Control Order (MCO), my family was travelling back from Klang to Port Dickson in two cars and one motorcycle.”

“Two of my nieces were on the motorcycle, the one riding pillion is only 15 years old. She was wearing a pair of black rubber-waistband pants that looks like slacks and a sweater.”

She said they were stopped after riding past the soldiers on duty.

Image from SAYS

SAYS

A disturbing account of a single mother who alleges sexual assault at the hands of a surgeon has surfaced after she lodged a report at a police station in Penang earlier this month, according to a report

The single mother, who works at a multinational company in George Town, lodged the complaint at the Sungai Nibong police station on 5 November alleging that her life had been “turned into a nightmare”, reported Audrey Dermawan of New Straits Times on Friday, 20 November.

According to the woman, a surgeon forced her to perform oral sex on him on 26 July this year.

He subsequently tried to contact her several times after that, but she ignored him, an action that allegedly infuriated the surgeon and he lodged a false report that she had threatened him.

It’s not reported if the woman had lodged a report against the surgeon after the sexual assault.

On 10 October, when the victim turned up with her two children at the Northeast district police station, the investigating officer (IO), who is a female sergeant, did not give her any chance to explain herself.

“The female officer just seized my handphone without any explanation. I was kept locked up for two days,” the woman claimed in her report detailing what had happened to her.

The victim claims that she was detained and locked up for two days following a false report lodged against her by the surgeon. While she was in detention, her two children were left to fend for themselves.

According to the woman, her ordeal didn’t end there.

“After I was released, I received threats through phone calls from someone claiming to be a police officer,” the New Straits Times’ report stated the single mother as claiming.

I also received calls from another person who told me I should meet with the surgeon to resolve the matter.The victim

She claimes that despite having submitted call details, the female sergeant told her that whatever happened should be a lesson for her

She said instead of acting on her report, the IO instead lectured her about it being a lesson.

“The IO even chided me that she could do whatever she wanted with me and no one would do anything about it. My identity card was also not returned to me after I was released,” she alleged

She said that she now fears for her family and also her safety

The woman, who works as an administrative officer at the multinational company, said she is now under trauma besides suffering from mental and psychological stress.

According to the New Straits Times’ report yesterday, Northeast district police chief ACP Soffian Santong said that an investigation into the case is ongoing and that they will also “investigate the woman’s claims that the police are being used to threaten and silence her”.

These Malaysian organisations aim to help survivors of rape and sexual assault:

1. WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Operating hours: 24-hour
Contact: +603-79563488
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

2. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
Operating hours: Weekdays (9.30am – 4.30pm)
Contact: +603-78770224
WhatsApp: +6016-2284221 | +6016-2374221
Email: telenita@awam.org.my
Website | Facebook | Twitter

3. WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Operating hours: Weekdays (9am – 5pm)
Contact: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4390698
Email: wcc@wccpenang.org
Website | Facebook | Twitter

4. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Operating hours: Monday to Friday (9am to 5.30pm)
Contact: +6082-422660
SMS/WhatsApp: +6013-8044285
Email: sarswws@gmail.com
Website | Facebook | Twitter

5. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Operating hours: Monday to Friday (9am to 2pm)
Contact: +6088-280200
Email: sawo.women@yahoo.com
Website | Facebook | Twitter

6. PROTECT AND SAVE THE CHILDREN (PS THE CHILDREN)
Operating hours: Monday to Friday (8.30am to 5.30pm)
Contact: +6016-2273065 | +6016-7213065
WhatsApp: +6016-7213065
Email: protect@psthechildren.org.my
Website | Facebook | Twitter

7. INTERNET WATCH FOUNDATION (IWF)
Anonymously and confidentially report child sexual abuse content and non-photographic child sexual abuse images with IWF’s Reporting Portal

SAYS

//ashoupsu.com/4/2458908