Tag Archive : Pecah masuk kedai

/ Pecah masuk kedai

Lima lelaki bertopeng pecah masuk kedai

December 15, 2020 | News | No Comments

Klang: Sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, di sini, dipecah masuk sekumpulan lima lelaki bertopeng dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam kedai berkenaan turut dipecahkan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM260,000.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.20 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati kedai serbaneka berkenaan dipecah masuk malah mesin ATM turut dipecahkan.

“Hasil siasatan mendapati lima lelaki bertopeng memasuki kedai berkenaan pada jam 5.15 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek dipercayai menggunakan gas ‘oxy’ dan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memecahkan mesin ATM berkenaan.

“Suspek juga bertindak menyembur cat hitam pada CCTV bagi mengelakkan perbuatan mereka dirakam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nurulhuda berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908