Tag Archive : pecah masuk

/ pecah masuk

Polis menahan seorang lelaki dan memburu tiga yang lain selepas dipercayai memecah masuk sebuah kilang di kawasan Desa Idaman, Senai, dekat Kulai, sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok beng Yeow berkata, lelaki berumur 39 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang oleh anggota polis yang menyerbu kilang terbabit selepas bertindak atas maklumat.

“Ketika polis tiba di kilang itu, didapati pintu kilang dalam keadaan terbuka manakala terdapat sekumpulan lelaki, sedang meleraikan komponen besi.

“Kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri ke arah belakang kilang selepas anggota polis memperkenalkan diri, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka iaitu lelaki berumur 39 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tok berkata hasil serbuan terbabit, polis merampas sejumlah barangan termasuk empat telefon bimbit, 43 keping komponen besi, satu pemotong besi, 16 keping mata pemotong besi, satu tong gas, satu jana kuasa, satu spanar boleh laras, satu rantai kunci, sebuah van serta dua kereta.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, polis kemudian menerima satu laporan yang dibuat seorang pengadu lelaki, pada kira-kira 4.35 petang, semalam, mengatakan bahawa tiga penghawa dingin dan sebuah lori di kilang terbabit, turut didapati hilang.

Katanya hasil soal siasat terhadap lelaki yang ditahan itu, dia mengaku terbabit dalam kejadian pecah kilang terbabit bersama tiga rakannya.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan turut memiliki 12 rekod jenayah serta penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman selama enam hari sehingga 29 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, kerana pecah masuk kilang dan Seksyen 379 (A) kanun sama kerana mencuri kenderaan motor,” katanya.

HM

Pelajar pecah masuk stesen minyak kerana dadah

November 5, 2020 | News | No Comments

Hanya semata-mata ingin mendapatkan wang untuk tujuan membeli bekalan dadah, seorang remaja lelaki bertindak memecah masuk sebuah stesen minyak di Meranti, di sini kelmarin.

Pelajar Tingkatan Tiga itu bagaimanapun berjaya dicekup anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di rumahnya di Kampung Chat bersama barangan rampasan pada jam 9.50 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian terbabit, pengurus stesen minyak itu telah menerima panggilan daripada pekerjanya yang memberitahu premis tersebut dipecah masuk pada jam 6.45 pagi,.

“Sejurus sampai, pengurus stesen mendapati cermin di kaunter bayaran telah pecah dan barangan di dalam kedai berada dalam keadaan bersepah.

“Jumlah kerugian barangan dan kerosakan premis dianggarkan berjumlah RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut secara bersendirian.

Suspek juga katanya, mengaku mencuri barangan seperti rokok dan kad tambah nilai namun telah dijual kepada rakan-rakannya dengan harga di bawah pasaran.

“Hasil jualan tersebut telah digunakan untuk membeli dadah.

“Suspek telah direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Katanya, bagaimanapun suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

SH

//cdrvrs.com/4/2458908