Tag Archive : Pegang

/ Pegang

Zaman sekarang ramai yang sudah mula berjinak-jinak dengan haiwan peliharaan eksotik

Ada sesetengahnya memilih untuk memelihara haiwan eksotik seperti ular, kala jengking dan banyak lagi.

Samalah seperti seorang gadis ini apabila videonya tular serta menarik perhatian ramai selepas memegang seekor katak.

Tangkap katak yang sesat dalam rumah menggunakan kedua-dua belah tangan

Menerusi video rakaman yang telah dikongsi di TikTok itu, gadis berkenaan memberitahu pada mulanya seekor katak telah sesat dan masuk ke dalam rumahnya.

Dia kemudian dengan selambanya menangkap haiwan itu dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa risau.

https://www.tiktok.com/@nuraliahms/video/6905703954903010562?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6905703954903010562

Tak rasa geli langsung semasa katak berjalan atas lengan.

Rupa-rupanya gadis berkenaan ingin menjadikan katak itu sebagai ‘makanan’ untuk ikan peliharaannya yang terletak dalam sebuah akuarium.

Tetapi, katak tersebut dilihat sedang berpaut teguh pada jari-jemarinya sebelum berjalan di atas lengan gadis itu.

Apa yang lebih menghairankan, dia langsung tidak menjerit atau memberi reaksi geli ketika katak itu berjalan atas lengannya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga dilihat memberikan reaksi terkejut dan rasa geli apabila melihat video berkenaan.

SAYS

//nessainy.net/4/2458908