Tag Archive : pelacur

/ pelacur

10 pelacur warga asing ditahan di Petaling Jaya

December 10, 2020 | News | No Comments

Seramai 10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks ditahan polis dalam serbuan Op Noda di Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan di sebuah rumah di Bandar Damansara Perdana pada kira-kira jam 2.30 petang itu dibuat selepas polis mengesyaki premis itu menjalankan kegiatan pelacuran dan khidmat tukang urut.

“Semasa serbuan, kita berjaya menahan 10 wanita warga asing berumur lingkungan 25 hingga 47 tahun di dalam bilik berasingan di rumah tersebut.

“Kesemua mereka yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan turut menemui 15 kepingan kondom yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.

Menurutnya, kegiatan itu menyasarkan pelanggan warga asing dengan khidmat urut dan seks masing-masing dikenakan bayaran antara RM80 dan RM180.

“Kesemua suspek ditahan reman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti persundalan.

-sinarharian

//zikroarg.com/4/2458908