Tag Archive : pelancongan

/ pelancongan

Kuala Lumpur: Platform e-dagang Shopee menunjukkan isyarat pemulihan dalam industri pelancongan Malaysia susulan sambutan yang menggalakkan bagi kempen Tourism Malaysia di platform itu.


Katanya, sebanyak 22,000 tawaran Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before direbut sejak larangan sekatan perjalanan antara daerah diumum untuk ditamatkan pada 2 Mac lalu dan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini amat menggalakkan berbanding 500 transaksi terkumpul yang dibuat antara 11 Januari lalu (apabila PKP 2.0 diumumkan) dan 1 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan.


Shopee bekerjasama buat kali pertama dengan Tourism Malaysia dalam kempen ini pada Disember tahun lalu dan dilancarkan semula baru-baru ini selepas terhenti selama dua bulan.
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, permintaan pelancongan mendorong aktiviti bercuti inap dalam kalangan penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor yang menyumbang kepada purata sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan permintaan tawaran itu di negeri berkenaan.
Katanya, rakyat Malaysia juga menzahirkan keyakinan sempadan negeri akan dibuka semula terutama dari Sarawak, Terengganu dan Melaka yang memilih tawaran Buy Now, Travel Later.
“Destinasi terkenal termasuk Aquaria KLCC di Kuala Lumpur, Sunway Lagoon dan Zoo Negara di Selangor dan Rainbow SkyWalk di The Top Penang dan Wonderfood Museum di Pulau Pinang.
“Turut disenaraikan sebagai destinasi popular ialah Port Dickson, Negeri Sembilan untuk aktiviti seperti memancing, snorkeling dan banana boat manakala aktiviti hotel, pelancongan dan rekreasi di Langkawi, Kedah.
“Kami akan terus memainkan peranan untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pemilik hotel dan pengendali pelancongan menerusi teknologi untuk menyumbang kepada kelestarian industri ini.
“Permintaan yang kukuh ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu dan perlu berehat selepas pendekatan untuk duduk di rumah dilanjutkan,” katanya.

hmetro

Kuala Lumpur: Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM) meminta kerajaan meneliti semula kebenaran rentas negeri untuk industri pelancongan agar lebih adil kepada keseluruhan pihak berkepentingan di sektor itu.


Pemangku Presiden GB4BM Fahami Ashrof Badaruddin berkata, ia kerana kelonggaran dan kebenaran diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan agensi pelancongan sahaja tidak menyeluruh.

Menurutnya, pihaknya mencadangkan agar kebenaran diberikan kepada semua termasuk kepada pengusaha kecil-kecilan dan bukannya agensi berdaftar semata-mata.


“Kita tahu ramai di antara peniaga khususnya Bumiputera mencari makan secara kecil-kecilan dalam sektor ini.
“Jika kebenaran diberikan kepada mereka yang berdaftar dan membabitkan negeri di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) saja, ia tidak akan memberi makna.
“GB4BM juga khuatir dengan nasib belia yang terbabit secara langsung di dalam industri sama ada pekerja hotel, pemandu pelancong atau ‘beach boy’,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau mengulas kebenaran kerajaan untuk pergerakan merentas negeri hanya bagi industri pelancongan domestik dibenarkan bermula hari ini.
Bagaimanapun, ia hanya membabitkan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hanya kenderaan pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) dibenarkan manakala penggunaan kenderaan persendirian masih dilarang.
Fahami berkata, sepatutnya kerajaan membuat keputusan yang memberikan manfaat kepada keseluruhan pemain industri dan bukannya kelompok tertentu saja.
“Isu pelancongan ini membabitkan rentas negeri. Tak boleh rentas, tak boleh pergi melancong. Lebih baik ada satu keputusan untuk semua atau tunggu sehingga Covid-19 reda,” katanya.

hmetro

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru supaya rakyat Malaysia dan syarikat pelancongan tempatan mengambil peluang kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar bagi menyemarakkan pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, itu yang membolehkan pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP bermula pada Rabu, secara tidak langsung membuka peluang kepada perniagaan sektor itu kembali beroperasi sepenuhnya.

“Sudah pasti ini menjadi permulaan lembaran baharu sebagai pemangkin untuk industri ini bangkit semula, seterusnya membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Nancy berkata, MOTAC juga berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membenarkan aktiviti langsung bagi industri kreatif di kawasan PKPP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, ia termasuk program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, tari, teater, muzikal, komedi, persembahan kebudayaan dan warisan melibatkan kehadiran 50 peratus penonton dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Nancy juga mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dan mematuhi SOP ditetapkan ketika mengikuti aktiviti pelancongan dan kebudayaan.

“Sama-samalah kita bekerjasama dan terus berdoa agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar dengan penutupan aktiviti kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat dan negara adalah sangat mendalam,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa berkata aktiviti tersebut tertakluk kepada SOP ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah MOTAC.

-sinarharian

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepakat untuk membuka semula sektor pelancongan dan sukan tertentu tidak lama lagi, sementara menunggu penyusunan prosedur operasi standard (SOP) baru.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengatakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) dan Kementerian Belia dan Sukan telah mengemukakan proposal tersebut dalam mesyuarat MKN semalam, dan majlis itu telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Semalam mesyuarat MKN bersetuju pada pada dasarnya meluluskan permohonan daripada Motac untuk membuka aktiviti pelancongan antaranya termasuklah aktiviti di luar (outdoor) seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain aktiviti.

“Walaubagaimanapun kita telah meminta telah meminta supaya Motac membentangkan SOP yang lebih terperinci dan jelas setelah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN,” katanya pada sidang media hari ini.

Dia mengatakan bahawa MKN telah memutuskan tarikh untuk SOP baru berhubung sektor pelancongan yang akan diumumkan bersama dengan SOP itu kelak.

Bagi sektor sukan, Ismail mengatakan cadangan Kementerian Belia dan Sukan terutama berkaitan dengan aktiviti sukan luar.

Dia mengatakan jawatankuasa teknikal akan bermesyuarat pada hari Khamis untuk menjelaskan butiran SOP baru untuk sektor sukan.

Pengumuman itu dibuat ketika Malaysia mencatat empat angka kes Covid-19 baru setiap hari, sementara kadar keberjangkitan (Rt) di negara ini berada pada tahap 1,0.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan, Rt dianggarkan 1.06 semalam dan 1.11 pada hari sebelumnya. Angka melebihi 1.0 akan menunjukkan wabak yang semakin meningkat.

Namun demikian, Ismail mempertahankan keputusan kerajaan untuk terus melonggarkan sekatan dengan mengatakan ia akan menjejaskan ekonomi.

“Kita tahu selama ini apabila kita mengadakan sekatan yang terlampau ketat, ekonomi rakyat tergugat, syarikat-syarikat terpaksa ditutup. Rakyat kita yang bergantung hidup untuk gaji harian tidak dapat bekerja dan sebagainya.

“Ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar kepada rakyat kita, kerana seperti kita tahu, bukan semua yang ada Covid positif di kalangan rakyat tetapi kesannya mereka juga terjejas walaupun mereka terus negatif sejak daripada mula.

“Tetapi apabila sektor ekonomi tidak dibuka dan sebagainya, pergerakan dihadkan menyebabkan perniagan peruncitan misalnya menghadapi masalah, pusat perlancongan tidak boleh membuka aktiviti, ramai pekerja-pekerja hotel dibuang pekerja dan sebagainya,” katanya.

-malaysiakini

//usounoul.com/4/2458908