Tag Archive : pemandu kereta

/ pemandu kereta

Saja cari pasal…

January 25, 2021 | News | No Comments

Port Dickson: Pemandu kereta ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di hadapan Balai Polis Lukut selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 33 tahun berkenaan ditahan pada 1.15 pagi di SJR Jalan Seremban-Port Dickson di sini


Menurutnya, lelaki terbabit memandu sebuah kereta bersama rakannya berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson dan melalui SJR terbabit.
“Dalam pemeriksaan awal mendapati pemandu kereta berkenaan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Aidi Sham berkata, pemandu dan rakannya itu juga dikenakan kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurutnya, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

hmetro

Lelaki maki, cekik pemandu kereta ditahan

November 20, 2020 | News | No Comments

Petaling Jaya: Akibat tidak puas hati keretanya dilanggar, seorang lelaki bertindak memaki serta mencekik leher pemandu kenderaan yang melanggar keretanya di Jalan SS 4B/10 di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian pada 6.40 pagi itu dipercayai berpunca apabila seorang lelaki berusia 53 tahun yang memandu Perodua Bezza melanggar sebuah Proton Waja di lokasi berkenaan.

“Selepas pelanggaran itu, dua lelaki iaitu pemandu serta penumpang Proton Waja berkenaan keluar dari kenderaan lalu memarahi mangsa.

“Seorang daripada mereka kemudian mencekik leher serta menolak badan mangsa hingga dia tersandar di pintu keretanya.

“Suspek juga mengugut mangsa menggunakan kayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ku Mashariman berkata, dua lelaki termasuk seorang warga asing yang berada di lokasi cuba membantu, namun suspek memukul kedua-dua lelaki berkenaan menyebabkan mereka melarikan diri.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kami berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di sebuah kedai minuman di Jalan 7/26 Petaling Jaya pada 6.30 petang, hari yang sama.

“Kami juga merampas sebuah Proton Waja, kunci dan alat kawalan jauh selain satu rotan yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

hmetro

//chooxaur.com/4/2458908