Tag Archive : Pengantin Terpaksa

/ Pengantin Terpaksa

Setiap pasangan pengantin pasti inginkan gambar kahwin yang cantik untuk dijadikan sebagai kenangan pada hari istimewa mereka

Menjadi raja sehari adalah moment yang ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin. Lebih-lebih lagi, sesi bergambar adalah salah satu perkara yang penting bagi sesebuah perkahwinan itu kerana gambar yang menjadi bukti kenangan terindah pada hari istimewa mereka.

Namun, berbeza pula dengan pasangan yang tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini, apabila video dan gambar kahwin mereka menjadi bualan ramai. 

Mereka terpaksa mengambil gambar kahwin hanya di depan rumah kerana cuaca ketika itu hujan dan hari sudah pun malam. Tetapi, atas kreativiti photographer, gambar pengantin tersebut tersebar di pelbagai platform media sosial kerana hasilnya sangat mengagumkan!

Walaupun hujan, gambar kahwin mereka sangat cantik kerana photographer pandai menggunakan teknik dan lighting yang sesuai.

Video berdurasi 25 saat itu dimuat naik di akaun TikTok milik peribadi photographer yang mengambil gambar pengantin tersebut. 

“Disebabkan hujan so terpaksa outdoor depan rumah je lah,” katanya.

Namun, hasil gambar pengantin itu membuatkan ramai terpegun kerana selepas gambar itu disunting, ia kelihatan seperti ada effect salji yang sedang turun, sedangkan itu adalah titisan hujan.


“Now I want my wedding to be at night and during hujan” – Warganet.

Video itu tular sehingga kini meraih hampir 428,000 tontonan dan lebih 65,000 likes di TikTok. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakat dan kreativiti photographer itu yang telah menjadikan gambar kahwin pengantin tersebut sangat cantik dan memuaskan hati.

Tidak kurang juga, ramai yang tiba-tiba nak kahwin waktu malam dan ambil gambar semasa hujan kerana terinspirasi dengan gambar kahwin pengantin tersebut.

Sudah pasti, pasangan pengantin itu sangat happy dengan service yang diberikan kepada mereka walaupun cuaca tidak mengizinkan pada waktu itu.

SAYS


//dooloust.net/4/2458908