Tag Archive : penghuni

/ penghuni

Semua penghuni disaring

April 9, 2020 | News | No Comments

PETUGAS Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan proses sanitasi dan saringan Covid-19 terhadap penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Masjid India, semalam.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 petugas KKM lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) mengambil sampel penghuni dan penghuni memberikan kerjasama baik terhadap petugas selain akur kediaman diduduki dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Arahan PKPD itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 di kedua-dua bangunan itu.

Beberapa kenalan penghuni bangunan berkenaan yang ingin menghantar bekalan makanan tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan dibenarkan hanya pada waktu tertentu sahaja.

Kawasan berhampiran juga dilihat tiada individu berada di kawasan berhampiran kerana dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rela.

Sementara itu, tinjauan di Menara City One pula mendapati petugas KKM menjalankan saringan dari rumah ke rumah bagi mengambil sampel penghuni bermula sejak jam 10 pagi.

Saringan dijalankan didapati berakhir jam 3 petang dengan sejumlah kotak dibawa keluar oleh petugas dipercayai mengandungi sampel penghuni.

Dalam perkembangan sama, sebuah khemah disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi kemudahan petugas media di hadapan Menara CityOne.

Difahamkan khemah terbabit didirikan oleh petugas KKMM bagi memberi keselesaan petugas media dalam membuat liputan terkini berkenaan PKPD.

Selain khemah, meja dan kerusi juga disediakan hidangan makan tengah hari dan sarung tangan getah.

Pada 31 Mac lalu, kerajaan menguatkuasakan PKPD di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang berkuat kuasa sehingga 13 April depan.

166 pulih sepenuhnya

Kes pulih menunjukkan peningkatan semalam iaitu 166 sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang berbanding 156 kes baharu jangkitan virus Covid-19 manakala dua kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga semalam kumulatif kes pulih adalah 1,487 kes atau 36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Ini bermakna, bilangan kes didiscaj juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Sehingga kini, seramai 76 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 65 kes atau 1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Berikut perincian kes kematian semalam:

• Kes kematian ke-64 (kes ke-2,903), perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun. Mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia 7 April, jam 3.20 petang.

• Kes kematian ke-65 (kes ke-1,906), lelaki warganegara Pakistan berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 8 April 2020, jam 9.30 pagi.

-hmetro

//soaheeme.net/4/2458908