Tag Archive : penuntut

/ penuntut

6 kategori penuntut boleh ke kampus 1 Mac ini

February 1, 2021 | News | No Comments

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan enam kategori penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan, untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, enam kategori itu merangkumi penuntut peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah, yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.

Turut dibenarkan ke kampus ialah penuntut yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif untuk PdP dalam talian, pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, penuntut orang kurang upaya (OKU) dan penuntut peperiksaan Malaysia University EnglishTest (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

“Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus, boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

“Pelajar bukan kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.

Pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan, dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Sementara itu, pelajar berkeperluan dari Semenanjung yang pulang ke kampus di Sabah dan Sarawak, diwajibkan untuk menjalani ujian swab yang akan dibiayai Kementerian Kesihatan.

“Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, sebelum dibenarkan pulang ke kampus dengan kos makan dan kuarantin mulai 1 Mac, akan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Penuntut dari Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing, bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang gejala Covid-19.

Penuntut disarankan untuk merujuk kepada SOP kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa, manakala pihak IPT boleh merujuk kepada SOP sektor pengajian tinggi sedia ada yang telah diwartakan.

Maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT, boleh berhubung dengan Bilik Gerakan COVID-19 KPT (24 jam) di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628 atau melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

HM

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memberi jaminan kebajikan kesemua penuntut yang masih berada di institusi pendidikan tinggi (IPT) ketika ini sentiasa terpelihara dan dijaga.

“Jangan risau, anak-anak tuan dan puan yang masih berada di kampus ini insya-ALLAH akan berada di bawah jagaan kampus masing-masing. Pihak universiti sentiasa mengambil tahu mengenai keadaan, keselamatan dan kesihatan mereka.

“Kementerian dan IPT serta anggota terlibat juga berusaha sepenuhnya dalam memastikan semua pelajar dapat pulang ke kampung halaman. Mereka (pelajar) ini akan bergerak secara berperingkat,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan dan prosedur pergerakan pulang penuntut ke rumah masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini malam tadi.

Beliau juga meminta penuntut yang masih berada di IPT agar bersabar menunggu giliran untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Makan dan minum pelajar akan disediakan seperti biasa kepada mereka yang masih berada di kampus,” katanya.

Semalam, sejumlah 790 penuntut IPT berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman.

Mengenai proses pergerakan pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak pada 1 Mei depan, Noraini berkata, mereka akan berdepan proses lebih kurang sama dengan pergerakan kumpulan pertama malam tadi.

“Pelajar akan dikumpulkan sebelum memulakan pergerakan melalui ‘penerbangan sewa khas’ yang diusahakan kerajaan.

“Insya-ALLAH kerajaan menanggung semua bayaran pengangkutan balik pelajar,” katanya.

SH

//nessainy.net/4/2458908