Tag Archive : Penyewa

/ Penyewa

Rumah sewa kebiasaannya didiami oleh pelajar universiti oleh kerana tidak dapat tinggal di asrama mereka

Tetapi, bukan pelajar saja yang menyewa bahkan keluarga kecil, orang bujang juga menggunakan perkhidmatan sewa rumah ini kerana harga rumah yang semakin tinggi.

Namun, lain pula dengan kisah ini apabila tuan rumah sendiri memuat naik sikap penyewa rumahnya yang membiarkan rumah ditinggal bersepah.

Tuan rumah dedah 9 bulan tak bayar sewa, bil pula tertunggak sampai RM4,000

Inilah realiti yang dihadapi oleh seorang pemilik rumah sewa yang terpaksa bersabar melihat keadaan rumahnya dilakukan oleh penyewa.

Menerusi perkongsian video di TikTok, lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap penyewa rumahnya bukan saja tidak membayar sewa selama 9 bulan malah, bil elektrik juga tertunggak sehingga RM4,000.

Jika dilihat daripada video berkenaan, lelaki tersebut datang untuk melakukan tinjauan dan mendapati pintu rumah itu juga dibiarkan tidak berkunci.

Masih ada barang-barang peribadi milik penyewa

Semasa dia membuat tinjauan, barang-barang peribadi milik penyewa itu ternyata masih ada di dalam rumah.

Namun, tiada seorang pun yang berada di rumah ketika lelaki itu datang ke kediaman tersebut.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati perkara tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan mengecam tindakan penyewa terbabit.

SAYS

//chooxaur.com/4/2458908