Tag Archive : Pfizer-BioNTech

/ Pfizer-BioNTech

MANILA – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Filipina (FDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Pfizer Inc dan BioNTech SE, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Ketua FDA Enrique Domingo pada Khamis.

“Berdasarkan jumlah bukti yang ada setakat ini hingga kini, termasuk data percubaan yang cukup dan jelas, wajar untuk meyakini vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 mungkin berkesan bagi mencegah, mendiagnosis atau merawat Covid-19,” kata Domingo dalam satu taklimat maya.

Beliau menambah “manfaat yang diketahui dan berpotensi daripada vaksin Pfizer ketika digunakan untuk mendiagnosis, mencegah, mengubati Covid-19 setakat ini melebihi risiko yang mungkin ada.”

Domingo berkata, kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk vaksin Pfizer-BioNTech “berkuat kuasa serta-merta.”

Pfizer memohon EUA pada 23 Disember tahun lalu.

Sementara itu, Domingo mengatakan, Sinovac Biotech China turut memohon EUA pada Rabu.

‘Pra-penilaian’ penggunaannya sedang berlangsung, tambahnya.

Selain Sinovac, FDA belum meluluskan permohonan vaksin Covid-19 dan penggunaan EUA oleh AstraZeneca dan Gamaleya Rusia. – Bernama

-sinarharian

Vaksin sedia ada berkesan

December 24, 2020 | News | No Comments

Saintis Muslim yang mengasaskan firma bioteknologi, BioNTech di Jerman memaklumkan virus dihasilkan bersama Pfizer berkemungkinan besar berkesan terhadap varian baharu B.1.1.7 yang dikesan di United Kingdom (UK) yang telah mencetuskan kebimbangan negara antarabangsa.

“Vaksin dibangunkan kami dijamin efisien kerana ia mengandungi lebih 1,000 asid amino. Tindak balas imun yang dicetuskan vaksin itu juga dapat menangani virus yang bermutasi tersebut. Kami yakin vaksin tersebut boleh memberi perlindungan yang diperlukan.

“Tetapi, jika ada keperluan, kami mungkin dapat menghasilkan vaksin baharu untuk melawan virus mutasi itu dalam tempoh enam minggu,” kata Ugur Sahin pada Selasa.

Menurutnya, varian baharu yang dikenal pasti di UK mempunyai sembilan mutasi berbanding satu yang biasanya berlaku apabila varian baharu dikesan.

“Hanya sembilan daripadanya mengalami perubahan yang bermaksud 99 peratus protein virus itu masih sama,” jelasnya sambil menambah ujian sedang dijalankan ke atas varian baharu tersebut dan datanya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Sementara itu, syarikat pengeluar ubat di London, AstraZeneca mengesahkan vaksin dihasilkan mereka juga dipercayai berkesan ke atas varian baharu tersebut.

“AZD1222 mengandungi bahan genetik lonjakan protein SARS-CoV-2. Perubahan kod genetik pada jenis baharu itu tidak mengubah struktur lonjakan protein terbabit.

“Melalui vaksinasi AZD1222, sistem imun tubuh telah dilatih untuk mengenali lebih banyak bahagian berbeza dalam lonjakan protein dan akan segera bertindak balas,” kata jurucakap AstraZeneca.

Mutasi B.1.1.7 tersebut didakwa 70 peratus lebih berjangkit dan golongan kanak-kanak paling berisiko dijangkiti hingga mencetuskan gelombang larangan perjalanan dari UK di kebanyakan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, penyelidik yang melakukan kajian terhadap varian baharu yang dikesan di UK percaya ia telah tiba di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan November.

“Ia mungkin telah menjangkiti ratusan individu. Varian baharu itu mungkin telah merebak ke banyak tempat,” kata Ketua Jabatan Ekologi dan Evolusi Biologi di University of Arizona, Michael Worobey.

Setakat ini, saintis di AS atau di negara lain seluruh dunia turut mengkaji urutan genetik koronavirus di negara tersebut untuk melihat sama ada ia sepadan dengan varian baharu yang dikesan di UK, namun gagal menemui sebarang persamaan.

Sebelum ini, saintis di UK mendakwa virus yang telah bermutasi B.1.1.7 itu telah muncul di Kent, tenggara London sejak 20 September lalu.

-sinarharian

Seorang petugas kesihatan di Alaska, Amerika Syarikat (AS) mengalami alergi yang serius selepas menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Bagaimanapun individu yang dirawat di hospital pada Rabu dalam keadaan stabil.

Menerusi laporan New York Times, individu terbabit menerima suntikan pada Selasa, dan Pfizer mengesahkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden itu.

Sebelum ini, dua petugas kesihatan di Britain turut mengalami alergi, menyebabkan kerajaan negara itu memaklumkan kepada orang ramai untuk mengelak daripada menerima vaksin berkenaan jika pernah memiliki alergi yang teruk.

Pihak berkuasa AS mengeluarkan kelulusan kecemasan serta amaran supaya individu yang memiliki alergi terhadap bahan dalam vaksin perlu mengelak daripada menerimanya.

“Kami masih belum mendapat perincian laporan dari Alaska mengenai kemungkinan alergi serius, namun sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menelitinya.

“Kami akan memantau semua laporan mengatakan alergi serius susulan mendapat vaksin dan memperbaharui bahasa pada label vaksin itu jika perlu,” kata seorang jurucakap Pfizer.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, semua 44,000 sukarelawan untuk ujian klinikal Prizer dikecualikan jika pernah mengalami alergi pada vaksin atau bahan dalam vaksin Covid-19.

Secara keseluruhan, ujian itu tidak berdepan sebarang isu keselamatan, namun pihak berkuasa serta syarikat itu memantau situasi selepas menerima vaksin berkenaan secara berterusan.

Minggu ini, AS sedang memberi vaksin kira-kira tiga juta rakyatnya dan berharap 20 juta rakyatnya menerima vaksin itu bulan ini jika satu lagi vaksin yang dibangunkan Moderna, diluluskan.

-sinarharian

//soaheeme.net/4/2458908