Tag Archive : Pikul

/ Pikul

Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh WHO, jangkitan pandemik Covid-19 di seluruh dunia sudah melebihi 1 juta kes pada masa ini

Mengikut statistik terbaru WHO pada 5 April 2020, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di seluruh negara telah mencapai 1,197,584 orang. Manakala jumlah keseluruhan kematian pula adalah seramai 64,610 orang untuk 180 negara yang terlibat dengan pandemik Covid-19 ini.

Namun begitu, jumlah di atas dipercayai kian meningkat sehingga hari ini, 7 April 2020.

Menurut laporan, kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan dan ia sememangnya begitu membimbangkan.

Tambahan pula, di United Kingdom setakat hari ini telah mencatatkan 51,608 kes jangkitan dan 5,373 kematian akibat Covid-19.

Oleh itu, ratu cantik England, Mukherjee dikatakan telah membuat keputusan untuk kembali bertugas sebagai doktor bagi membantu dalam usaha memerangi wabak Covid-19 di negaranya

Dr Basha Mukherjee, 24, sebelum ini telah dimahkotakan sebagai Miss England kira-kira dua tahun lalu telah membuat keputusan untuk berehat dari karier utama beliau sebagai doktor junior dan memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia, Miss World pada Disember 2019.

Namun, selepas melihat situasi yang tidak terkawal akibat Covid-19 ini di negaranya, dia nekad untuk kembali berbakti sebagai pegawai kesihatan. Dia memberitahu turut menerima beberapa mesej daripada rakan-rakannya di hospital menceritakan betapa sukarnya situasi yang mereka hadapi pada ketika ini.

Tambahan pula, sebelum ini Mukherjee juga pernah berkhidmat di hospital tersebut iaitu di Hospital Pilgrim, Boston.

“Saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.”

Mukherjee yang berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan dikatakan sanggup melupakan hasrat untuk menamatkan misi kerja amal itu

“Saya telah diundang untuk ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan juga negara-negara di Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal,” katanya kepada CNN World.

Pada mulanya dia sudah merancang untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos ini. Namun begitu, tanpa keberatan dia terus menghubungi pihak pengurusan hospital dan memberitahu hasratnya untuk kembali bertugas sebagai pegawai perubatan.

Mukherjee menjelaskan betapa kagumnya dia melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja kerana tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.

SAYS

//cdrvrs.com/4/2458908