Tag Archive : PKP

/ PKP

Polis serbu pusat hiburan ingkar PKP

February 22, 2021 | Viral | No Comments

PETALING JAYA – Seramai 15 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di kawasan Sea Park, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 10.30 malam.

“Dua individu dipercayai pekerja dan penjaga premis berusia 21 dan 38 tahun telah ditahan kerana ingkar arahan kerajaan dengan membuka premis pusat hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis tersebut mendapati seramai sembilan lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur 32 hingga 54 tahun dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan 2021).

“Sebanyak 10 botol minuman keras pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai lebih kurang RM545 telah dirampas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya.

-sinarharian

Awas penipuan pajak gadai: PDRM

February 16, 2021 | News | No Comments

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dengan taktik penipuan pajak gadai yang mengambil kesempatan ke atas mangsa yang terdesak mendapatkan wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Datuk Zainuddin Yaacob berkata, walaupun tiada laporan polis diterima setakat ini, kebarangkalian untuk kes ini berlaku adalah tidak mustahil.

“Orang ramai dinasihat untuk berurusan dengan syarikat pajak gadai berlesen.

“Jangan sesekali berurusan melalui medium atas talian kerana aktiviti pajak gadai hendaklah dijalankan secara fizikal di premis perniagaan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Zainuddin berkata, masyarakat perlu mengambil tahu berkenaan prosedur dan undang-undang yang berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Tambahnya, pihaknya juga mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan sikap berjimat cermat kerana hidup secara bermewah bukanlah pilihan dalam memastikan kelangsungan hidup.

“Usaha dan peranan polis bersama masyarakat amat penting bagi memastikan negara terhindar daripada perlakuan jenayah komersial,” katanya.

-SH

Hotel Lima Bintang Jual Nasi Bajet RM2

February 10, 2021 | Viral | No Comments

SEBELUM ini tular di media sosial yang mana demi kelangsungan hidup pekerja dan operasi hotel yang mengalami penurunan pendapatan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Seorang pengurus hotel mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan dengan harga RM3.

Di Terengganu pula, demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan.Iklan

Selepas Pulau Pinang dan Terengganu, kini tiba giliran sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka yang menawarkan nasi bajet dalam usaha untuk terus bertahan ketika sektor pelancongan masih ditutup ekoran pelaksanaan PKP.

Dengan sebungkus nasi bajet berharga RM2 yang dimasak sendiri oleh 12 orang chef hotel tersebut, pelanggan dapat satu set nasi putih bersama sejenis sayur dan sejenis ikan atau ayam mengikut pilihan.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Jurumasak Hotel Hatten, Badrol Hisham Mohd Ali berkata, langkah itu diambil susulan tiada pelanggan yang menginap di situ selain restoran di dalamnya juga masih ditutup.Iklan

“Selain menambah pendapatan hotel yang terkesan dengan pandemik Covid-19, penjualan nasi bajet juga diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada orang ramai yang terjejas pendapatan untuk mendapatkan makanan pada harga yang lebih murah.

“Kami membuat jualan nasi bajet ini bermula Jumaat lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila kira-kira 500 orang mengunjungi gerai setiap hari,” katanya.

Selain itu, menu masakan juga sering dipelbagaikan setiap hari bagi memberi pilihan kepada orang ramai.

Bagi menu nasi bajet ialah nasi putih bersama seketul ayam atau sepotong ikan serta sedikit sayur.

Selain itu ada juga pilihan lauk lain seperti ayam madu, ayam percik, ketam, kek dan biskut namun ia dijual dengan harga berasingan.

Hotel lima bintang jual nasi bajet RM2

Jualan pula bermula pada 12 tengah hari dan berakhir pada 8 malam setiap hari.

“Kami menawarkan menu yang berbeza setiap hari agar pelanggan dapat menikmati juadah yang berbeza dan tidak jemu dengan lauk yang sama.

“Penjualan nasi bajet akan dilakukan selama sebulan dan pihaknya akan mengambil tindakan lanjut berdasarkan perkembangan semasa PKP,” katanya.

Disebabkan ia murah maka tidak hairanlah ia juga kini tular dengan cepat di laman Facebook setelah salah seorang dari pembeli memuat naik status baru-baru ini.

Hasil perkongsian di Facebook juga memperlihatkan sokongan orang ramai terhadap inisiatif hotel tersebut.

Rata-rata pembeli memuji kesedapan nasi bajet hasil air tangan chef yang sangat berbaloi.

Mana tidaknya tukang masak chef hotel, ini baru betul orang kata “harga warung makanan bertaraf hotel 5 bintang”.

-sinarplus

KECOH dalam media sosial mengenai beberapa foto menyeramkan yang dikatakan berjaya dirakam sepasukan petugas barisan hadapan ketika sedang mengawal laluan di Jalan Giram, Kunak, Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sana.

Dalam satu perkongsian seorang warganet, Siti Zulaiha dalam akaun Facebook menunjukkan beberapa foto yang memperlihatkan sekumpulan pasukan keselamatan sedang merakam sesuatu.Iklan

Bukan seorang tetapi ramai mata-mata yang melihat ke arah satu semak tidak jauh daripada tempat sekatan jalan dibuat.

ponti PKP

Dalam kapsyen gambar yang dikongsikan, wanita itu mengucapkan: ‘wallahualam, semoga anggota yang bertugas dijauhkan daripada gangguan alam lain.’

Kata-katanya itu memang membuatkan bulu roma kita meremang.Iklan

Ujar Siti Zulaiha, beliau pernah melalui jalan terbabit dan sering terhidu bau wangi.

Namun, dari hari terdalam, dirinya tidak berani untuk menegur kerana bimbang ada yang ‘menegurnya semula’ nanti.

ponti pkp

Sukar untuk dipastikan sama ada gambar yang dikongsikan itu sahih atau diedit.

Bagaimanapun, rata-rata warganet yang mengikut perkongsian itu turut berasa seram apabila melihat gambar terakhir.

ponti pkp

Tidak kurang juga yang mempercayai gambar yang dikongsikan kerana ramai saksi di tempat kejadian.

ponti pkp

Ada juga yang memberikan komentar lucu, barangkali sudah bosan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu lama sangat.

ponti pkp

Paling mengusik hati, komentar warganet yang menulis kononya hamba ALLAH itu ‘mahu menolong buat kawalan jalan’.

Dalam hal ini, SinarPlus menggali lebih lanjut lokasi jalan yang dikatakan cukup misteri dan hanya orang tempatan sahaja tahu mengenai kisah tersebut.

Seperti yang ditulis menerusi sabah.blogspot.com, banyak tempat misteri di Kunak, Sabah termasuk kawasan tinggal yang dahulunya dikatakan wujud terowong Jepun, kesan peninggalan artifak, telaga tujuh dan banyak lagi.

Jadi, semua sejarah itu menjadikan misteri yang sedang hangat berlegar-legar itu tidak mustahil boleh berlaku.

Apapun, SinarPlus tabik hormat kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus berkhidmat di kawasan sekatan jalan walaupun jauh dari bandar walaupun sunyi sepi dan menyeramkan.

-sinarplus

Lebih 100 pemandu teksi sekitar bandar ini terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa Daerah Kluang, Mustakim Jalel berkata, sumber pendapatan mereka dijangka semakin tidak menentu berikutan PKP dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.

“Semua pemandu teksi di Kluang ini amat merasai kesan PKP yang dilaksanakan ketika ini apatah lagi dilanjutkan sehingga dua minggu lagi.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, ada pemandu teksi balik tangan kosong selepas keluar untuk mendapatkan penumpang dari pagi hingga petang di Hentian Teksi Kluang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hentian itu, di sini pada Khamis.

Terdahulu Penyelaras Malaysian Relief Agensi (MRA) Kluang, Shamsiah Saaban menyampaikan bantuan bekalan makanan daripada MRA Johor kepada 100 pemandu teksi di hentian tersebut.

Mustakim berkata, keadaan bertambah teruk apabila pemandu teksi di sini terpaksa berdepan saingan dengan syarikat pengangkutan e-hailing selain teksi haram yang semakin banyak di daerah ini.

Sementara itu, Shamsiah berkata, sumbangan itu diberikan selepas pihaknya merasakan ramai pemandu teksi semakin terjejas pendapatan pada ketika ini.

Katanya, inisiatif tersebut dilancarkan untuk mendapatkan bantuan terutama sekali bekalan makanan sebagai satu langkah mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka.

Selain itu ujarnya, bantuan serupa diberikan kepada pemandu teksi di Renggam, Simpang Renggam dan Layang-layang.

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu mereka menjalankan kehidupan harian bersama keluarga seperti sebelum ini walaupun berhadapan dengan kekurangan pendapatan akibat daripada ketiadaan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka,” katanya.

-sinarharian

PKP: Lima peniaga dikompaun RM1,000 di Terengganu

February 4, 2021 | News | No Comments

Lima pemilik premis menjual telefon, karpet dan pemborong dikompaun RM1,000 seorang pada Rabu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, tiga kompaun dikeluarkan di daerah Kemaman manakala dua lagi di Kuala Terengganu.

Menurutnya, semua peniaga itu dikesan gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri, alat pengesan suhu badan dan gagal mengawal laluan masuk pelanggan tanpa merekodkan maklumat secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera.

“Mereka dikompaun kerana melanggar SOP PKP iaitu di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

“KPDNHEP telah diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terhadap pematuhan SOP PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan bermula 8 Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Saharuddin meminta pengusaha perniagaan dan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP bagi membendung penularan Covid-19.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bersikap sambil lewa, mengambil mudah dan melanggar SOP ditetapkan.

“KPDNHEP juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang,” katanya.

-sinarharian

Sengaja cari susah…

February 4, 2021 | News | No Comments

Petaling Jaya: Degil dan enggan patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu tindakan 13 pelanggan sebuah pusat hiburan yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana berkumpul sambil meminum arak di Sea Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya membuat serbuan di lokasi berkenaan jam 7.25 petang semalam.

“Dalam serbuan itu, kami mendapati terdapat 13 pelanggan berusia antara 38 hingga 55 tahun dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras di dalam premis berkenaan.

“Pemilik premis membabitkan wanita berusia 55 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah menjual minuman keras,” katanya tadi.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut merampas tujuh botol minuman keras dalam serbuan itu.

“Semua pelanggan serta pemilik premis berkenaan turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP ditetapkan.

“Tindakan itu diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

“Kami memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi arahan PKP 2.0. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikenakan kompaun RM1,000 atau ditahan dan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

hmetro

Pusat cuci kereta terpaksa beroperasi curi-curi

February 1, 2021 | News | No Comments

Terdapat pengusaha cuci kereta terpaksa beroperasi secara curi-curi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar pusat bandar pada Ahad menemukan seorang pengusaha yang menjalankan khidmat cuci kereta di kawasan rumahnya yang terletak berdepan dengan pusat cuci kereta milik keluarganya.

Pengusaha berkenaan yang berusia dalam lingkungan 50-an itu akan memanggil pelanggan yang berhenti di pusat cuci keretanya untuk mengalihkan kenderaan di rumahnya.

Pengusaha berkenaan berkata, dia memberanikan diri membuka operasi sejak dua tiga hari kebelakangan ini susulan kebanyakan perniagaan sudah dibenarkan beroperasi.

Menurutnya, dia bertindak sedemikian disebabkan ada permintaan daripada pelanggan selain perlu ‘cari makan’ untuk menyara keluarga.

“Walaupun kedai tutup, sewa kedai RM1, 000 sebulan masih perlu dibayar. Jika tak berniaga, bagaimana nak bayar sewa?

“Kebanyakan yang datang cuci kereta adalah dalam kalangan penduduk sekitar. Saya tengok pelanggan juga, kalau ada yang memerlukan, saya bantu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Kongsinya, dalam tempoh kurang sejam beroperasi hampir lima kereta sudah di cuci di harapan rumahnya yang terletak di sebuah taman perumahan di Sentul.

Operasi cuci kereta di depan rumah selepas MKN melarang operasi pusat cuci kereta dibuka sepanjang PKP.
Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha pusat cuci kereta, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzer, 26 meminta agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pusat cuci kereta beroperasi.

“Kami pengusaha cuci kereta dah buat rayuan dan hantar petisyen mohon kerajaan beri pertimbangan, namun sehingga kini permintaan kami tidak dilayan.

“Sedangkan kami pengusaha perlukan pendapatan untuk bayar sewa kedai. Apabila perniagaan tak jalan, saya terpaksa berhentikan pekerja,” katanya.

Menurutnya, pihak pengusaha premis cuci kereta tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan, sebaliknya memohon kebenaran supaya kelulusan operasi dibenarkan.

“Jika SOP perlu diperketatkan pun kami sanggup atau benarkan kami buka kedai pada hujung minggu. Hadkan hanya seorang sahaja dibenarkan datang untuk cuci kereta untuk elak jangkitan.

” Apabila pusat cuci kereta tak dibenarkan operasi, ia juga menyusahkan mereka yang tinggal di rumah bertingkat untuk cuci kereta, jangkitan kuman juga tinggi kerana kenderaan tidak dilakukan sanitasi atau pembersihan,” katanya.

Chee Heng
Sementara itu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang menyifatkan larangan operasi terhadap perniagaan pusat cuci kereta itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

“Apabila tiada pusat cuci kereta operasi, orang awam terpaksa cuci kereta sendiri, mereka yang duduk rumah lot, teres bolehlah cuci sendiri tapi bagi yang duduk di pangsapuri yang bermasalah.

” Saya sendiri hadapi kesukaran untuk cuci van jenazah. Biasanya van jenazah ini perlu dicuci setiap kali lepas digunakan untuk kebersihan, tapi apabila tiada kedai yang buka memang masalah.

” Masalah juga kepada kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan grab, pelanggan silih berganti, kalau tidak disanitasi atau dibersihkan risiko kepada pengguna lain,” katanya.

Beliau berharap, kerajaan mempertimbangkan rayuan pengusaha pusat cuci kereta dan perketatkan SOP jika perlu.

“Pengusaha pusat cuci kereta pun nak hidup juga. Risiko jangkitan di pusat cuci kereta lebih rendah berbanding kawasan tumpuan awam seperti di pasaraya yang boleh berniaga.

“Harap kerajaan benarkan pusat cuci kereta operasi, galakkan operasi sanitasi pada kenderaan untuk elak penyakit dan wabak semasa Covid-19 ini,” katanya.

-sh

142 individu ingkar kuarantin di rumah

January 29, 2021 | News | No Comments

Seramai 5,730 individu telah menjalani proses kuarantin di rumah di negeri ini sehingga ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,406 individu telah diperiksa.

“Jumlah kumulatif individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 29 Januari 2020 ialah seramai 142 orang.

“Selain itu jumlah keseluruhan tangkapan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi tempoh 18 Mac lalu hingga Selasa melibatkan 4,772 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 3,752 individu telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh berkenaan manakala 44 dikenakan kompaun pada Selasa.

Vidyananthan turut memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian Covid-19 dilaporkan pada Selasa di negeri ini.

“Mangsa merupakan lelaki berumur 84 tahun, warganegara tempatan yang tidak mempunyai sebarang latar belakang penyakit. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Johor sebanyak 66 kes,.

“Pada Selasa, Johor mencatatkan 516 kes baharu positif Covid-19 iaitu 174 kes daripada kluster sedia ada manakala 57 kes daripada kluster baharu.

Menurut Vidyananthan, terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Platinum dan Kluster Jalan Padi Mahsuri.

“Sebanyak 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, 160 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Sehingga hari ini (Rabu), kes positif Covid-19 di Johor yang melibatkan warganegara sebanyak 10,283 kes manakala kes positif Covid-19 yang melibatkan bukan warganegara sebanyak 6,993 kes,” ujarnya.

-sh

DEGIL. Gara-gara melanggar perintah kuarantin seorang lelaki Taiwan dikenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM143,418) kerana beberapa kali didapati keluar rumah.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama, tetapi sudah tujuh kali dilakukan lelaki terbabit tanpa memikirkan impak kesihatan terhadap jiran dan masyarakat setempat.

Memetik asiaone.com, Biro Kesihatan Kerajaan Taichung memaklumkan, lelaki berkenaan dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari China baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia dikatakan keluar rumah dengan alasan untuk membeli barang dan membaiki kenderaan. Biarpun jiran sekeliling sudah beberapa kali menegur, namun teguran itu sedikitpun tidak diendahkan.

Sementara itu, Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen kesal dan mengkritik perbuatan lelaki tersebut yang disifatkan membahayakan kesihatan keluarga dan jiran.

Justeru, pihak kerajaan mengenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM6.9 juta).

Dalam perkembangan berlainan, berikutan kes jangkitan Covid-19 semakin kritikal, semua hospital di Taichung melarang kehadiran pelawat.

Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya penularan virus tersebut.

“Justeru, mereka (pelawat) yang ingin melawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau wad di hospital perlu mendapatkan persetujuan doktor.

“Pada masa sama, hanya satu pelawat dibenarkan bagi setiap pesakit,” jelas jurucukap Biro Kesihatan Kerajaan Taichung.

-sp

//oackoubs.com/4/2458908