Tag Archive : PKPP

/ PKPP

‘Belum masanya laksanakan PKP’

October 5, 2020 | News | No Comments

SHAH ALAM – Pakar kesihatan berpendapat kerajaan tidak perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara memandangkan situasi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) masih boleh dikawal.

Pakar epidemiologi daripada Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud bagaimanapun berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan (PKPD) mungkin perlu dilaksanakan di kawasan tertentu sekiranya berlaku peningkatan kes yang banyak dalam masa singkat.

“Buat masa ini, PKP seperti pada 18 Mac lalu belum lagi perlu dilaksanakan. Sekiranya kita bertindak cepat mengesan dan mengasingkan kes Covid-19, kita masih lagi boleh membendung wabak tersebut.

“Jadi masyarakat secara keseluruhannya perlu menyokong usaha kerajaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, selain menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga seperti mengamalkan pemakanan yang betul, bersenam dan tidur yang mencukupi bagi membantu keupayaan badan untuk melawan penyakit,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Awang Bulgiba turut menyarankan agar kerajaan memperbaiki penyampaian mesej kepada rakyat dan mengkaji bagaimana untuk menambah baik kepatuhan kepada SOP.

Katanya, mesej yang tidak jelas mampu mengelirukan rakyat dan kerajaan boleh menggunakan khidmat pakar tingkah laku dan pakar perhubungan dalam memperbaiki penyampaian mesej kepada rakyat.

“Ia amat penting kerana setelah berada dalam PKP yang berbagai bentuk selama enam bulan, keletihan SOP (SOP fatigue) telah mula nampak.

“Apabila ia berlaku, orang akan mula leka dan tidak mematuhi SOP sehingga kes naik mendadak seperti yang kita lihat baru-baru ini.

“Kita juga harus menyediakan sistem pemantauan yang lebih baik supaya tindakan yang lebih pantas boleh diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, PKP secara menyeluruh tidak perlu dilakukan memandangkan masih banyak zon hijau dan kehidupan rakyat boleh diteruskan seperti biasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, kerajaan perlu memastikan penetapan polisi terhadap pematuhan SOP terus konsisten serta mengutamakan pandangan pakar dan bebas daripada tekanan-tekanan tertentu.

“Malah, pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan bencana alam seperti banjir dan sebagainya perlu segera dilakukan dengan mengambil kira keperluan pematuhan SOP dan pencegahan Covid-19.

“Kerajaan juga perlu merangka dan menyediakan pelan perlaksanaan pilihan raya yang lebih ketat serta mengutamakan keperluan menggunakan teknologi maya untuk berkempen dan juga pengundian pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Rosnah Sutan menyifatkan pelaksanaan PKP semula bukanlah penyelesaian mudah, sebaliknya amalan normal baharu perlu diperketatkan.

Katanya, penglibatan masyarakat setempat dalam menjaga komuniti mereka patut digerakkan dan dibantu.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak (universiti, jawatankuasa sosial masyarakat setempat, NGO dan agensi) perlu diselaraskan di peringkat komuniti lagi.

“Murni dan mudahkan kerjasama pelbagai pihak tanpa melibatkan banyak urusan birokrasi yang perlu diikuti dan melemahkan kerjasama pintar di peringkat komuniti dalam meningkatkan amalan normal baharu,” katanya.

-sinarharian

PM umum status PKPP minggu ini

August 26, 2020 | National | No Comments

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini, pada minggu ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan,” kata Ismail Sabri pada sidang akhbar perkembangan PKPP di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan agar PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu, mengulas mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang ingkar arahan kuarantin selepas pulang dari Turki, Ismail Sabri menyerahkan isu tersebut kepada polis untuk disiasat.

“Prosedurnya ialah KKM telah kompaun maksimum RM1,000, selebihnya untuk dibawa ke mahkamah, polis akan buka kertas siasatan dan dibawa kepada Peguam Negara. Peguam Negara akan buat keputusan perlu dihadapkan ke mahkamah atau tidak,” katanya.

Isu kegagalan Mohd Khairuddin mematuhi prosedur operasi standard bagi individu pulang dari luar negara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Dewan Rakyat dan menjadi perhatian pelbagai pihak.

KKM dalam satu kenyataan media selepas itu berkata, kementerian mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu. 

-sinarharian

Pesta arak ingkar PKPP

June 19, 2020 | News | No Comments

PELAJAR perempuan antara 15 individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pahlawan di Sibu, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan serbuan pada 6.53 petang.

Menurutnya, remaja perempuan berkenaan bersama individu lain diberkas ketika sedang leka berkaraoke dan minum minuman keras di premis terbabit.

Katanya, kesemua individu terbabit terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 15 hingga 47 tahun.

“Tangkapan yang dilakukan ini adalah hasil risikan serta maklumat awam yang mana kita amat berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat berhubung premis hiburan yang dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,” ujarnya.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan yang merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun turut ditahan atas kesalahan beroperasi semasa tempoh PKPP.

Sepanjang tempoh PKPP sehingga 31 Ogos ini nanti, beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema dan perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai.

Pusat hiburan turut termasuk dalam senarai terlarang dibuka mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

hmetro

SHAH ALAM – Pengusaha tadika swasta di negara ini merayu agar kerajaan membenarkan mereka beroperasi semula segera mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi kelangsungan operasi tadika yang kebanyakannya sekarang sudah banyak gulung tikar ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Wakil pengusahanya, Abdullah Munzir Mohd Fauzi berkata, penutupan banyak tadika itu bukan sahaja memberi kesan kepada pengusaha bahkan kepada ibu bapa dan anak-anak.

Katanya, ibu bapa akan berdepan masalah untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika bagi membolehkan mereka bekerja disebabkan bilangan tadika yang terhad tambahan pula anak-anak akan mengalami gangguan pembelajaran khususnya bagi yang berumur enam tahun sebagai persediaan untuk kemasukan ke sekolah rendah.

“Kami merayu untuk memulakan operasi tadika bukanlah untuk aspek kewangan semata-mata sebaliknya untuk terus mempertahankan institusi pendidikan ini selepas lebih tiga bulan terpaksa menutup tadika kerana Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Kami faham dengan SOP yang perlu dipatuhi seperti penjarakkan sosial antara anak didik kami. Sudah tentu bilangan murid dibenarkan bersekolah nanti akan berkurang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Abdullah Munzir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Little Ones International Sdn Bhd yang memiliki rangkaian Tadika Little Ones Eduworld di Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan berkata, SOP yang akan ditekankan pihaknya juga melibatkan amalan pembersihan tangan setiap 30 minit, tiada aktiviti bersentuhan antara kanak-kanak serta SOP-SOP lain yang akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Walaupun pengusaha tadika nanti terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk menampung kos sanitasi dan operasi tetapi apa yang lebih penting mereka dapat terus menjaga kebajikan ibu bapa dan pekerja mereka.

“Ibu bapa dapat bekerja dengan tenang dan penuh efisien dan kami secara tidak langsung dapat membantu menggerakkan ekonomi negara,” katanya.

Bagi menjaga kebajikan anak-anak dan pekerja, serta kelangsungan perniagaan, terdapat pengusaha tadika mula menukar status kepada pengusaha taska dan juga pusat jagaan kerana kedua-duanya dibenarkan beroperasi.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan bilangan pengusaha tadika di negara ini semakin berkurangan sekali gus menambahkan lagi kekurangan pengusaha tadika yang sedia ada.

“Sebelum ini, ada juga pengusaha tadika yang buat kelas dalam talian dan beri diskaun yuran tapi kelas dalam talian tidak berapa berkesan atas beberapa faktor termasuk tiada peranti dan selain kanak-kanak juga perlu dibantu ibu bapa mereka setiap kali ada kelas.

“Pengusaha juga berdepan dengan masalah menampung kos operasi termasuk sewa premis, bil utiliti dan gaji guru serta kakitangan am. Keadaan ini juga telah memaksa kami menutup satu daripada lapan buah tadika serta melepaskan beberapa orang pekerja untuk menguruskan kos operasi,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah Munzir berharap agar kerajaan dapat segera mengeluarkan SOP kepada pengusaha tadika supaya mereka boleh beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang.

-sinarharian

SHAH ALAM – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dilaksanakan esok, namun ia bukan satu berita menggembirakan kepada lebih 120 pengusaha bas yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA).

Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali sebaliknya berkata, rata-rata pengusaha bas di bawah persatuan itu kemungkinan tidak dapat beroperasi kerana terpaksa menanggung kerugian disebabkan prosedur.

-sinarharian

SHAH ALAM – Cara hidup rakyat berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di negara ini tiga bulan lalu apabila dianggarkan kira-kira 99 peratus daripada mereka dilihat mengamalkan kawalan kendiri untuk bersama-sama memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).

Pakar Kaunseling dan Motivasi, Hushim Salleh berkata, ketakutan terhadap penularan virus pembunuh itu memberi kesan kepada psikologi rakyat dan mendorong mereka melakukan kawalan dan disiplin kendiri.

“Kita tahu Covid-19 boleh berjangkit dan setakat ini vaksin virus ini juga masih belum ada, jadi perkara ini beri kesan kepada psikologi kita.

“Sebab itu ia ubah cara hidup kita ketika ini. Sekarang ada orang yang dah tak bersalaman walaupun jumpa kawan baik sekalipun masing-masing dah tak nak bersalaman macam biasa. Kita juga dah biasa pakai topeng muka kalau keluar rumah dan sentiasa jaga jarak kita dengan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, menurutnya, perubahan budaya hidup itu merupakan pencegahan kendiri yang dilakukan rakyat atas kesedaran yang timbul dalam diri mereka tentang ancaman wabak itu yang kini telah meragut ratusan ribu nyawa seluruh dunia.

Ibarat hikmah di sebalik musibah, Hushim berkata, penyebaran Covid-19 mendidik dan mengajar rakyat tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur tentang disiplin diri bahkan apa yang luar biasa, hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja tahap disiplin rakyat negara ini tidak ubah seperti disiplin tinggi yang sudah lama tertanam dalam diri rakyat Jepun.

“Sekarang kita lihat dah jadi budaya dalam masyarakat kita untuk beratur ketika di pasar raya, restoran dan sebagainya. Keadaan ini tidak ubah seperti budaya masyarakat Jepun yang sentiasa beratur di tempat awam seperti ketika menggunakan pengangkutan awam.

“Malah, kita juga saling ambil berat dan peduli dengan orang sekeliling kita. Misalnya semasa berada di bank baru-baru ini, saya lihat seorang wanita menegur seorang lelaki yang tak pakai topeng muka.

“Pada masa sama, kita juga terkejut kerana golongan kanak-kanak yang dianggap tidak faham apa-apa juga tahu tentang bahaya Covid-19 dan mereka juga amalkan kawalan kendiri dengan sentiasa basuh tangan dan pakai topeng muka.

Malaysia menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lepas bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang akan berakhir esok akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada Rabu ini hingga 31 Ogos depan dan dalam tempoh itu lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat termasuk rentas negeri dan pelancongan domestik.

Sehubungan itu, Hushim mengingatkan rakyat agar mengekalkan disiplin dan kawalan kendiri dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun ketika pergi melancong.

-sinarharian

//azoaltou.com/afu.php?zoneid=2458908