Tag Archive : punca

/ punca

Orang ramai diminta tidak membuat penilaian sendiri berhubung dakwaan seorang kakitangan hospital dikatakan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, biar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat siasatan terlebih dulu.

“Saya hanya mendapat tahu daripada laporan berita dan tak boleh bagi satu rumusan sebelum siasatan dibuat oleh pihak berwajib.

“Siasatan perlu dilakukan adakah kematian itu ada kaitan dengan suntikan vaksin atau tidak dan kita tidak boleh buat satu laporan tergempar yang mengatakan bahawa orang yang menerima vaksin meninggal.

“Mungkin kes itu tiada kaitan langsung (dengan vaksin) atau mempunyai kaitan dengan insiden lain,” katanya selepas menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di Pusat Penerima Vaksin (PPV), Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa seorang kakitangan berusia 45 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital di utara Semenanjung meninggal dunia semalam selepas menerima vaksin Covid-19.

“Biar kita siasat dulu, apakah punca kematian itu atau disebabkan penyakit apa atau kemalangan dan sebagainya.

“Saya minta pihak media, kalau sekiranya berlaku apa-apa kes, biarkan KKM siasat dulu, sebelum kita buat apa-apa rumusan,” katanya

HM

Peningkatan pesakit dan isu logistik menjadi antara punca berlaku kelewatan pesakit Covid-19 dipindahkan dari kediaman mereka ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelewatan berlaku disebabkan peningkatan pesakit Covid-19 dan apabila meningkat mendatangkan masalah dari segi logistik untuk menghantar pesakit dari rumah ke hospital.

Menurutnya, tumpuan utama ketika ini adalah melihat kepada kumpulan sebagai contoh kumpulan pekerja warga asing boleh dipindahkan menggunakan bas dan sebagainya.

“Bagaimanapun, bagi individu mungkin mengambil sedikit masa untuk memindahkan mereka dari rumah ke pusat kuarantin.

“Keupayaan pusat kuarantin dan hospital masih mampu menampung pesakit cuma kelewatan berlaku dari segi logistik,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pesakit bersabar dan asingkan diri dari ahli keluarga serta sentiasa berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapat maklumat terkini.

“Kita nasihat kepada pesakit disahkan positif Covid-19 yang sedang menunggu Pejabat Kesihatan Daerah untuk kekal di rumah, memakai pelitup muka dan pastikan tidak bergaul atau bercampur dengan ahli keluarga.

“Jika tidak, ia boleh menyebabkan jangkitan dan tunggu sehingga pihak Pejabat Kesihatan Daerah datang untuk pindahkan pesakit,” katanya.

HM

//benoopto.com/4/2458908