Tag Archive : rentas negeri

/ rentas negeri

Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri

October 10, 2021 | News | No Comments

Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.”Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021.“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas, di sini.

Astro Awani

Ditahan ketika cuba rentas negeri

March 19, 2021 | News | No Comments

Lima pekerja kilang kelapa sawit termasuk empat warga asing ditahan kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 43, Jalan Temerloh-Bahau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsuddin berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun, manakala empat warga asing berusia 30 hingga 38 tahun.

Katanya, kelima-lima mereka yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu dari Gemenceh, Negeri Sembilan ditahan dalam SJR berkenaan ketika dalam perjalanan ke sebuah kilang sawit di Maran pada 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tempatan gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri dan pemeriksaan lanjut mendapati empat warga asing itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Berikutan itu, mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 55A dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, mereka turut menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Triang.

“Lelaki tempatan yang juga pemandu ditahan reman empat hari manakala empat warga asing direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ditahan ketika cuba rentas negeri

March 18, 2021 | News | No Comments

Lima pekerja kilang kelapa sawit termasuk empat warga asing ditahan kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 43, Jalan Temerloh-Bahau di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsuddin berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun, manakala empat warga asing berusia 30 hingga 38 tahun.

Katanya, kelima-lima mereka yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu dari Gemenceh, Negeri Sembilan ditahan dalam SJR berkenaan ketika dalam perjalanan ke sebuah kilang sawit di Maran pada 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tempatan gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri dan pemeriksaan lanjut mendapati empat warga asing itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Berikutan itu, mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 55A dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka turut menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Triang.

“Lelaki tempatan yang juga pemandu ditahan reman empat hari manakala empat warga asing direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

HM

 Pergerakan merentas negeri hanya untuk pelancongan domestik dibenarkan bermula esok membabitkan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, hanya kenderaan pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) dibenarkan manakala penggunaan kenderaan persendirian masih dilarang.

“Mereka perlu menggunakan syarikat pelancongan berdaftar dengan Motac.

“Bagi mereka yang perlu melalui negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan tanpa berhenti di negeri itu.

“Kita hanya membenarkan kenderaan berdaftar dengan Motac bagi memudahkan polis membuat pemantauan pergerakan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.

Ismail Sabri berkata, lokasi penginapan juga perlu ditetapkan syarikat pelancongan seperti tercatat dalam surat kebenaran merentas negeri bagi memudahkan polis membuat pemeriksaan.

“Tidak perlu individu yang pergi (surat kebenaran), kalau dia ada bas pelancongan membawa 40 orang, agensi berkenaan yang akan memohon kebenaran kepada polis dengan disertakan semua senarai nama peserta rombongan” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menukarkan status Pulau Langkawi kepada PKPP bermula esok.

“Memandangkan Pulau Langkawi adalah zon hijau dengan dua kes terakhir direkodkan pada 20 Februari lalu, kita bersetuju menukarkan Pulau Langkawi dari PKPB ke PKPP.

“Kebenaran gelembung domestik ini juga terpakai untuk Pulau Langkawi bagaimanapun Kedah masih kekal PKPB,” katanya.

HM

Rentas negeri masih tak dibenarkan

March 3, 2021 | News | No Comments

Rentas daerah dalam negeri dibenarkan bermula Jumaat ini kecuali Sabah, manakala rentas negeri kekal tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan.

Katanya, manakala PKPB di Sarawak bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

“Sidang khas juga bersetuju membenarkan rentas daerah berkuat kuasa 5 Mac dibenarkan kecuali negeri Sabah.

“Bagaimanapun rentas negeri belum dibenarkan,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

Bagi negeri Sabah katanya, kerajaan negeri itu meminta supaya rentas daerah tidak dibenarkan dua minggu lagi berdasarkan situasi semasa.

HM

Rentas negeri sumbang kenaikan kes Covid-19

January 29, 2021 | News | No Comments

Kerajaan menafikan rentas negeri tidak menyumbang kepada kenaikan kes Covid-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan utama larangan rentas negeri diperkenalkan adalah untuk mengelak penularan jangkitan.

Menurutnya, ia terbukti apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri, wujudnya kluster balik kampung.

“Sebab itu, kerajaan adakan larangan rentas negeri kerana berlaku kes membabitkan rentas negeri sehingga wujud kluster balik kampung.

“Oleh itu, tidak betul ada yang menyatakan bahawa rentas negeri tidak menyumbang kenaikan kes Covid-19 sedang ia juga menjadi penyebab penularan wabak itu,” katanya pada sidang media, MKN, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak lagi berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tidak kira di bandar atau di kampung.

“Tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP sama ada di bandar mahupun di kampung kerana virus ini tidak mengenal status dan tempat,” katanya.

HM

Kesalahan rentas negeri, daerah meningkat

January 18, 2021 | News | No Comments

Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang berdegil apabila jumlah mereka ditahan kerana kesalahan itu meningkat kepada 66 individu pada Sabtu daripada 32 orang dua hari lalu.

Memasuki hari kelima PKP, kesalahan itu menjadi antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP tertinggi dilaporkan selepas tidak memakai pelitup muka yang merekodkan seramai 200 individu, manakala gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah 608 individu yang ditahan kerana ingkar PKP pada Sabtu, seramai 580 dikompaun, 27 direman dan satu dijamin.

“Selain itu, individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain (96),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri turut memaklumkan menerusi Ops Benteng, seramai 17 pendatang asing dan dua tekong berjaya ditahan manakala tujuh kenderaan dirampas pada Sabtu selain 415 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 105,849 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan daripada jumlah itu, 8,541 sedang menjalani kuarantin wajib manakala 540 dihantar ke hospital untuk rawatan.

Mengenai barang keperluan asas, beliau berkata, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 811 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan, semalam.

Secara keseluruhan, beliau berkata, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 1,166 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKP Pemulihan. Daripada jumlah itu, 1,161 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala lima premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP,” katanya.- Bernama

SH

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat penilaian risiko terhadap pergerakan merentas daerah atau negeri terutamanya di kawasan yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan wujud kluster baharu berkaitan aktiviti tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, kerajaan belum memutuskan untuk menyekat kembali atau melaksanakan syarat baharu yang lebih ketat berkaitan pergerakan merentas daerah atau negeri.

Beliau berkata, walaupun aktiviti tersebut dibenarkan ketika ini, rakyat perlu menjaga keselamatan diri dan individu lain seperti membuat ujian saringan Covid-19 secara sukarela sebelum ke kawasan lain.

“Sebelum ada keputusan eloklah kita sebagai individu untuk menjaga diri kita dan orang lain selain mengambil tindakan secara sukarela dengan membuat ujian saringan sebelum keluar sekiranya kita takut diri kita menjangkiti orang lain,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri serta terbabit dengan aktiviti sosial dilihat menyumbang kepada sekurang-kurangnya 14 kluster jangkitan Covid-19 sejak 7 Disember lepas hingga kini.

Mengulas cadangan ahli Parlimen yang mahu mesyuarat Kabinet mempertimbangkan sidang khas Parlimen untuk membincangkan wabak Covid-19, Ismail Sabri berkata, masih belum ada sebarang perbincangan mengenai sidang khas itu.

Beliau berkata, walaupun belum ada mesyuarat khas mengenai perkara itu, strategi di bawah KKM sedang dilaksana, di samping strategi yang tidak berkaitan dengan kesihatan turut dilakukan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir disaran berhubung dengan pusat kawalan bencana di daerah terjejas bagi memastikan kelancaran program masing-masing.

Katanya, mereka akan memperoleh maklumat lengkap berhubung jumlah mangsa, lokasi yang terlibat serta jenis bantuan yang diperlukan dan kerajaan tidak menyekat aktiviti NGO dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa memerlukan.

-sinarharian

Kuala Lumpur: Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks merentas dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang.

“Kluster Genting dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut,” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang membabitkan daerah Titiwangsa dan juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini.

hmetro

Kuala Lumpur: “Saya berharap kawasan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kembali rancak seperti sebelumnya dan kebenaran rentas negeri dan daerah ini dapat memberi sinar baharu kepada semua peniaga,” kata peniaga borong kelengkapan Muslimah, Abdul Rahim Ismail, 61.


Abdul Rahim antara pemilik perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) di sekitar Jalan TAR dan Masjid India.

Dia yang bersetuju dengan pengumuman kerajaan itu juga berharap supaya pelanggan dari luar daerah dapat berkunjung membeli-belah semula ke kawasan terbabit yang sebelum ini menjadi lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan TAR dan Masjid India hari ini menunjukkan pusat perniagaan itu masih lengang walaupun kebenaran rentas negeri dan daerah bermula hari ini.

Namun, rata-rata kedai banyak dibuka berbanding tempoh PKP bersyarat diumumkan Oktober lalu.

Bagi pemborong kain, Ahmad Syamil Abdul Razak, 30 berkata momentum jualannya masih perlahan dan sejak PKP dilaksanakan perniagaan dijalankan sejak 15 tahun itu merosot lebih 90 peratus.

“Saya berharap selepas kebenaran rentas negeri, mampu menarik semula pelanggan untuk datang ke sini. Malah, saya akui sejak PKPB diumumkan Oktober lalu, dalam tempoh seminggu itu jualan saya turun hampir 97 peratus.

“Pelanggan tetap yang berada di luar kawasan ini juga terhalang untuk datang mendapatkan bekalan produk mereka akibat PKPB.

“Kebanyakan pelanggan di Jalan TAR ini bukan orang setempat tetapi ramai dari luar daerah,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, pembantu kedai, Dewi Darwin, 41 juga berharap supaya pengumuman kebenaran itu memulihkan semula perniagaan majikannya.

“Saya lihat kawasan Jalan TAR ini sunyi sejak PKP dan rata-rata peniaga di sini terjejas akibat pengurangan ketara pelanggan yang berkunjung.

“Semoga selepas ini semua perniagaan dapat pulih seperti sedia kala,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan yang dikenakan PKPD mulai hari ini.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908