Tag Archive : S Krishnan

/ S Krishnan

Lelaki temui ajal atas kontena

May 13, 2020 | Viral | No Comments

BATU PAHAT – Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di atas sebuah kontena di Bukit Kelicap di sini semalam.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Tarmizi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira- kira jam 6.17 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menurunkan mangsa.

“Mangsa yang dikenali sebagai S Krishnan dipercayai rebah di atas kontena itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

“Mangsa dibawa turun menggunakan mesin angkut (forklift). Operasi ditamatkan pada jam 6.51 petang,” katanya.

-sinarharian

//usounoul.com/4/2458908