Tag Archive : sabah

/ sabah

Sabah isytihar wabak ASF di daerah Pitas

February 25, 2021 | News | No Comments

KOTA KINABALU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) pada Selasa mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Pitas berikutan penemuan virus itu dalam babi yang diternak di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, dengan pengisytiharan itu, jabatan berkenaan telah diberikan kuasa di bawah Subseksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015, untuk mengambil tindakan bagi mencegah penularan wabak itu.

“Ini termasuk memusnahkan babi di kawasan terjejas, mengawal pergerakan babi dan penjualan produk daging babi yang berasal dari kawasan terjejas.

“Pada masa sama, kampung dan premis terjejas akan dinyahkuman dan kerajaan menerusi JPVS akan melaksanakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang penyakit ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jeffrey berkata, pemusnahan kesemua babi yang terjejas akan dilakukan secepat mungkin kerana ASF merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan tiada ubat atau vaksin untuk mencegah penyakit itu.

Beliau berkata, kerajaan akan menimbang untuk memberikan pampasan kepada penternak yang babi mereka dimusnahkan oleh JPVS, berdasarkan kadar yang akan ditentukan kemudian.

Jeffrey berkata, langkah kawalan ini akan diselaraskan menerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan dijangka diselesaikan dalam masa enam bulan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghentikan penyakit ini daripada merebak ke ladang babi secara komersial di Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Pada masa ini, penyakit ASF tidak menjejaskan pengeluaran daging babi untuk kegunaan domestik yang dianggarkan bernilai RM300 juta setahun.

“Kami mengambil maklum keputusan kerajaan Sarawak yang melarang babi dan produk dagingnya dari Sabah. Bagaimanapun, kami yakin larangan itu tidak akan memberikan kesan yang besar kepada industri daging babi di Sabah,” katanya dan mengulangi bahawa ASF yang merupakan penyakit khusus untuk babi, tidak berbahaya kepada manusia.

Sementara itu, Jeffrey berkata, JPVS sedang melakukan Banci Ternakan di seluruh negeri untuk mengumpul data lengkap mengenai industri ternakan dan perkhidmatan veterinar bagi membantu merangka dasar, kawalan penyakit dan program lain.

“Jabatan itu memohon kerjasama daripada orang ramai yang akan melawat premis mereka untuk mengadakan temu bual. Program ini dijangka berakhir pada April tahun ini,” katanya menambah banci itu juga termasuk haiwan domestik seperti kucing dan anjing.

-sinarharian

KOTA KINABALU – Seramai 37,170 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di seluruh Sabah akan menduduki peperiksaan pada Isnin.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, semua calon akan menduduki peperiksaan di 321 pusat peperiksaan di seluruh negeri tersebut.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mengambil peperiksaan, seramai 36,432 orang adalah calon SPM dan 738 orang lagi adalah calon SVM.

Peperiksaan itu juga akan melibatkan seramai 5,393 petugas yang akan bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung.

Peperiksaan SPM akan bermula dari 22 Februari sehingga 25 Mac ini dan SVM pula bermula 22 hingga 25 Februari bagi semester satu dan akan bersambung pada 8 hingga 19 Mac bagi semester dua.

Sementara itu, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan bermula pada 16 hingga 22 Mac bagi semester satu dan bagi semester dua pula bermula pada 5 hingga 12 April manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan bermula 29 Mac hingga 27 April.

Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) akan diadakan pada 23 Februari ini.

-sinarharian

Belalai hilang, gajah ada

February 17, 2021 | Animals, News | No Comments

Sandakan: Pembunuhan kejam seekor gajah pygmy Borneo di Tongod, Kinabatangan bulan lepas mengejutkan seluruh Sabah.

Keadaan bangkai gajah itu melukakan hati ramai orang apabila ‘gergasi lembut Borneo’ itu disiat kulitnya dengan anggota badannya dipotong dan dihamparkan, terlalu mengerikan untuk mereka yang berhati lemah.

Apa yang lebih aneh ialah belalainya hilang namun gading yang dikenali sebagai komoditi bernilai sejak zaman purba masih ada.

Tidak dinafikan, ia kes terburuk dalam sejarah kematian haiwan yang direkodkan di Sabah.

Pengarah Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, sementara tiada tangkapan dibuat, jabatannya komited menyiasat kematian gajah itu sehingga berjaya menangkap pelaku dan membawa mereka ke mahkamah.

Langit cerah menyambut pekerja sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Imbak, Tongod pada pagi 20 Januari 2021 selepas berhari-hari hujan lebat.

Waktu menunjukkan jam 8 pagi apabila beberapa orang pekerja memulakan tugas mereka di estet itu. Ketika itulah mereka terhidu bau busuk yang kuat.

Menurut Tuuga, gajah itu dianggarkan mati selama empat atau lima hari sebelum bangkainya ditemukan. Unit Penyelamat Hidupan Liar daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dihubungi dengan segera.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan pihak yang bertanggungjawab di atas kematian gajah pygmy Borneo itu.

“Saya ada dengar gajah memakan tanaman dan kelapa sawit orang kampung, tetapi membunuh bukan caranya untuk menghukum haiwan ini.

“Cara terbaik menghalau gajah ialah dengan menghubungi Unit Penyelamat Hidupan Liar daripada JHL. Itu yang penduduk di kampung saya lakukan,” kata Hidzwah Ahmet, 32 dari Kampung Abai, Kinabatangan.

Beliau pernah melihat sekawan gajah pygmy Borneo beberapa kali di kampungnya dan sering menceroboh tanah perkuburan kampung dan merosakkan kuburan.

“Saya tidak ingat jika ada gajah menyebabkan bahaya terhadap manusia kecuali diprovokasi dan ini yang sering berlaku. Walaupun saiznya menakutkan, gajah sangat unik, ” katanya.

Pertama kali gajah muncul di tanah keluarga Poliana Sidom, 30-an dari Kampung Gambaron, Telupid ialah pada tengah malam hinggakan kehadiran mereka secara tiba-tiba walaupun dalam keadaan senyap, masih menakutkan keluarganya sehingga mereka melarikan diri dan terus ke balai polis untuk meminta pertolongan.

“Penduduk kampung marah kerana kelapa sawit mereka dirosakkan dan dimakan.

“Tetapi kerana beberapa dialog diadakan di kampung saya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Forever Sabah dan Seratu Aatai serta agensi kerajaan, penduduk kampung belajar memasang pagar dan membuat bunyi menakutkan seperti membunyikan hon kereta menghalau gajah,” katanya.

“Saya rasa setiap kali (ada penemuan gajah yang dibunuh kejam), JHL atau mana-mana agensi kerajaan akan menawarkan ganjaran,” kata pengerusi penaja Badan Amanah Konservasi Gajah Bertanggungjawab (Respect), Alexander Yee.

Beliau mengakui, rasa takut menyelubungi masyarakat tempatan untuk membuat laporan berkenaan maklumat kesalahan atau individu berhubung kematian sesuatu haiwan terancam seperti gajah pygmy Borneo.

“Duit (wang ganjaran) boleh menghapuskan perasaan takut itu dan menggalakkan masyarakat untuk membuat laporan.

“Tetapi itu terpulang kepada JHL (untuk memutuskan tawaran ganjaran). Saya ingat ada NGO pernah tawarkan ganjaran,” katanya.

Yee juga mencadangkan JHL mewujudkan satu laman sesawang berkaitan insiden kematian gajah bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan kes membabitkan spesies terancam itu di Sabah.

Poliana mengakui penduduk kampung takut untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai pembunuh gajah.

Beliau berkata, bukan setakat risau nyawa mereka dalam bahaya jika pembunuh terbabit mengetahui tindakan mereka, tetapi mereka merasakan berkongsi maklumat penting dengan pihak berkuasa tidak memanfaatkan masa serta susah payah mereka.

“Jika ada tawaran ganjaran, saya rasa itu akan lebih berkesan dalam menarik masyarakat membuat laporan.

“Kadang kala orang takut mahu membuat laporan, biarpun mereka ada maklumat mengenai pembunuh, tetapi mereka tidak peduli kerana tiada apa-apa manfaat kepada mereka,” katanya.

Hidzwah pula berpandangan, pemberian wang ganjaran menggalakkan penduduk setempat berusaha mencari maklumat mengenai kejadian pembunuhan gajah.

Menurut beliau, wang ganjaran memudahkan siasatan dijalankan dengan lancar sehingga membawa kepada penangkapan pembunuh mamalia itu.

“Pelaksanaan undang- undang pemeliharaan hidupan liar perlu tegas supaya tidak ada pihak yang akan memandang remeh usaha kerajaan dalam melindungi hidupan liar seperti gajah,” katanya.

Kali terakhir kerajaan negeri melalui JHL menawarkan wang ganjaran untuk maklumat pembunuh gajah ialah pada Oktober 2019 susulan penemuan satu bangkai dengan 70 kesan tembakan dalam keadaan terduduk berhampiran tebing Sungai Udin, Kalabakan pada 25 Sept, 2019.

Difahamkan, janji wang ganjaran itu RM10,000, yang ditingkatkan kepada RM30,000 berikutan ikrar/janji penderma yang enggan dikenali dan Orangutan Appeal UK, ditunaikan kepada seeorang pemberi maklumat selepas tertangkapnya enam lelaki dikaitkan dengan kes itu.

Namun selepas polis ke mahkamah dua kali untuk mendapatkan perintah reman terhadap suspek, mereka dibebaskan tanpa didakwa.

Penolong Pengurus Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah Jibius Dausip memeriksa keadaan gajah yang cedera sebelum dipindahkan ke Santuari Gajah Borneo (BES) untuk rawatan. FOTO BERNAMA

-hmetro

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mengesahkan penemuan sejumlah besar bangkai babi hutan di hutan Kinabatangan selepas tular di laman sosial.

Menerusi laporan The Borneo Post, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, pihaknya telah meminta jabatan veterinar melakukan siasatan punca kematian haiwan itu.

“Ketika ini mereka sedang melakukan siasatan, kami sedang menunggu hasil analisis sama ada babi hutan itu mati kerana penyakit atau ada punca lain.

“Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Augustine menggesa orang ramai untuk tidak memakan daging babi hutan.

Beliau memberitahu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jabatan veterinar telah melarang pengeluaran lesen memburu haiwan tersebut sekali gus tidak dibenarkan dijual di pasaran.

“Namun mungkin beberapa individu telah melakukan pemburuan secara haram,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh keputusan hasil siasatan itu akan diperolehi, Augustine mengatakan pihaknya belum pasti namun berharap dalam masa terdekat.

Beliau juga menambah, kes tersebut turut berlaku di beberapa kawasan lain bukan hanya di Kinabatangan.

Pada Rabu, satu posting di Facebook Isu-isu semasa Politik N.2 Bengkoka memuat naik penemuan misteri kematian babi hutan di beberapa kampung sekitar Kanibongan dan Paitan.

Penemuan itu menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk kampung kerana dianggarkan sekitar 30 ekor hingga 60 ekor bangkai ditemui dalam hutan dan punca kematian belum diketahui.

-sh

KECOH dalam media sosial mengenai beberapa foto menyeramkan yang dikatakan berjaya dirakam sepasukan petugas barisan hadapan ketika sedang mengawal laluan di Jalan Giram, Kunak, Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sana.

Dalam satu perkongsian seorang warganet, Siti Zulaiha dalam akaun Facebook menunjukkan beberapa foto yang memperlihatkan sekumpulan pasukan keselamatan sedang merakam sesuatu.Iklan

Bukan seorang tetapi ramai mata-mata yang melihat ke arah satu semak tidak jauh daripada tempat sekatan jalan dibuat.

ponti PKP

Dalam kapsyen gambar yang dikongsikan, wanita itu mengucapkan: ‘wallahualam, semoga anggota yang bertugas dijauhkan daripada gangguan alam lain.’

Kata-katanya itu memang membuatkan bulu roma kita meremang.Iklan

Ujar Siti Zulaiha, beliau pernah melalui jalan terbabit dan sering terhidu bau wangi.

Namun, dari hari terdalam, dirinya tidak berani untuk menegur kerana bimbang ada yang ‘menegurnya semula’ nanti.

ponti pkp

Sukar untuk dipastikan sama ada gambar yang dikongsikan itu sahih atau diedit.

Bagaimanapun, rata-rata warganet yang mengikut perkongsian itu turut berasa seram apabila melihat gambar terakhir.

ponti pkp

Tidak kurang juga yang mempercayai gambar yang dikongsikan kerana ramai saksi di tempat kejadian.

ponti pkp

Ada juga yang memberikan komentar lucu, barangkali sudah bosan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu lama sangat.

ponti pkp

Paling mengusik hati, komentar warganet yang menulis kononya hamba ALLAH itu ‘mahu menolong buat kawalan jalan’.

Dalam hal ini, SinarPlus menggali lebih lanjut lokasi jalan yang dikatakan cukup misteri dan hanya orang tempatan sahaja tahu mengenai kisah tersebut.

Seperti yang ditulis menerusi sabah.blogspot.com, banyak tempat misteri di Kunak, Sabah termasuk kawasan tinggal yang dahulunya dikatakan wujud terowong Jepun, kesan peninggalan artifak, telaga tujuh dan banyak lagi.

Jadi, semua sejarah itu menjadikan misteri yang sedang hangat berlegar-legar itu tidak mustahil boleh berlaku.

Apapun, SinarPlus tabik hormat kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus berkhidmat di kawasan sekatan jalan walaupun jauh dari bandar walaupun sunyi sepi dan menyeramkan.

-sinarplus

A group of COVID-19 patients in Sabah had to take matters into their own hands and help clean filthy toilets after realising that there were no cleaners around

On 9 January, Facebook user Jimmy Chin wrote, “When I first went to the bathroom at the quarantine centre in Likas, the hygiene there was just so miserable that I almost vomited the char siew rice I had last week. No one came to clean the place, it felt as if we were left to fend for ourselves.”

Meanwhile, another patient at the centre also wrote about the incident on Facebook. Samson Liew said, “Jimmy Chin made a suggestion the other day that we should clean the toilet by ourselves since no one is doing the cleaning. At first, I thought that he had lost his mind and I thought he was joking.”

“This morning he took action and really went to do the cleaning by himself. Seeing his little action, some of us decided to join in on the cleaning.”

Photos uploaded on social media show that the place was in terrible condition.The sinks were clogged, shower stalls were dirty, and there was trash in the drain.

In the same post, Liew wrote, “Yes, the toilets were horrible. There were days where water supply was cut off, people started to use bottled water to do some basic cleaning in the toilet, empty bottles were not thrown away in the right place after use.”

He also added that used soap bars and cigarette butts were left on the floor. Meanwhile, sinks and toilet bowls were clogged.

In total, the men spent about two hours cleaning the toilet.

They then asked health officials on duty if there was no one around in charge of the cleaning.To their surprise, the health officials said they would do the cleaning themselves when there aren’t too many patients to attend to.

Liew expressed his disappointment by saying, “The Ministry of Health (MOH) workers have to take care of a ward that is almost full with over 100 patients. They need to send food, pack the laundry, monitor patients’ health, and with the situation where there is lack of manpower, is it right to blame that they do not clean the toilet as well? They are human and they will feel tired as well, won’t they?”

Authorities have since addressed the issue and the patients said that health officials have moved in to clean up the toilets

According to The Star, Sabah Health Department director Datuk Dr Christina Rundi assured that the matter would be resolved.

Jimmy Chin shared an update saying thank you to MOH for taking swift action to clean the toilets.

“I hope you will continue to keep it clean like this in the future,” he wrote.

-says

KOTA KINABALU – Situasi Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan apabila 22 daripada 27 daerah di negeri itu kini dikategorikan sebagai zon merah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, daripada baki lima lagi kawasan, dua daerah iaitu Beluran dan Kuala Penyu dikategorikan sebagai zon jingga, manakala tiga dalam zon kuning iaitu Nabawan, Telupid dan Tongod.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, Kota Kinabalu adalah antara lima daerah merekodkan kes baharu tertinggi pada Selasa dengan 63 kes, diikuti Sandakan (60); Lahad Datu (41); Keningau (36); dan Penampang 34 kes.

Secara keseluruhannya, Masidi berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 409 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa, meningkat 35 kes berbanding 374 kes pada Isnin.

“Sebanyak 255 kes atau 62.3 peratus daripada jumlah kes baharu itu berpunca daripada saringan kontak rapat; saringan bergejala (87 kes); saringan rentas negeri (8); saringan kluster sedia ada (25); dan lain-lain kategori (34 ),” katanya dalam kenyataan.

Masidi berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Sabah kini sebanyak 41,449 kes, manakala jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 37,658 orang.

“Sejumlah 2,822 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 763 di hospital dan 2,059 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC). Seramai 68 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 20 orang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

-sinarharian

Banjir kini beralih ke Sabah

January 13, 2021 | News | No Comments

Ketika keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung menunjukkan tanda-tanda pulih, Sabah pula menghadapi bencana itu.

Hujan lebat sejak Ahad lepas yang memaksa kumpulan mangsa pertama di negeri di Bawah Bayu itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin dijangka berterusan hingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat itu di Sarawak untuk tempoh sama.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 1,765 orang petang Selasa.

Negeri-negeri lain menunjukkan perkembangan positif dan setakat Selasa tiada hujan diramal berlaku.

Selepas Perak dan Terengganu pulih sepenuhnya pada Isnin, Kelantan pula dijangka menyusul esok selepas mangsa di negeri itu hanya berbaki 154 orang yang ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Rantau Panjang.

Pahang pula walaupun masih kekal dengan jumlah mangsa yang tinggi iaitu seramai 16,373 orang setakat petang Selasa turut menunjukkan trend menurun sejak Isnin.

Begitu juga di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,274 orang setakat ini

SH

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.25 pagi ini memaklumkan di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

Sementara itu, bagi Sabah pula, daerah yang terjejas melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat.

-sinarharian

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri melarang aktiviti rumah terbuka dan ‘carolling’ (mendendangkan lagu) dari rumah ke rumah sempena sambutan Krismas di Sabah, minggu depan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, larangan itu merangkumi semua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, hanya dua aktiviti itu yang dilarang sepanjang sambutan Krismas, manakala upacara sembahyang dibenarkan pada 24 dan 25 Disember dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini mendengar pembentangan daripada Kementerian Perpaduan Negara mengenai SOP sambutan Krismas dan upacara sembahyang oleh penganut Kristian tidak lama lagi.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 Disember dan 25 Disember di kawasan yang dilaksanakan PKPB dengan SOP ketat yang ditetapkan.

“Sambutan Krismas seperti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada 25 Disember sahaja, bagaimanapun, rumah terbuka dan aktiviti ‘carolling’ dari rumah ke rumah di kawasan PKPB dan PKPD adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, orang ramai boleh merujuk SOP sambutan Krismas yang terperinci di laman sesawang MKN.

Sementara itu, beliau berkata pelanjutan PKPB di Sabah hingga 31 Disember ini seperti dimaklumkan MKN, mengambil kira situasi semasa kes Covid-19 di Sabah yang masih tinggi.

“Dalam tempoh 14 hari bermula 2 Disember hingga 15 Disember lalu, Kementerian Keeihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah masih lagi tinggi dan kebanyakan kluster adalah daripada kediaman yang membabitkan warganegara.

“KKM turut menjangkakan kes positif Covid-19 akan terus meningkat berikutan saringan pekerja bukan warga negara yang baru bermula pada 16 Disember.

“Atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju agar PKPB di Sabah dilanjutkan lagi bermula 21 hingga 31 Disember,” katanya.

Perlanjutan PKPB itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya petang tadi.

Hari ini, Sabah mencatat sebanyak 260 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 34,083 kes.

Tiada kes kematian dilaporkan hari ini, manakala seramai 274 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini seramai 31,279 orang.

hmetro

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908