Tag Archive : sarjan

/ sarjan

Tahniah Sarjan Mejar Maznan

March 24, 2021 | News | No Comments

Kuantan: Tindakan pantas Ketua Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba terjun dari jambatan di Bukit Tinggi, Bentong, 16 Mac lalu, mendapat perhatian Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Pahang.


Sebagai tanda penghargaan, GPW menyampaikan surat penghargaan dan cenderamata kepada Maznan bersama 12 anggota polis Balai Polis Bukit Tinggi, kelmarin.

Pengerusi GPW Pahang, Datuk Seri Maznah Mazlan berkata, pihaknya menghargai dan berbangga di atas kejayaan Maznan bersama anggota polis.


Katanya, tindakan Maznan dan anggota mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membantu meningkatkan keyakinan awam.
“Ia juga memberi contoh yang baik kepada PDRM dan sebagai sukarelawan wanita, kami amat menghargainya. Saat mencemaskan dan menyentuh hati apabila menyaksikan video terbabit.
“Tidak semua orang dapat melakukan tindakan yang berani itu tetapi Maznan berjaya mengendalikan kes itu dan menyelamatkan remaja berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kelmarin, surat penghargaan dan sumbangan hamper disampaikan kepada Maznan dan anggota polis balai Bukit Bukit Tinggi oleh wakil GPW Pahang, Norbakyah Abd Rashid.
Pada 16 Mac lalu, Maznan menyelamatkan remaja perempuan yang cuba terjun dari jambatan di Kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi.
Video Maznan menyelamatkan remaja berusia 16 tahun itu dengan menarik remaja berkenaan dari belakang sebelum dibantu anggota polis tular di media sosial dan mendapat pujian ramai.
Mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya merampas telefon itu.
Ketika proses memujuk, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.
Pada masa sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menzahirkan perasaan bangga atas tindakan berani Maznan dan sememangnya wajar dipuji.

hmetro

Jurutera melayang RM40,000 ditipu ‘sarjan’

April 28, 2020 | News | No Comments

Seorang jurutera mengalami kerugian RM40,000 selepas terperangkap dengan sindiket penipuan Macau Scam dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita berusia 27 tahun dari Sungai Ara itu dihubungi oleh seseorang mendakwa dari Mahkamah Tinggi Alor Setar kira-kira jam 11.30 pagi, 25 April lalu.

Mangsa dimaklumkan kononnya dia terlibat dengan kesalahan jenayah pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Panggilan kemudian disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dan berjanji akan menghubunginya semula sebelum mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Khoo Chee Wei.

“Suspek meminta semua butiran perbankan dalam talian mangsa dan menakut-nakutkan mangsa kononnya sekiranya mangsa enggan memberikan butiran tersebut, dia akan ditahan kerana waran tangkap ke atas namanya telah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Berikutan panik katanya, mangsa memberikan kesemua maklumat perbankan kepada suspek, namun terkejut mendapati wang dalam akaunnya telah dipindahkan ke sebuah akaun di atas nama seorang lelaki lain selepas pulang ke rumahnya.

Katanya, mangsa menyedari dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SH

//usounoul.com/4/2458908