Tag Archive : Selangor

/ Selangor

Kerajaan Selangor merancang memperuntukkan sebanyak 3 hingga 5 juta dos pembelian vaksin Covid-19 bagi membolehkan penularan virus dikawal sekali gus memutuskan rangkaian jangkitan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan selain membawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan Rabu ini.

“Saya sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan muktamadkan apabila semua urusan selesai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, langkah itu bagi memastikan kesihatan rakyat di negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi.

“Selangor perlu membeli (vaksin Covid-19) kerana membabitkan ramai pekerja industri industri termasuk pekerja asing.

“Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara (namun) pekerja asing juga perlu membeli vaksin terbabit,” katanya.

Ditanya mengenai langkah kerajaan Selangor berikutan mencatatkan bilangan kes Covid-19 harian tertinggi, Amirudin berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.

Katanya, beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan cuba membantu MKN kerana ketika ini suasana berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing.

“Sebelum ini mereka (pekerja asing) tidak disaring, apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi,” katanya.

Malah, Amirudin mengakui penularan positif Covid-19 juga merebak dalam kalangan institusi kerajaan.

“Kita harus menyusun kembali strategi supaya sistem kesihatan kita mampu menampung dan mengawal penyakit ini dengan lebih berkesan,” katanya.

SH

Barangan keperluan pengguna di Selangor mencukupi

January 11, 2021 | News | No Comments

Pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik meskipun timbul pelbagai dakwaan kononnya kerajaan akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di enam negeri zon merah di media sosial.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya kini menjalankan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan 200 penguat kuasa dan 77 pegawai pemantau harga.ADVERTISING

“Penguat kuasa meninjau sama ada berlakunya pembelian panik ekoran daripada situasi semasa serta bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak, beras, telur dan barangan basah sentiasa mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Zikril Azan berkata, KPDNHEP Selangor mengambil maklum mengenai situasi pembelian panik yang dikatakan berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

“Bagaimanapun kita dapati ianya adalah terkawal. Situasi panik ini mungkin menular dalam kalangan rakyat berikutan pengumuman khas yang akan dibuat oleh kerajaan mengenai tindakan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri-negeri tertentu.

“Situasi pembelian panik ini tidak sepatutnya berlaku kerana hasil pemantauan Pejabat KPDNHEP Selangor, kami dapati bekalan barangan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, semua premis perniagaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit masih beroperasi seperti biasa dan ini menyumbang kepada kestabilan serta keberadaan barangan keperluan di pasaran.

HM

About 60 per cent of the 74 Orang Asli villages in Selangor have been gazetted by the state government so far to prevent encroachment by irresponsible parties, according to a state executive councillor.

State Tourism, Environment, Green Technology and Orang Asli Affairs Committee chairman Hee Loy Sian said the remaining 40 per cent is expected to be gazetted within three years.

“We need to immediately gazette the Orang Asli villages to prevent others from taking over and managing the land arbitrarily,” he told reporters after a ceremony to hand over allocations to the Selangor Christians Religious Association here today.

Hee said for next year, the state government has allocated RM1 million for the development of Orang Asli, comprising RM500,000 for gazetting the villages and RM500,000 for upgrading their infrastructure.

At the event, the state government presented RM237,000 to 23 churches in Selangor to help the houses of worship management carry out activities including repairing their premises.

-malaymail

PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur dilanjutkan

December 29, 2020 | News | No Comments

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan selain kewujudan kluster baharu di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PKPB di tiga negeri berkenaan dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain sebelum ini dijadualkan tamat pada 31 Disember.

Ismail Sabri berkata, bagi negeri Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri itu termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

Bercakap pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Isnin, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan atas nasihat KKM turut membuat keputusan menamatkan PKPB di beberapa lokaliti pada hari ini iaitu lebih awal daripada dijadualkan pada 31 Disember susulan berlaku pengurangan kes di kawasan terbabit.

Antara lokaliti yang ditamatkan PKPB adalah Ipoh dan Chemor (Perak), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kulai (Johor), katanya.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan di beberapa lokaliti sehingga 14 Januari termasuk di Depoh Tahanan Imigresen Langkap dan kuarters di Hilir Perak serta Penjara Kluang dan kuarters di Johor.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Mukim Padang Halban, Daerah Peringat di Kota Bharu, Kelantan mulai Selasa sehingga 11 Januari 2021 selepas terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di lokaliti itu.

“Sehingga 25 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 99 saringan dan 29 disahkan positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, PKPD turut dilaksanakan di Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan di Ranau, Sabah bermula Selasa sehingga 11 Januari 2021 atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang melibatkan seramai 865 orang penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti antaranya Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban yang ditamatkan hari ini serta Kampung Desa Balau dan Kampung Dasar Baru di Lahad Datu, Sabah yang tamat esok.

Dalam pada itu, beliau berkata, 297 individu ditahan pada Ahad atas pelbagai kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), dengan 294 daripadanya dikompaun manakala tiga lagi direman.

Antara kesalahan itu membabitkan aktiviti pusat hiburan (103), tidak memakai pelitup muka (95), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (75), gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal (21) dan lain-lain (tiga).

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata, seramai 22 pendatang asing tanpa izin dan empat tekong ditahan pada Ahad, manakala empat kenderaan darat dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

SH


Semua daerah di Selangor berstatus zon merah

December 29, 2020 | News | No Comments

Semua sembilan daerah di Selangor kini berstatus zon merah selepas merekodkan 697 kes baharu Covid-19 pada Isnin.

Semua kes yang direkodkan itu juga adalah melibatkan jangkitan tempatan.

Menerusi info grafik dimuat naik di laman Facebook Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaparkan sembilan daerah terlibat adalah Hulu Langat (328 kes), Klang (157 kes), Petaling (89), Kuala Selangor (43 kes), Gombak (40 kes), Sepang (13 kes), Kuala Langat (12 kes), Sabak Bernam (8 kes) dan Hulu Selangor (7 kes).

“Sehingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 29,969 kes Covid-19 secara keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan statistik terkini, sebanyak 1,594 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh Malaysia pada Isnin dengan sejumlah 1,181 kes sembuh.

Ahad lalu, Selangor mencatatkan sebanyak 392 kes baharu di mana semuanya melibatkan jangkitan tempatan.

SH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster iaitu Kluster Malawati, Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Malawati yang melibatkan Kuala Selangor mula dikesan selepas kes indeks iaitu kes ke-65188 dilaporkan positif pada 30 November lalu.

“Sehingga hari ini (semalam), seramai 143 individu telah disaring dan didapati 14 daripadanya positif Covid-19,” katanya.

Menurutnya, Kluster Tapak Bina Awan Lembah dikesan melibatkan Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Klang Selangor.

“Dua kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-69722 dan kes ke 71992 telah dilaporkan positif sejak 4 Disember lalu hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri.

“Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa,” katanya.

Beliau berkata, seramai 441 individu telah disaring dalam kluster tersebut.

“Daripada jumlah itu, 35 disahkan positif Covid-19,” katanya.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat dua kluster diisytiharkan tamat semalam.

“Kluster Kertang di Kota Belut merupakan kluster ke 202 yang disahkan tamat.

“Ia merekodkan 42 kes positif termasuk seorang warga asing dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Kluster Sembulan di Kota Kinabalu yang mencatatkan 13 kes positif Covid-19 turut diisytiharkan tamat.

“Ia merupakan kluster ke-203 yang tamat,” katanya.

-sinarharian

Bekalan air dijangka pulih jam 3 petang ini

November 11, 2020 | Info, News | No Comments

Bekalan air di kawasan terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air Rantau (LRA) Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dijangka akan mula diterima oleh para pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat-peringkat.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, LRA Panjang dan SSP 1, 2 dan 3 yang menghentikan operasi petang semalam akibat insiden pencemaran bau kini sudah kembali beroperasi semula secara berperingkat pada jam 2.40 pagi tadi selepas bacaan sifar ton tiga kali direkodkan.

Menurutnya, sehingga jam 7 pagi tadi, keempat-empat LRA telah selesai melaksanakan aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA bagi memastikan kualiti air dibekalkan bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Air Selangor telah melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air serta kolam-kolam imbangan dan telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,” katanya.

Beliau memberitahu, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan sebelum bekalan air dapat diagihkan kepada pengguna.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan,” katanya.

Elina berkata, bekalan air dijangka mula diterima pengguna petang ini secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan kawasan dalam sistem agihan bekalan air.

Justeru, katanya, bantuan bekalan air alternatif yang dilaksanakan oleh Air Selangor akan diteruskan bagi membantu pengguna yang terjejas termasuk menggerakkan sebanyak 111 lori tangki, menyediakan 14 pili awam dan membuka 17 Pusat Khidmat setempat, serta mengagihkan air minum lima liter.

“Air Selangor akan memaklumkan pelan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

“Selain itu, pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” katanya.

-SINARHARIAN

Recently, a father of two daughters had to move to Selangor to sell yau char kwai to make ends meet.His story has now prompted a call for Malaysians to support his business.

The unnamed father is originally from Johor Bahru, Johor.

He first got netizens’ attention in early June, when he took to Facebook to thank members of the public for supporting his new yau char kwai business.

In a post that was re-posted to a community Facebook group on 6 June, he said good Samaritans had supplied him with materials and that he even received free lessons on how to make the deep-fried snack from other bosses who run the same business.

“I will work hard, work hard, and work hard to do it well!” he said.

Don’t give me money, as long as you support my business and give your feedback is enough! If I can do it well, I can make money and afford the rent. I will think about the rest of the problems later.”

It is learned that the father is the sole caretaker of two daughters, aged six and 10

He named his business ‘Hao Ba You Tiao’, which can be loosely translated to ‘Good Father’s You Tiao’. You tiao is the Mandarin name for the snack.

He started his business on 4 June at a kopitiam on Jalan Anggerik 39, Johor Jaya.

He faced more hardships after starting his business in Johor

A few months later, he relocated to Seri Kembangan, Selangor, in the hope of making more money in the big city.

He is currently running his stall outside Restoran Peng Chu on Jalan SP 2/3, Taman Serdang Perdana.

A photo of his new stall shows a note that reads, “We are Hao Ba You Tiao. I just came from Johor Bahru and I don’t have a house to live in. I need to rent a house. Can you help me?”

The photo was uploaded on Facebook on Thursday, 22 October.

In the caption, it said that the father is selling yau char kwai, five-spice doughnuts, red bean paste doughnuts, and sesame doughnuts for RM1 each.

“It is not easy for a man to take care of two daughters. The current COVID-19 pandemic is making things worse. He has no income; pockets are empty. The adult can choose not to eat, but children can’t,” the post read.

“Please support (the father’s business)!”

In less than six hours, the post has gone viral with over 5,600 shares

Many netizens promised to drop by the stall and show support.

“Admire his dedication and [the] never give up attitude. At least he’s working to earn an honest living. Will definitely support him even though Serdang isn’t near [to] me after this Conditional Movement Control Order (CMCO),” commented a netizen.

“Wishing him good business and hope he gets to rent a decent place soon.”

Image from Facebook

“He is not asking for donations. He is just asking everyone to support him and buy yau char kwai when you are free. He has a strong character,” commended another.

Image from Facebook

Meanwhile, one Facebook user asked for the father’s bank account number, presumably so that he could transfer money to ease the father’s financial burden, but a fellow netizen advised him not to do so.

“Go patronise him and let him make money from selling yau char kwai. This will give him a greater sense of dignity instead of having him put his hands out and beg for money,” the person contended.

Image from Facebook

You can visit Hao Ba You Tiao here:

Address: 13, Jalan SP 2/3, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Operating hours: 7am to around 12pm

SAYS


According to the Ministry of Health (MOH), there are currently 26 active COVID-19 clusters in Selangor

In a statement published on Twitter on Tuesday, 20 October, MOH addressed the spike in COVID-19 cases in Selangor.

They wrote, “With the addition of 132 new cases today, the total positive cases in Selangor is 3,498 cases.”

“A total of 26 active clusters have been recorded in Selangor beginning with the first cluster (Jalan Apas Cluster) until the latest cluster that was announced (Hentian Cluster),” they added.

The ministry noted that 18 clusters are locally transmitted and unrelated to returnees from Sabah

“A total of 18 active clusters (69.2%) are locally transmitted, while eight clusters (30.8%) have links to people returning from Sabah,” the statement read.

“This means that 69.2% of infections in Selangor have no relation with returnees from Sabah.”

During a press conference yesterday, Health director-general Dr Noor Hisham Abdullah said, “The COVID-19 virus now exists within our community.”

A graph uploaded by MOH shows that there is a massive disparity in the number of locally transmitted cases and the number of imported cases.

The current biggest cluster in Selangor is linked to a shopping centre in Petaling Jaya

Meanwhile, MOH also highlighted that nine out of the total clusters in Selangor is linked to infection at the workplace.

“This situation is following the high residential density and rate of movement among residents and visitors in Selangor,” they added.

SAYS

The implementation of conditional movement control order (CMCO) in Selangor for one week, has shown some positive signs in reducing the R-naught (RO) for Covid-19 in the state.

Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said Selangor had managed to bring down the infectivity rate from 1.98 to 1.48 thus far.

“But we need to do better without changing the strategy of CMCO, (which) allowed the economy sector to function. We need to step up, tighten the social sector such as the sport sector (and) education sector.

“So that if they (social sector) can be put on hold for a week or two, then I think we can improve using the strategy of CMCO to bring down the RO or bring down the cases,” he said in Covid-19 press conference at the Ministry of Health (MOH) here today.

He further explained that the decision to go for CMCO was to strike a right balance between health and economy as well as between life and livelihood.

“We decided to adopt this strategy by using CMCO instead of MCO. MCO will probably work in a shorter period of time but the cost to the country is that all economic sectors are put on hold.

“If we can reduce and control the movement of people especially in Selangor, then that would be a solution. But how successful we are, depends on whether we can stay at home, and break the chain of infection. With less people to control means we can break the transmission,” he added.

Meanwhile, Dr Noor Hisham said MOH was able to track 90 per cent of the infections in Selangor to their clusters via the tracing application MySejahtera which helped contain positive cases.

He said the application enables KKM to trace the positive cases whether in Selangor or outside the state.

Dr Noor Hisham said MOH is closely monitoring all Covid-19 patients who have recovered to look at the long-term effects for example if lung lesions could cause breathing difficulties.

On whether Covid-19 patients who recovered having health complications, Dr Noor Hisham said for patients with mild infection or asymptomatic, the side effects would not be so prominent.

Dr Noor Hisham said the Institute of Medical Research (IMR) is also studying the antibodies of patients.

He said antibodies against a virus would be built after a person was infected but the question is for how long would the antibodies remain in the body.

He said initial studies showed the antibodies would diminish after eight weeks.

Asked on the efforts of the Selangor state government to conduct screening tests, Dr Noor Hisham said the state should work with the state health department to coordinate the activity rather than working in silos.

He said coordination between the state health department and main office is a holistic approach to solve issues, challenges and to share information. 

-malaymail

//vooshagy.net/4/2458908