Tag Archive : selepas

/ selepas

 Berstatus ibu tunggal tidak menghalang ibu dua anak, Fazlianti Omar untuk tetap cekal mencari punca pendapatan keluarga walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Bagi pengusaha makanan berusia 37 tahun itu, tempoh selepas perceraian Ogos lalu bukanlah masa untuk bersedih, sebaliknya dimanfaatkannya mencari jalan membuka perniagaannya sendiri.

Fazlianti berkata, pengalaman lebih 20 tahun dalam industri makanan memberikannya jalan untuk membuka kedai makannya sendiri di Seberang Perai, Pulau Pinang, pada November lalu, walaupun dalam situasi pandemik Covid-19.

“Bukan mudah proses membuka kedai atas nama sendiri ketika pandemik kerana kemungkinan berdepan kerugian jika gagal dalam pengurusan.

“Berkat rezeki dan doa, walaupun prosesnya agak lama kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya saya dapat membuka kedai makan sendiri dengan menggunakan modal lebihan wang simpanan yang ada selepas perceraian,” katanya dalam satu kenyataan media FOODPANDA Malaysia (Foodpanda).

Fazlianti antara usahawan wanita dipilih Foodpanda untuk berkongsi kisah perjalanan perniagaannya di kala pandemik Covid-19 sempena Hari Wanita Sedunia 2021 pada 8 Mac lalu.

Menceritakan cabaran dalam perniagaannya, Fazlianti berkata, menguruskan perniagaan dalam masa sama perlu memberi perhatian kepada anak berusia 14 dan 15 tahun pastinya sukar.

Katanya, walaupun anggaran keuntungan diperolehnya hanya RM1,500 sebulan, ia cukup untuk menampung perbelanjaan harian mereka tiga beranak.

“Sebelum ini, saya hanya makan gaji dan inilah kali pertama mempunyai syarikat sendiri. Hasil jualan tidak begitu banyak kerana PKP, tetapi masih mendapat sambutan baik pelanggan menerusi platform penghantaran makanan.

“Apabila makan di kedai tidak dibenarkan, 100 peratus hasil jualan perniagaan saya menerusi platform Foodpanda dan bersyukur kerana awal-awal lagi sudah mendaftar,” katanya.

Fazlianti berkata, masalah rumah tangga sehingga menyebabkan perceraian sememangnya situasi sukar perlu ditempuhi wanita sepertinya.

Menurutnya, pada ketika itu, emosi dan mental perlu kuat dan dia tidak membiarkan emosi menenggelamkan semangat serta kebolehannya.

Sehubungan itu, dia berharap kaum wanita tidak terlalu memikirkan masa lampau sebaliknya berusaha maju ke hadapan dalam mengubah nasib hidup.

HM

Sebanyak 77 peratus responden yang menyertai undian di laman Facebook Sinar Harian bersetuju majlis pernikahan ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat manakala 23 peratus lagi bersetuju majlis pernikahan dilakukan secara dalam talian.

Menerusi undian bermula jam 4.30 petang kelmarin sehingga 4.30 petang semalam, rata-rata responden memberikan pelbagai komen.

“Nikah sajalah, benda elok buat apa hendak ditangguh,” komen pengguna Facebook bernama Mohd Azman.

“Kalau PKP sehingga tahun depan, saya buat atas talian. Kalau tidak lama lagi PKP tamat, saya nikah seperti biasa,” komen pengguna Facebook bernama Zaid Farhan.

Terdapat juga komen daripada responden berkata, pernikahan secara dalam talian dapat menjimatkan kos.

“Nikah atas talian je, dapat jimat kos sebab tiada kenduri-kendara. Kan bagus tu,” komen pengguna Facebook bernama Mohd Aidil.

Ada juga yang berpendapat bahawa seeloknya pernikahan diadakan selepas tamat PKP.

“Tunggu sajalah PKP tamat, tak sabar betul nak kahwin,” komen pengguna Facebook bernama Harris Ciel.

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh melalui komen-komen berkenaan.

“Yang mana nak nikah satu lagi tu saya cadangkan tangguh dulu sebab takut kantoi, nanti lari tak cukup tanah,” gurau pengguna Facebook bernama Zack Zakuan.

SH

//soaheeme.net/4/2458908