Tag Archive : Sembunyi

/ Sembunyi

Sembunyi di hutan elak dicekup

August 6, 2020 | News | No Comments

SEMBUNYI di hutan selepas mendarat. Itu taktik lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia termasuk dua wanita bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik itu berjaya dikesan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) Kem Terendak Melaka selepas mengesan pergerakan bot hasil maklumat melalui pengesanan radar Kenderaan Perisai (KP) GEMPITA pasukan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) di Tanjung Lompat, Desaru, Johor hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan dikesan bergerak laju dari Punggai ke Desaru pada 3.30 pagi.

“Anggota pos pemerhati ternampak sebuah bot merapat ke persisiran pantai Tanjung Lompat, Desaru, pada 4.45 pagi.

“Mereka dipercayai mengambil Pati dan mengesan beberapa kelibat pergerakan keluar dari semak menuju ke perairan,” katanya.

Menurutnya, susulan itu anggota pos pemerhati membuat serbuan sebelum menahan warga asing yang baru turun dari bot dan bersembunyi di hutan berhampiran.

“Terdapat lima lagi warga asing dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia juga berjaya ditahan.

“Pada 5 pagi, kumpulan menggeledah juga berjaya menahan ke atas dua lagi warga asing yang bersembunyi di kawasan hutan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menahan lapan Pati terdiri daripada dua wanita dan enam lelaki berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun.

“Pasukan juga merampas 11 telefon pintar, wang tunai berjumlah RM6,885 dan Rupiah Indonesia 7,506,000.00 (RM 2,168) menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM15,000.

“Kawalan keselamatan di persisiran pantai akan diteruskan dan semua Pati berkenaan akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19,” katanya.

hmetro

Kegiatan dua orang penjenayah yang menjadikan tandas sebuah pasar raya di Puncak Alam sebagai tempat persembunyian sebelum mencuri tumpas selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di dua buah unit rumah di Saujana Utama Sungai Buloh di sini.

Difahamkan suspek bersembunyi di dalam tandas sehingga pasar raya ditutup sebelum mencuri barangan di dalam pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kegiatan licik kumpulan tersebut melarikan sejumlah telefon bimbit dari pasar raya berkenaan tidak bertahan lama apabila salah seorang mereka berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kita dapat kesan baju yang dipakai salah seorang suspek sama dengan kejadian pecah kedai sebelum ini dan membolehkan kumpulan itu dikesan dengan pantas.

“Mereka tidak sempat menjual habis telefon bimbit berjenama berkenaan di Facebook, sebahagiannya ketika berjaya rampas,” katanya pada pada sidang media hari ini.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan pada 26 April itu itu ialah peralatan untuk memecah masuk premis dan beberapa barangan dipercayai dicuri, antaranya telefon bimbit pelbagai jenama, rokok dan pemetik api yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM43,961.

Shafa’aton berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Menurutnya dengan penahanan dua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tiga kes pecah masuk dan curi di daerah Sungai Buloh.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 10 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

SH

//usounoul.com/4/2458908