Tag Archive : Sewa hotel

/ Sewa hotel

Sewa hotel jadikan markas judi ‘online’, forex

December 9, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dan urus niaga penukaran mata wang asing atau forex yang menjadikan hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lima pekerja warga asing, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan 12.01 tengah malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam berusia 21 hingga 33 tahun disyaki sedang menjalankan kegiatan promosi perjudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati sindiket ini menjalankan latihan kepada warga China bagi aktiviti promosi perjudian saham di pasaran negara berkenaan.

“Selain itu, suspek yang ditahan juga mengaku membuat latihan pembelian menggunakan ‘wechat’ oleh pelanggan dari China seperti diarah majikan.

“Mereka mendakwa dibayar gaji bulanan sebanyak RM2,500 dan sudah tiga bulan bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pekerja itu mendakwa bekerja setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang dan semakan mendapati mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial yang diuruskan majikan.

Katanya, semua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 11 Disember.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan sindiket itu supaya menghubunginya di talian 017-4742856.

hmetro

//usounoul.com/4/2458908