Tag Archive : SOP

/ SOP

Jangan sebar tular SOP lebih ketat – KKM

February 1, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kandungan WhatsApp yang tular berhubung pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat mulai 4 Februari ini.

Dalam satu kenyataan, KKM menerusi Facebook rasminya memaklumkan kandungan yang sedang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.

“Mohon untuk anda semua tidak menyebarkannya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular di WhatsApp dan media sosial mendakwa kerajaan akan memperketatkan SOP selama tempoh enam bulan mulai 4 Februari ini selepa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka berakhir.

Antaranya adalah pergerakan terhad 10 kilometer, sebuah kereta satu orang, tidak boleh merentas daerah atau negeri, tidak boleh keluar selepas 8 malam selain waktu operasi perniagaan dan pelanggan dihadkan serta larangan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kandungan itu turut mendakwa bayaran RM110 akan dikenakan kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital, pemakaian gelang elektronik pengasingan, kos pembasmian RM550, diskaun dan subsidi serta peperiksaan sekolah ditangguhkan.

HM

DEGIL. Gara-gara melanggar perintah kuarantin seorang lelaki Taiwan dikenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM143,418) kerana beberapa kali didapati keluar rumah.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama, tetapi sudah tujuh kali dilakukan lelaki terbabit tanpa memikirkan impak kesihatan terhadap jiran dan masyarakat setempat.

Memetik asiaone.com, Biro Kesihatan Kerajaan Taichung memaklumkan, lelaki berkenaan dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari China baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia dikatakan keluar rumah dengan alasan untuk membeli barang dan membaiki kenderaan. Biarpun jiran sekeliling sudah beberapa kali menegur, namun teguran itu sedikitpun tidak diendahkan.

Sementara itu, Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen kesal dan mengkritik perbuatan lelaki tersebut yang disifatkan membahayakan kesihatan keluarga dan jiran.

Justeru, pihak kerajaan mengenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM6.9 juta).

Dalam perkembangan berlainan, berikutan kes jangkitan Covid-19 semakin kritikal, semua hospital di Taichung melarang kehadiran pelawat.

Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya penularan virus tersebut.

“Justeru, mereka (pelawat) yang ingin melawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau wad di hospital perlu mendapatkan persetujuan doktor.

“Pada masa sama, hanya satu pelawat dibenarkan bagi setiap pesakit,” jelas jurucukap Biro Kesihatan Kerajaan Taichung.

-sp

50,850 premis patuh SOP PKP: KPDNHEP

January 27, 2021 | News | No Comments

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati sebanyak 50,850 premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengarah penguat kuasanya, Azman Adam berkata, sebanyak 115 premis atau 0.225 peratus diberikan nasihat untuk penambahbaikan pematuhan SOP PKP dalam premis mereka.

Menurutnya, sebanyak 32 premis atau 0.062 peratus pula telah diberi amaran untuk tindakan segera penambahbaikan pematuhan SOP PKP.

“Hanya 15 premis atau 0.029 peratus gagal mematuhi SOP dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Azman memaklumkan pihaknya melaksanakan pemeriksaan pematuhan SOP PKP setiap hari dan sebanyak 51,012 premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diperiksa.

Pada masa sama, pihaknya memastikan sektor perdagangan domestik berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal ke arah pemulihan ekonomi negara.

Tambahnya, semua premis perniagaan perlu mematuhi SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKP.

“Operasi premis perniagaan boleh dikenakan penutupan dengan segara jika SOP ini gagal dipatuhi.

“KPDNHEP turut memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan dalam menguatkuasakan SOP PKP.

“Semua pihak perlu berganding bahu memastikan sektor perdagangan domestik bukan menjadi penyumbang kepada jangkitan Covid-19,” katanya.

Terdahulu, KPDNHEP telah mengeluarkan kelulusan kepada 46,921 perniagaan untuk beroperasi semasa PKP berdasarkan kepada kategori perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

“Antaranya, kompleks membeli-belah, pasar raya, farmasi, kedai serbaneka, dobi, Bengkel kenderaan dan premis jualan langsung.

“Turut dibenarkan departmental store, specialty store, restoran, kedai perabot, kedai cermin mata dan barang optik serta kedai elektrik dan elektronik,” katanya.

-sh

Kerajaan mungkin menimbang mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan penularan di tapak dan memperkenalkan garis panduan jelas mengenai perancangan geospatial seperti menyatakan kuantiti tetapan dalaman pada masa tertentu, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Selain itu, kita boleh meningkatkan pengujian bersasar serta mengawal selia kos kit ujian RTK-Antigen bagi menjadikan ujian Covid-19 lebih murah dan boleh dilakukan dengan lebih meluas terutamanya bagi industri,” kata MITI.

Kementerian itu berkata demikian susulan gesaan agar kerajaan mengenakan semula sekatan pergerakan sepenuhnya bagi menangani lonjakan tinggi kes jangkitan di negara ini.

Ia berkata sebarang tindakan yang diambil perlu dilihat bersama cadangan lain mengenai strategi dan pilihan alternatif.

MITI berkata ia juga mencadangkan SOP bagi majlis sosial diperketatkan manakala larangan penuh bagi perjalanan antara negeri perlu dilaksanakan buat sementara waktu.

Bagaimanapun ia menggesa perniagaan terus dibuka dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP ketat.

Kementerian itu menegaskan penglibatan dan pemerkasaan masyarakat adalah penting dalam memerangi Covid-19 kerana pandemik itu bermula dan menular dalam masyarakat, dan penyelesaiannya adalah dalam masyarakat itu sendiri menerusi tingkah laku, penyesuaian diri dan pematuhan mereka.

Sementara itu, ia juga menghargai sokongan padu dan kerjasama pemegang kepentingan industri dan rakyat bagi memastikan pemulihan dan kemampanan ekonomi di tengah-tengah penularan mengganas Covid-19.

Menurutnya, sinergi Awam-Swasta-Rakya adalah satu nilai yang paling berharga bagi pembinaan negara dan boleh diterima oleh semua orang.

-sinarharian

Terengganu merekodkan enam kluster Covid-19 yang berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata, terbaharu pada 16 Januari lepas, berlaku satu kluster Covid-19 di tempat kerja dan sehingga kini ia telah menular di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Setiu.

“Kluster ini bukan terhad kepada rakan sepejabat sahaja tetapi sudah menular kepada keluarga pekerja dan kontak sosial yang lain yang jumlah keseluruhan kes positif daripada kluster ini seramai 35 orang.

“Kluster Covid-19 sama ada di tempat kerja atau mana-mana pun masih boleh dicegah jika setiap orang amalkan kepatuhan SOP sepenuhnya.

“Jangan ambil mudah nasihat elak 3C dan amal 3W yang sering dipesan Kementerian Kesihatan. Hanya ini tindakan paling berkesan buat masa ini untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam hantaran Facebooknya pada Rabu.

Elakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation), manakala amalan 3W – kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam (wear) dan peringatan KKM (warn) seperti elak bersalaman dan rawatan segera jika bergejala.

Nor Azimi berkata, semua pihak perlu menilai semula tahap kepatuhan SOP di tempat kerja dan tidak lagi mengulangi kesilapan sama untuk mencegah penularan Covid-19 pada masa akan datang dengan mengawal tingkah laku masing-masing walaupun dalam keadaan pejabat yang sempit.

-SH

Tujuh individu ditahan ingkar SOP PKP

January 22, 2021 | News | No Comments

Seramai tujuh individu termasuk dua wanita ditahan kerana ingkar arahan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki warga asing berusia 29 dan 47 tahun di sebuah premis cuci kereta tanpa lesen di Kelana Jaya pada jam 2.10 petang.

“Mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk beroperasi seperti mana sektor pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Nik Ezanee berkata, tangkapan kedua pula membabitkan dua wanita warga tempatan berusia 36 tahun di sebuah premis menjual nombor loteri berlesen di kawasan sama pada jam 2.50 petang.

“Kesemua mereka ditahan kerana menjalankan perniagaan yang tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu beroperasi sepanjang PKP,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan terakhir membabitkan tiga lelaki warga asing berusia 31 hingga 40 tahun di sebuah restoran di Kelana Jaya pada jam 3.10 petang

“Mereka ditahan kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam restoran tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-sinarharian

Tunjuk surat kebenaran sebelum naik feri

January 21, 2021 | News, Tourism | No Comments

Perkhidmatan feri Langkawi – Kuala Kedah hanya membenarkan penumpang yang mempunyai surat kebenaran polis untuk menaiki pengangkutan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, perkhidmatan feri masih diteruskan, namun semua penumpang perlu ada surat kebenaran merentas daerah untuk menaikinya.

Katanya. sebelum ini hanya penumpang dari luar Kedah sahaja yang diwajibkan mengemukakan surat kebenaran itu.

“Sekiranya tiada (surat kebenaran polis), kita tak benarkan menaiki feri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, jadual perjalanan feri kekal seperti tempoh PKP Bersyarat dengan satu ‘trip’ pergi dan balik pada setiap hari, manakala jumlah penumpang dijang ka berkurangan hingga 40 ke 60 orang sahaja berbanding kapasiti asal feri iaitu 650 orang.

-hmetro

‘Bot laju tidak ikut SOP’

January 12, 2021 | News | No Comments

Penggunaan bot laju bagi menggantikan feri ikonik Pulau Pinang yang bermula 1 Januari lalu dilihat sebagai ‘bom jangka’ kepada gelombang penularan Covid-19 yang ketiga kerana didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pelaksanaan bot laju tersebut dibuat tanpa mempertimbangkan faktor penting antaranya penjarakan fizikal.

Menurutnya, penumpang harus beratur dalam keadaan berdekatan antara satu sama lain selain tiada penjarakan fizikal ketika berada dalam ‘shuttle bus’ yang disediakan.

“Di dalam bot laju, penumpang duduk sebelah menyebelah dan berdekatan antara satu sama lain dalam ruang yang tertutup serta berhawa dingin. Dalam persekitaran sebegini, perebakan penyakit bawaan udara akan tinggi berbanding feri ikonik yang terbuka dengan pengudaraan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang sedia ambil alih feri ikonik jika SPPP hadiah

Pulau Pinang masih harap feri ikonik dikekalkan

Hanya PH mampu selamatkan feri Pulau Pinang: Guan Eng

“Selain itu, feri ikonik mengamalkan penjarakan fizikal apabila menandakan kawasan yang tidak boleh diduduki penumpang sebaliknya langkah penting ini tidak dilaksanakan di dalam bot laju,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, penumpang perlu menunggu di dalam ‘shuttle bus’ dalam tempoh yang lama kerana ia bergerak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Katanya, bot laju juga menyulitkan bagi penumpang yang berbadan besar kerana semua tempat duduk hanya berukuran 40 sentimeter lebar.

“Selain itu, penumpang juga perlu berjalan jauh untuk sampai ke tempat masuk atau keluar dari terminal selepas turun dari bot laju.

“Selain itu, kedua-dua terminal, Jeti Swettenham dan Pengkalan Sultan Abdul Halim tidak mematuhi Kod Amalan Standard Malaysia bagi Akses Orang Kurang Upaya (MS) seperti yang ditetapkan ke atas semua stesen pengangkutan awam,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan mengapa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tidak menggunakan feri ikonik sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 berbanding penggunaan bot laju.

“Amat dikesali apabila isu feri ditangani secara melulu tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna feri, terutama membabitkan soal keselamatan mereka dalam situasi Covid-19 semasa yang kian membimbangkan,” katanya.

SH

482 individuals caught flouting CMCO SOP

December 4, 2020 | News | No Comments

KUALA LUMPUR: A total of 482 individuals were nabbed for various offences under the Conditional Movement Control Order (CMCO) standard operating procedures(SOP).

From the total, 438 people were issued compound, 40 remanded and four released on bail, said Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

He said the offenders were nabbed at 61,784 compliance checks conducted by the authorities.

“The compliance team inspected 3,600 hypermarkets, 5,246 restaurants, 1,692 factories, 3,524 banks, and 540 public sector offices,” he said in a statement today.

He said 128 people were nabbed for not observing physical distancing, while other offences included interstate or inter-district travels without permission.

Op Benteng yesterday also detained 68 illegal immigrants and 10 tekong (boat skippers).

A total of 296 roadblocks were mounted by the task force, he added.

“From the total, 228 roadblocks were mounted by the Armed Forces, 59 by the police and the other nine by the Malaysian Border Security Agency (Aksem).

“Action will be taken against those who try to enter the country illegally and the enforcement agencies will continue to beef up control along the country’s border.

Members of the public can call the National Task Force hotline at 01162511223 to lodge reports on illegal immigrants and cross-border crimes, he said.

-nst

Two policemen were attacked by a group of men while they were trying to enforce the standard operating procedure (SOP) at a shisha place in Lembah Sireh, Kota Baru, last night.

Insp N. Indra Nahu, 33, had facial injuries from being punched and scratched, while LCpl Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, broke a finger on his right hand, Kelantan police chief, DCP Shafien Mamat, said.

Shafien said that the incident happened around 8.15pm during an SOP compliance operation with the Kota Baru Islamic City District Council (MPKB-BRI) and Rela (People’s Volunteer Corps).

He said that after identifying themselves, they were attacked and a scuffle broke out for three to four minutes with punching, scratching, et cetera.

“Police succeeded in arresting three men, aged 23 — 28, including a person believed to be the proprietor,” Shafien told reporters today after visiting one of the policemen recuperating at home.

He said that one of the attackers has a drug crime record, while police are hunting for another suspect.

“The men are on remand for four days beginning today and the case is being investigated under Sections 353 and 186 of the Penal Code for assaulting a policeman and obstructing a public servant from carrying out his duty.

“We ask the public not to obstruct a public servant from performing their duties especially in enforcing the National Security Council’s pandemic rules,” said Shafien.

In another case, he said that a 50-year-old single mother from Pasir Puteh lodged a police report yesterday after she fell victim to a love scam and lost RM615,000.

“The victim was allegedly contacted by a courier company staffer who said there was a package from England waiting for her sent by someone she befriended on Facebook in April.”

However, she had to deposit RM1,350 into a bank account allegedly belonging to a courier company officer as “local charges” payment.

After that, the victim received continuous instructions to make all kinds of other payments including the sales and service tax, and a declaration that the item does not contain chemicals.

“The victim made various banking transactions in different accounts belonging to different people till September totaling RM615,000,” said Shafien, adding that she was threatened with legal action if she didn’t.

-malaymail

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908