Tag Archive : struktur tanah

/ struktur tanah

Paip patah akibat perubahan struktur tanah

January 13, 2021 | News | No Comments

Hujan lebat sejak seminggu lalu mengakibatkan paip di kawasan tangki Bukit Kempas 2 di sini patah dalam kejadian awal pagi Isnin.

Kejadian itu juga dipercayai berlaku kerana perubahan struktur tanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr Nor Ifuan Md Nor berkata, insiden terbabit menyebabkan kira-kira 1,600 akaun pengguna bekalan air di kawasan terbabit terputus bekalan.

“Pihak Ranhill SAJ bertindak segera membersihkan tanah runtuh di kawasan berhampiran penduduk atas nasihat Bomba dan Penyelamat Larkin.

“Bagaimanapun, kawasan di cerun yang runtuh tidak dibenarkan diganggu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

“Pihak Ranhill SAJ juga melantik konsultan bagi menjalankan kajian berkaitan struktur tanah di tangki terbabit,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Nor Ifuan, beberapa kawasan yang terbabit dengan gangguan bekalan air ekoran insiden yang berlaku Bukit Kempas 2 pada Isnin itu mula menerima bekalan air secara normal sejak awal pagi Selasa setelah pengolahan sistem bekalan air dapat dilakukan daripada sumber berhampiran.

“Masih ada beberapa buah rumah terutama di kawasan tinggi yang masih belum memperoleh bekalan air dan pihak Ranhill SAJ sudahpun menghantar lori bantuan air bagi memastikan pengguna di sini mendapat bekalan air,” katanya.

Jelasnya, pihaknya memandang serius insiden terbabit dan membuat pemantauan berterusan di kesemua 705 tangki di seluruh negeri ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri mana-mana instalasi bekalan air bagi mengelak kejadian tidak dingini dan segera membuat laporan kepada pihak Ranhill SAJ atau pihak berkuasa sekiranya berdepan keadaan tanah yang mencurigakan di mana-mana tangki utama,” katanya

SH


//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908