Tag Archive : Suntikan tifoid

/ Suntikan tifoid

Peniaga makanan kena ambil suntikan tifoid

April 22, 2020 | Health | No Comments

PENIAGA makanan menerusi e-bazar ketika Ramadan perlu mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil suntikan tifoid.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peraturan pengendalian makanan sudah sedia ada dan perlu dipatuhi.

“Kalau mereka nak kendalikan makanan, pasti mereka kena ikut peraturan yang diberi oleh KKM termasuk suntikan tifoid dan sebagainya.

“Kita ada peraturan dan mereka kena mematuhinya,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham turut menasihati masyarakat supaya menjaga kebersihan bagi mengelak penyakit demam denggi disamping virus Covid-19.

Menurutnya, kes denggi masih menular di dalam komuniti dan aspek kebersihan kawasan perumahan dan kawasan sekitar perlu diambil berat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau sudah tamat PKP, penting juga apabila kita pulang ke pejabat, pastikan persekitaran bersih dari pembiakan nyamuk aedes di kawasan pejabat,” katanya.

hmetro

//oackoubs.com/4/2458908