Tag Archive : Tak salah bercuti

/ Tak salah bercuti

Tak salah bercuti, balik kampung tapi patuh SOP

December 29, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Orang ramai digalakkan untuk merancang percutian dan pulang ke kampung secara bergilir bagi mengurangkan impak jangkitan Covid-19.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am Dr Hanafiah Bashirun berkata, langkah utama untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 adalah dengan mengurangkan pergerakan.

“Masalahnya untuk mengawal pergerakan, kita kena laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun disebabkan situasi ekonomi, kerajaan membenarkan pergerakan.

“Tak salah pun nak balik kampung atau bercuti, tetapi yang menjadi masalah apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika mahu balik bercuti, perlu rancang dan kalau boleh jangan semua adik-beradik balik semua dalam satu masa untuk elakkan jangkitan sebab kita tidak tahu siapa dalam kalangan kita membawa virus Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 susulan pergerakan keluar warga kota dan Selangor (zon merah) untuk bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti panjang.

Menurutnya, akibat pergerakan orang ramai dari zon merah memang menyumbang kepada wujudnya kluster ‘balik kampung’.

Dr Hanafiah berkata, jika diperhatikan sekarang ramai masyarakat yang sudah tidak memakai pelitup muka, berpeluk dan bercium seperti biasa, lagi-lagi bila berkumpul dengan keluarga dan rakan.

“PKPD atau PKP Bersyarat (PKPB) sebenarnya bukan penyelesaian utama Covid-19, tetapi sikap ambil mudah dan cuai serta tidak mematuhi SOP masyarakat yang menyumbang peningkatan kes jangkitan ini.

“Semua pihak perlu bersabar dahulu sehingga rakyat Malaysia divaksinkan dan kita boleh tangguhkan bercuti atau membuat ‘gathering’.

“Ingat bahawa tidak semestinya kita tidak mempunyai simptom batuk, demam atau selsema, kita bebas daripada virus Covid-19,” katanya yang menyarankan orang ramai sentiasa memakai pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal dan guna pembasmi kuman.

hmetro

//mauchopt.net/4/2458908