Tag Archive : tanah

/ tanah

Kanak-kanak 6 tahun antara 11 maut dihempap tanah

January 11, 2021 | News | No Comments

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara 11 individu dilaporkan terkorban dan puluhan yang lain masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Jawa Barat, hari ini.

Jurucakap Agensi Menyelamat Bandung, Seni Wulandari berkata, hujan lebat sejak petang semalam dipercayai antara punca kepada berlakunya runtuhan di Bandar Sumedang, yang mana menimbus penduduk di kawasan berkenaan.

“Kami masih mengira jumlah mangsa sebenar yang hilang selepas berlaku runtuhan kedua yang menghempap penduduk dan pasukan penyelamat ketika menyertai operasi mencari mangsa dalam tanah runtuh pertama,” katanya.

Seni berkata, setakat ini, sekurang-sekurangnya seorang mangsa ditemui selamat namun keadaannya parah.

“11 individu termasuk kanak-kanak lelaki maut dalam insiden itu,” katanya.

September tahun lalu, sekurang-kurangnya 11 orang juga dilaporkan maut akibat tanah runtuh di Kalimantan manakala beberapa bulan sebelumnya, puluhan mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Sulawesi.

Agensi bencana Indonesia menganggarkan seramai 125 juta rakyat negara itu atau hampir separuh populasinya tinggal di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.

HM

GARA-GARA mendakwa mayat kanak-kanak yang ditanam kesejukan di dalam tanah, seorang lelaki warga Rusia bertindak mencuri dan menggali semula mayat yang telah ditanam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Anatoly Moskvin, 59, berhadapan dengan hukuman mahkamah apabila dia ditangkap bersama 29 mayat kanak-kanak yang telah dicuri.

Dia kemudiannya memakaikan baju, stoking dan kasut pada mayat yang dicurinya supaya kelihatan seperti anak patung.

Mayat yang dijadikan seperti patung boneka itu kesemuanya perempuan dan juga telak disolek.

Moskvin juga memasukkan kotak muzik dalam badan mayat itu dan menandakan tarikh lahir pada kanak-kanak berkenaan.

Memetik laporan Daily Star, Moskvin yang juga merupakan seorang ahli sejarah mendakwa bahawa perbuatannya itu bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Dia juga enggan memohon maaf atas perbuatannya yang mencuri 29 mayat budak perempuan setelah ditangkap sekitar tahun 2011 yang lalu.

Ketika disoal siasat, Moskvin sempat memberi pesan dan berkata kepada polis supaya tidak menanam mayat gadis terlalu dalam kerana dia mahu menggalinya semula apabila dia dibebaskan kelak.

Sementara itu dia juga memberi alasan bahawa keluarga mangsa tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia dan Moskvin langsung tidak menyesali perbuatannya itu.

“Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit tetapi beranggapan mereka tidak mempunyai keluarga.

“Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.

“Itu bermakna hubungan mereka sudah berakhir dan mereka tiada hak lagi ke atasnya…jadi saya enggan memohon maaf,” katanya.

Dalam pada itu, Moskvin turut memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dari hospital psikiatri untuk menjaga ibunya yang sudah berusia.

Rayuan itu dibuat dengan alasan penyakit skizofrenia dihidapinya sudah pulih.

-sinarplus

//soaheeme.net/4/2458908