Tag Archive : Terjejas

/ Terjejas

Pitas paling terjejas akibat banjir

January 15, 2021 | News | No Comments

Daerah Pitas paling terjejas akibat banjir di negeri ini berikutan terputus hubungan sejak beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekurang-kurangnya sembilan lokasi dikenal pasti Jabatan Kerja Raya (JKR) berlaku kerosakan yang memerlukan pembaikan segera.

Lokasi terbabit katanya ialah di Kilometer 53.05 Jalan Langkon – Pitas, Kilometer 1.7 Jalan Maringgan, Kilometer 0.25 Jalan Suang Duyung-Layak-Layak, Kilometer 4.25 Jalan Suang Duyung – Layak-Layak dan Jalan Sosop Bal di Kampung Rinasuk.

Turut terjejas Kilometer 15.5 Jalan Ulu Malubang, Kilometer 2 Jalan Mongkubou Laut, Kilometer 6.95 Jalan Mongkubou Laut dan Jalan Telaga yang membabitkan kerosakan jambatan Sungai Paparoun.

“Tindakan segera akan diambil pihak JKR Sabah bagi membaiki jalan dan jambatan yang runtuh akibat hujan lebat dan banjir yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

“Saya sudah menerima laporan daripada JKR Sabah mengenai kerosakan yang berlaku dan jurutera daerah JKR di kawasan yang terbabit dengan musibah ini sudah turun padang memantau serta memberikan laporan terperinci kerosakan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, selain daerah Pitas, JKR juga menerima laporan berlaku tanah runtuh di daerah Kota Marudu dan Beluran.

“Bagi kes jalan runtuh yang tidak terlalu serius, kerja-kerja pembersihan sudah dilaksanakan oleh pihak JKR termasuk jalan di bawah jagaan kontraktor atau syarikat yang mendapat konsesi penyelenggaraan,” katanya.

Katanya, bagi kes jalan runtuh termasuk jambatan yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi, penilaian perlu dilakukan bagi menentukan anggaran kos pembaikan dan ia akan dilaksanakan segera.

Dalam pada itu, Bung Moktar meminta semua jurutera daerah JKR agar sentiasa memantau keadaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan jalan raya dan jambatan jika hujan dan banjir berterusan.

Sementara itu, Pengarah JKR Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid, berkata kejadian hujan lebat dan banjir di Kota Marudu dan Pitas punca utama berlakunya runtuhan jalan dan jambatan.

“Kita sudah menerima laporan penuh daripada jurutera daerah yang dan kita akan menilai anggaran kos untuk pembaikan segera,” katanya.

Banjir dilaporkan sejak Isnin lalu di Kudat, Kota Marudu, Pitas dan daerah kecil Paitan di Beluran disebabkan hujan lebat berterusan dengan kira-kira 1,000 mangsa kini ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

HM

Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, kerajaan kini membenarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 sehingga RM60,000

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000.

Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.

Begitupun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila ahli sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum

Difahamkan KWSP akan mengkreditkan jumlah yang dipohon pencarum yang terkesan secara berkala selama enam bulan sementara menantikan pemohon mendapatkan pekerjaan baru

Selain itu, KWSP menjelaskan permohonan i-Sinar akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu selain maklumat yang diperoleh daripada PERKESO melalui pendaftaran Sistem Insurans Pekerja (EIS).

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada KWSP:

Image from Buletin TV3 (Facebook)
Image from Buletin TV3 (Facebook)

SAYS

//dooloust.net/4/2458908