Tag Archive : terungkai

/ terungkai

Misteri bau busuk terungkai

May 18, 2020 | News | No Comments

MISTERI bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di bilik kolej kediaman sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di Bangi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada warden asrama yang memaklumkan terhidu bau busuk dalam bilik berkenaan jam 12.43 tengah hari tadi.

“Hasil rondaan dilakukan sepasukan anggota di lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 34 tahun itu.

“Mayat wanita itu ditemui di atas lantai tepi katil dan mula mereput serta berbau busuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, pemeriksaan di dalam bilik itu mendapati barang milik mangsa yang juga felo asrama berkenaan tidak terusik.

“Berdasarkan semakan mendapati mangsa menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 16 tahun dan menggunakan insulin. Siasatan awal di lokasi mendapati tidak terdapat perbuatan jenayah terhadap mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

hmetro

//usounoul.com/4/2458908