Tag Archive : tipu

/ tipu

Tipu beg hilang elak bayar hutang judi

August 25, 2020 | News | No Comments

AKIBAT membuat laporan palsu kehilangan beg pinggang, pekerja kilang dikenakan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Reduan Abdul Razak, 37, selepas tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan polis yang mana dia tahu adalah palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, pada 8.20 malam, 3 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh membuat laporan kehilangan beg pinggang miliknya di dalam tandas awam medan selera Jalan Keratong – Bahau dan beg itu mengandungi pelbagai barang milik peribadi mangsa termasuk wang tunai RM8,000.

Siasatan lanjut polis mendapati tertuduh membuat laporan palsu bagi mengelak membayar hutang judi dalam talian.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

hmetro

Sembilan individu terpaksa berputih mata apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM53,135 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan siasatan awal polis, penipuan itu didalangi sindiket warga tempatan dan mereka mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang memerlukan penutup hidung dan mulut ketika ini.

“Setakat ini, seramai sembilan orang telah menjadi mangsa termasuk terbaharu seorang lelaki berusia 29 tahun mahu membeli penutup hidung dan mulut berkenaan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakannya kerana sukar mendapatkannya di farmasi serta kedai.

“Dalam kejadian semalam, pekerja swasta itu membuat tempahan sebanyak tujuh kotak bernilai RM550 kepada suspek menerusi laman sosial Facebook, namun hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi penjual serta membaca komen-komen mendapati ramai menjadi mangsa suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lelaki itu membuat laporan polis dan pihaknya kini giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam penipuan itu.

Beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati jika membuat pembelian dalam talian dan membuat semakan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmula/ terlebih dahulu sebelum membeli. – Bernama

SH

//nessainy.net/4/2458908