Tag Archive : tiruan

/ tiruan

Jam tangan tiruan dirampas

January 13, 2021 | News | No Comments

Gombak: Tindakan seorang lelaki yang menjadikan kediamannya di Taman Koperasi Polis, di sini, sebagai stor simpanan dan pusat jualan dalam talian pelbagai jam tangan tiruan mengundang padah apabila diserbu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, hari ini.


Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, hasil serbuan itu menemui sejumlah 500 unit jam tangan pelbagai jenama Casio dan G-Shock yang disimpan di sebuah bilik.

“Ia disyaki menggunakan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah ke atas barangan yang ditemui semasa pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, turut ditemui adalah kotak pembungkus serta kad waranti jam tangan yang dijual bagi menyakinkan pembeli bahawa jam tangan yang dijual adalah tulen.

“Nilai rampasan barangan yang ditemui adalah RM100,000.

“Lelaki berusia 30 tahun itu memaklumkan barangan itu adalah miliknya di mana hasil keterangan, dia menjalankan urusniaga barangan berkenaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu melalui medium media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Dia turut memaklumkan jam tangan berkenaan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM200 mengikut gred dan kualiti jam tangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Zikril berkata, barangan berkenaan diperoleh daripada orang tengah melalui penghantaran kurier ke rumah terbabit.

“Serbuan dijalankan berasaskan maklumat pengaduan awam dan hasil risikan selama dua minggu dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah mengikut Seksyen 100,” katanya.

hmetro

Penyokong tiruan meriahkan Bundesliga

May 14, 2020 | News | No Comments

KELAB Bundesliga, Borussia Monchengladbach mempunyai cara tersendiri untuk memenuhkan ruang stadium dengan 12,000 kadbod yang dibentuk seperti penyokong sebenar.

Ketika ini penyokong hanya dibenarkan menyaksikan perlawanan dari sofa kediaman mereka daripada pergi ke stadium sehingga menyebabkan kelab berkenaan tidak mempunyai pilihan lain.

Monchengladbach memenuhkan ruang tempat duduk yang mempunyai kapasiti 54,000 di Arena Borussia-Park dengan gambar peminat yang dihantar dari rumah.

Kempen ‘Stay at home, be in the stands’ memberi peluang kepada peminat membeli bentuk gambar mereka dengan hanya £17 (RM90.07) dan semua keuntungan disumbangkan kepada tabung kebajikan.

Pemegang tiket bermusim juga diberikan peluang untuk meletakkan kadbod wajah mereka di tempat duduk biasa.

[gn4id:22491201]

Semua bentuk gambar itu ditempatkan belakang tiang gol tuan rumah – ketika penyokong setia dibenarkan memilih ruang mereka.

Gladbach berada di kedudukan keempat dalam carta Bundesliga menjelang penyambungan semula saingan liga berkenaan hujung minggu ini, selepas diberi kebenaran untuk meneruskan aksi ketika Covid-19 mencatat 7,778 kematian di negara itu.

Tidak lebih daripada 213 orang akan dibenarkan berada di dalam stadium bagi satu perlawanan, ia termasuk pemain dan staf kelab terbabit.

Idea penyokong tiruan ini mungkin dapat memberikan semangat kepada pemain untuk mengintai tempat ke Liga Juara-Juara jika tidak dapat bersaingan dalam pemburuan kejuaraan liga.

Penyerang Perancis, Marcus Thuram memberitahu : “Apabila anda pertama kali masuk ke stadium, untuk tiga atau empat saat anda tidak akan sedar ia adalah bukan manusia sebenar.

“Sayangnya, kita tidak dapat merasai suasana bising yang sama daripada penonton, tapi ia masih sesuatu yang baik untuk menerima kehadiran penonton di sini.”

hmetro

//ashoupsu.com/4/2458908