u.s – Apa Pun Share

Tag Archive : u.s

/ u.s

Kerana cemburu isterinya terlampau meminati pelakon Bollywood Hrithik Roshan, seorang lelaki sanggup menikam isterinya hingga mati.

Dineshwar Budhidat, 33, dari Queens, New York menikam isterinya sehingga mati sebelum menggantung dirinya dari pokok. Isterinya, Donne Dojoy, 27, tersangat meminati pelakon Bollywood tersebut namun, Dineshwar tidak suka akan tindakan isterinya itu dan sering memarahinya.

Menurut rakan Boone, Mala Ramdhani, 52, Dineshwar sering menyuruh isterinya itu menutup dan menghentikan filem atau lagu yang ada Hrithik Roshan di dalamnya.

Donne Dojoy

“Semua filem yang Hrithik berlakon, dia akan tengok”, menurut Mala tentang kegilaan Donne terhadap Hrithik. Malah filem Hrithik kesukaannya adalah Kaho Naa Pyaar Hai, filem romantik tahun 2000 yang menaikkan nama Hrithik.

Donne mati dibunuh 12 November lepas. Selepas membunuh Donne, Dineshwar menghantar pesanan ringkas kepada kakak iparnya pada pukul 7.30pm yang mengatakan dia telah membunuh Donne.

Dineshwar kemudiannya pergi ke padang berhampiran sebelum menggantung diri pada pokok.

Hrithik Roshan yang menjadi kegilaan Donne

Donne sebelum itu pernah memberitahu rakan-rakannya tentang sikap kasar dan terlampau mengawal Dineshwar. Menurut rakan Donne, Andel Rodney, Dineshwar sering memukul Donne selain pernah mengugut untuk membunuhnya.

Malah Dineshwar pernah ditangkap 21 Ogos lepas kerana menampar dan mencekik Donne di rumah mereka dan bakal dibicarakan Januari depan.

-Malay Mail

Share and follow us

Seorang bekas pelajar Kolej Boston warga Korea Selatan didakwa mempunyai “kawalan total dan penuh” , dengan sengaja menyebabkan kematian teman lelakinya dengan membunuh diri termasuk dengan menggunakan “ratusan” mesej, antaranya “pergi mati” dan “bunuh diri”.

Pendakwaan terhadap Inyoung You, 21, yang dikaitkan dengan kematian Alexander Urtula, 22, diumumkan di Massachusetts semalam.

Peguam daerah Suffolk, Rachael Rollins mendakwa You “mendera” Urtula yang meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis konvokesyen 20 Mei lalu, lapor BBC.

Peguam itu mendedahkan selepas siasatan menyeluruh, polis memutuskan You secara fizikal, lisan dan psikologi “mendera” Urtula sepanjang hubungan mereka selama 18 bulan yang huru-hara.

“Penderaan menjadi lebih kerap, lebih kuat dan lebih menjatuhkan maruah pada hari-hari dan jam terakhir yang membawa kepada kematian Urtula,” kata peguam itu.

Rollins berkata pasangan itu saling berbalas mesej dengan lebih 75,000 teks dalam tempoh dua bulan sebelum kematian Urtula termasuk “beratus” mesej yang mendorong Urtula membunuh diri.

Dalam kiriman mesejnya, You mendesak Urtula “membunuh dirinya sendiri” dan “pergi mati”, kata peguam itu, dipetik CBC News.

Penyiasat melalui mesej teks dikongsi kedua-dua mereka mendapati You memberitahu Urtula supaya “pergi bunuh diri” atau “pergi mati” dan bahawa keluarga dia dan dunia akan lebih baik tanpa dia, kata pendakwa .

Dia menambah pada 20 Mei, You menjejaki lokasi Urtula yang pergi ke garaj Renaissance di mana dia membunuh dirinya.

Rollins berkata, You kini berada di Korea Selatan dan mereka “optimis dengan berhati-hati” yang dia akan pulang ke Boston secara sukarela untuk menghadapi tuduhan itu.

Kes itu mirip kejadian membabitkan Michelle Carter, wanita Massachusetts yang disabitkan dengan pembunuhan sukarela kerana menghantar teks kepada teman lelakinya, mendorong dia membunuh dirinya pada 2014. Carter, kini sekarang 22, menjalani hukuman penjara 15 bulan, lapor CBS News.

Kes Carter menarik perhatian antarabangsa disebabkan persoalan-persoalan perundangan yang mencabar dan nada mesejnya kepada Conrad Roy III. “48 Jam” meliputi kes dalam episod, “Death by Text.”

Cadangan perundangan negeri yang dinamakan susulan kes Roy memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Rollins berkata kes itu adalah serupa, tetapi “berlainan dan berbeza” berbanding kes Carter walaupun ia juga melibatkan penderaan fizikal.

-FMT

Share and follow us

Kardigan Kurt Cobain dilelong

October 23, 2019 | News | No Comments

Baju kardigan ikonik dipakai anggota kumpulan Nirvana, Kurt Cobain ketika persembahan album Unplugged pada 1993 dijangka dijual antara AS$200,000 (RM836,460) hingga AS$300,000 (RM1.25 juta) pada lelongan Jumaat ini.

Pakaian sejuk berwarna hijau zaitun yang sudah lusuh itu mempunyai kesan kotoran gelap dan satu lubang kecil disebabkan terkena puntung rokok.

Pelelong Julien’s Auctions dalam satu kenyataan berkata, gitar Mustang Fender milik Cobain yang digunakannya sewaktu konsert jelajah In Utero juga akan dijual dalam lelongan selama dua hari itu.

Ini kali kedua Julien’s melelongkan kardigan jenama Manhattan itu yang pernah dijual pada harga sebanyak AS$137,500 (RM575,231) pada November 2015.

Julien’s mendapatkan kardigan itu daripada Jackie Farry, pengasuh anak perempuan Cobain, Frances Bean yang kini berusia 27 tahun.

Persembahan langsung album Unplugged dirakam kurang enam bulan sebelum Cobain membunuh diri.

Kertas pinggan terpakai yang digunakan penyanyi itu untuk menulis senarai lagu Nirvana bagi persembahan di sebuah kelab di Washington dilelong sebanyak AS$22,400 (RM93,710) pada awal tahun ini.

Satu lagi kardigan yang dipakai Cobain pada sesi penggambaran terakhirnya berjaya dijual pada harga AS$75,000 (RM313,762).

Harian Metro

Share and follow us

Tindakan seorang lelaki berjalan sejauh 564 kilometer untuk melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur hanya sia-sia apabila dia ditahan timbalan syerif Daerah Winnebago, Wisconsin yang menyamar sebagai mangsa.

Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit, Tommy Lee Jenkins, 32, berjalan hingga ke Milwaukee pada Khamis lalu sebelum seseorang tidak dikenali membelikannya tiket bas untuk bertemu mangsa dikenali sebagai ‘Kylee’ di Neenah.

Dia tidak menyedari bahawa dia sebenarnya diumpan pihak berkuasa apabila ditahan sebaik saja tiba di Winnebago.

Timbalan syerif terbabit ditugaskan melakukan operasi menerusi Pasukan Khas Kanak-kanak terhadap Jenayah Internet dengan kerjasama polis tempatan dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Menerusi kenyataan media Jabatan Kehakiman, Jenkins mula menghubungi ‘Kylee’ yang tinggal di Neenah menerusi sistem pesanan ringkas sambil meminta gambar lucah dan ingin mengadakan hubungan intim dengannya.

Dia cuba memujuk mangsa datang ke rumahnya di Whitetown, Indiana namun gagal lalu mengambil tindakan nekad berjalan kaki ke rumah ‘Kylee.’

Oshkosh Northwestern melaporkan, dia turut membuat pengakuan kepada mangsanya itu bahawa dia ingin mencari 500 gadis bawah umur untuk melakukan perbuatan jijik terbabit dalam tempoh setahun.

Lelaki terbabit kini didakwa atas tuduhan cuba memujuk kanak-kanak bawah umur untuk melakukan hubungan seks yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan dia pernah ditahan pada 2011 di daerah sama atas dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak yang kemudiannya dipinda kepada empat tuduhan penderaan kanak-kanak.

“Kita berdepan epidemik penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan Internet menyebabkan ia lebih mudah untuk pemangsa berkomunikasi dengan kanak-kanak di seluruh negara,” kata Pendakwa Raya Negeri, Matthew D Krueger.

-Harian Metro

Share and follow us

Pernahkah anda terfikir akan terjumpa seutas jam yang harganya mampu mencecah sehingga RM1 juta.


Namun itulah yang berlaku terhadap seorang wanita warganegara Kanada yang menjumpai seutas jam tangan di bawah di bawah kusyen sofa yang dibelinya empat tahun lalu di sebuah kedai bundle dengan harga $25 (RM104.76).

Kisah ini diceritakan oleh Paul Altieri dari Bob’s Watches yang disifatkannya paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.

Setelah meneliti jam tersebut dengan lebih dekat, wanita berkenaan mendapati jam tersebut merupakan seutas jam tangan berjenama Rolex.

Bagaimanapun wanita tersebut tidak tahu betapa bertuahnya dia kerana hanya beberapa orang sahaja mampu memliki jam tangan tersebut.

Jam tangan tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 “Paul Newman” dan menurut Altieri jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.


Wanita tersebut kemudiannya menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan namun gagal.

Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sofa itu malah urusan jual beli telah dilakukan dalam tempoh yang terlalu lama.

Setelah meneliti jam tangan berjenama Rolex itu, wanita tersebut sedar betapa berharganya jam tangan itu lalu menghubungi Bob’s Watches untuk menjualnya.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mahu risiko jam tersebut hilang melalui penghantaran dan dia juga tidak mempunyai wang untuk ke California, maka Altieri sendiri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.

Pakar tersebut kemudiannya mengesahkan jam tangan itu adalah tulen dan bernilai $250,000 (RM1,047,625).

Wanita berkenaan kemudiannya memutuskan untuk menjual jam tangan itu kepada Bob’s Watches dengan nilai yang disebutkan.

Model Paul Newman ini pernah memecah rekod untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual di lelongan pada tahun 2017 dengan harga RM71,255,500.

-FMT

Share and follow us

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menyertai larian 5 km, secara tidak sengaja menjadi juara larian 10 km kerana tersalah simpang.

Kanak-kanak tersebut, Kade Lovell, dikatakan menyertai larian yang turut disertai peserta dewasa bulan lepas di Minneapolis, Minnesota, U.S.

Dia yang sepatutnya menghabiskan larian 5 km, mengejutkan semua orang apabila sebaliknya manamatkan larian 10 km sebagai juara.

Bercakap kepada media St. Cloud Times, Kade berkata, “Sebaik saya ternampak simpang untuk larian 5km, seorang wanita menyuruh saya untuk berlari terus. Jadi saya berlari terus dan agak keliru.”

Dia juga berkata kepada media lain, “Akhirnya bila tiba di laluan bersimpang, papan tanda menunjukkan larian 10km, dan saya berasa, ‘Ini bukan larian 5km’.”

Apabila Kade gagal melepasi garisan penamat 5 km, ibunya, Heather Lovell mula risau. Dia memberitahu media, “Saya kemudiannya meminta semua orang mencarinya, termasuklah pihak bomba.”

Ibu Kade, Heather Lovell

Namun, Kade yang juga berlatih larian tiga kali seminggu, melintasi garisan penamat larian 10 km dengan masa 48 minit. Perkara ini dianggap agak menakjubkan apabila purata umur 9 pemenang yang lain ialah 38 tahun.

Ibunya yang akhirnya mengetahui hal sebenar berkata, “Saya bermula risau dan takut, kepada seronok dan bangga dengannya.”

Dengan kejayaan itu, Kade kini menanam azam untuk bertanding dalam pertandingan Olimpik Junior pada musim sejuk akan datang.

Ladbible

Share and follow us

Pengguna lebuh raya di Auburn Hills, U.S mengalami permandangan yang agak ‘menyeronokkan’ apabila papan iklan elektronik yang terletak bersebelahan lebuhraya tersebut memaparkan filem lucah yang berlangsung dalam 15 ke 20 minit, pada Sabtu lepas

Laporan mengenai video lucah yang ditayangkan di papan iklan tersebut diterima pihak polis pada jam 11 malam. Pihak polis yang tiba di lokasi kemudiannya menghubungi pemilik papan iklan elektronik terbabit, Triple Communications, untuk menghentikan dan menutup papan iklan tersebut.

Papan iklan elektronik tersebut

Polis masih mencari dua orang suspek yang bertindak menggodam papan iklan elektronik tersebut.

Bercakap dengan media Detroit Free Press, Leftenan Ryan Gagnon berkata, “Saya tidak pernah melihat dan mendengar perkara seperti ini berlaku.

“Ianya tersangat mengganggu perhatian pemandu di lebuh raya ini dan secara terang-terangan salah dan tidak sesuai. Keadaan di sini juga agak gelap, menyebabkan skrin papan iklan ini memancar terlalu terang.”

Menurut laporan di laman sosial, papan iklan elektronik ini mempunyai skrin di kedua-dua belah permukaan, menyebabkan aliran trafik dari kedua-dua arah boleh melihat apa yang terpapar di skrin tersebut.

Rakaman CCTV kedua-dua suspek

Pihak polis juga telah mengongsi rakaman CCTV pondok kawalan papan iklan tersebut yang menunjukkan dua orang suspek berkulit putih menceroboh pondok kawalan di bawah papan iklan tersebut. Mereka dirakam meninggalkan pondok kawalan tersebut 15 minit selepas menceroboh.

Ladbible

Share and follow us

Ini mungkin suatu kisah yang agak pelik dan menyeramkan seperti di dalam filem. Seorang ibu dari Indiana, U.S mendakwa anak angkat berumur 9 tahun yang diambilnya sebenarnya berusia 22 tahun.

Selain usia yang jauh tua, wanita tersebut juga mendakwa anak angkatnya itu seorang psikopat dan pernah cuba membunuhnya. Memang sekali dengar seperti sebuah filem Hollywood, namun itulah perkara sebenar yang didakwa berlaku oleh wanita tersebut.

Wanita tersebut, Kristine Barnett, 45 dan bekas suaminya, Michael Barnett, 43, kedua-duanya kini berada dalam siasatan polis kerana dituduh mengabaikan anak angkat mereka.

Kedua-dua mereka didakwa meninggalkan anak angkat kelahiran Ukrain itu, Natalie Grace di sebuah pangsapuri di Lafayette, Indiana pada 2013 sebelum berpindah ke Kanada sebulan kemudiannya.

Polis berkata, kanak-kanak tersebut dibiarkan tinggal keseorangan selama 3 tahun, walaupun memiliki kekurangan upaya kerana kanak-kanak itu disahkan memiliki masalah dwarfism, yang bermaksud, ketinggiannya hanya 0.9 meter selain mempunyai masalah untuk berjalan.

Namun berdasarkan temu bual dengan media DailyMailTV, Kristine mendakwa bahawa masalah utama tuduhan yang dihadapi mereka adalah, Natalie bukanlah berusia 9 tahun seperti didakwa pihak polis, tapi usia sebenarnya adalah 22 tahun mengikut dokumen rasmi yang dia perolehi.

Kristine juga mendakwa, di dalam kes ini, Natalie bukanlah mangsa, sebaliknya dirinya dan bekas suaminya adalah mangsa utama kerana dia mendakwa pernah diugut Natalie ketika sedang tidur, ditolak ke arah pagar elektrik selain Natalie pernah mencampur peluntur ke dalam kopi yang Kristine minum.

Selain itu, dia juga mendakwa yang Natalie juga telah datang bulan selain mempunyai fizikal seperti orang dewasa, walaupun ketinggiannya hanya 0.9 meter.

Sebelum didakwa dan dituduh melakukan jenayah pengabaian dan kecuaian ke atas kanak-kanak pada 11 September lepas, Kristine dan bekas suaminya, Michael pernah diangkat sebagai ibu bapa contoh apabila berjaya membesar dan mendidik anak mereka yang menghidapi autisme, Jake Barnett sehingga menjadi seorang kanak-kanak genius.

Jake yang didiagnos menghidapi autisme pada usia 2 tahun, berjaya manghasilkan kertas akademiknya pada usia 12 tahun, dan ketika berusia 15 tahun, dia diterima untuk meneruskan pelajaran di sebuah institusi fizik terkemuka di Kanada.

Kejayaan Jake itu menyebabkan Kristine diangkat sebagai ibu contoh, malah berjaya menghasilkan buku tentang pengalamannya membesarkan Jake. Disebabkan pengalamannya itu juga, yang membuatkan Kristine mengambil keputusan untuk mengambil Natalie sebagai anak angkat pada 2010, ketika dia hanya berusia 6 tahun.

Kristine berkata, Natalie dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Namun hari demi hari, banyak perubahan yang dilihat daripada Natalie dari segi fizikal dan mentalnya. Keadaan itu menyebabkan Kristine mengambil keputusan untuk membuat ujian kepadatan tulang Natalie untuk mengetahui usia sebenarnya.

Salah satu keputusan ujian tersebut yang diterima dari Doktor Andrew McLaren pada 2012 mengesahkan yang, tahun kelahiran Natalie pada surat beranaknya iaitu tahun 2003, adalah tidak tepat dan mengatakan Natalie berpura-pura menjadi seorang kanak-kanak untuk menipu Kristine dan para doktor.

Keputusan ujian ini menyebabkan siasatan polis dilakukan ke atas Natalie atas tuduhan memalsukan usia dan pada 2012 juga, Kristine berjaya memohon kepada mahkamah daerah Marion agar usia Natalie diperbetulkan dan dia dianggap sebagai orang dewasa. Berdasarkan permohonan itu, tarkh lahir Natalie diubah kepada 4 September 1989, membawa maksud yang dia berusia 22 tahun.

Oleh kerana hal ini, Natalie secara rasminya dianggap sebagai seorang dewasa dan mampu hidup sendiri. Kristine kemudiannya menyewakan Natalie sebuah pangsapuri di Indiana sebelum berpindah ke Kanada.

Namun pihak pendakwa raya yang mendakwa Kristine dan bekas suaminya atas tuduhan mengabaikan anak di Jabatan Sherif Daerah Tippecanoe mempunyai versi yang berbeza. Mereka mendakwa mempunyai laporan ujian kepadatan tulang yang menunjukkan Natalie sebenarnya berusia 8 tahun pada 2010.

Selain itu, laporan awal tentang pengabaian itu diterima dari Natalie sendiri pada 2014, namun hanya sekarang baru pendakwaan dilakukan. Kes ini masih berlangsung.

Daily Mail

Share and follow us

Guru tempatkan pelajar autisme di tandas

September 26, 2019 | Viral | No Comments

Seorang pelajar 11 tahun, Lucas Goodwin, dari Washington, U.S melalui detik memalukan apabila ditempatkan di tandas oleh gurunya selepas ibunya meminta agar pihak sekolah menyediakan tempat yang senyap untuk anaknya fokus belajar disebabkan masalah autisme dan penyakit auto-imun yang dihidapi pelajar tersebut.

Menurut ibu pelajar tersebut, Danielle Goodwin, anaknya dimalukan dan dihina disebabkan tindakan pihak sekolah. Sekolah tersebut, Sekolah Menengah Whatcom, di Bellingham menerima kecaman teruk di atas tindakan mereka.


Sekolah Menengah Whatcom

Menurut jurucakap sekolah tersebut, Greg Baker, tindakan mereka menempatkan Lucas di tandas adalah dengan niat yang baik, selain tandas tersebut jarang digunakan, malah pernah dijadikan stor. Greg juga berkata, antara lain tandas itu dipilih kerana sekolah tersebut mempunyai tempat dan bajet yang terhad menyebabkan mereka sukar untuk memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bantuan pembelajaran khusus.

Namun, peguam kepada keluarga pelajar tersebut, Shannon Mcminimee berpendapat, perkara itu sesuatu yang tersangat pelik sepanjang 16 tahun beliau menjadi peguam. Shannon berkata, “Pengalaman sekolah menengah bukan sesuatu yang mudah, jadi bayangkan bagaimana jika awak menjadi seperti pelajar tersebut? Dan macam mana dia hendak berkawan?”

Di sebalik kecaman yang diterima, pihak sekolah tetap berkeras dengan keputusan mereka selain tidak mahu memindahkan Lucas ke perpustakaan walaupun diminta. Disebabkan insiden tersebut, Lucas tidak ke sekolah sehingga hari ini, menurut Shannon.

NY Times

Share and follow us

Seorang nenek berusia 87 tahun dari Florida, US dituduh membunuh cucunya yang juga seorang OKU dengan memberi mangsa ubat berlebihan dos sehingga menyebabkan mangsa mati.

Nenek tersebut, Lilian Parks dikatakan membunuh cucunya kerana takut tiada sesiapa yang akan menjaga cucunya itu sekira dia meninggal terlebih dahulu.

Polis yang menerima panggilan kecemasan Ahad lepas di Bradenton, Florida, bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa, Joel Parks, 30. Menurut jurucakap polis, Kapten Brian Thiers, mayat Joel ditemui oleh salah seorang ahli keluarganya.

Kapten Brian Theirs

Joel dijaga oleh neneknya selepas kematian ayahnya, manakala ibu mangsa pula menghilangkan diri. Polis berkata Lilian sebelum itu risau akan keadaan kesihatannya dan takut apa yang akan jadi kepada cucunya jika dia meninggal dunia.

Lilian ditahan dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ditahan lebih lanjut untuk siasatan menyeluruh. Dia akan didakwa atas kesalahan membunuh.

Namun begitu, menurut polis, kes ini agak sukar untuk dihadapi mereka kerana mereka turut bersimpati dengan Lilian yang terpaksa membuat keputusan yang cukup drastik kerana takutkan apa yang bakal terjadi kepada cucunya, jika dia telah tiada.

NY Times

Share and follow us