Tag Archive : ugut bunuh

/ ugut bunuh

Lelaki ugut bunuh wartawan ditahan

January 8, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang wartawan susulan laporan mengenai kes empat penjenayah ditembak mati sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 52 tahun menetap di Petaling Jaya itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengadu.

“Lelaki berusia 43 tahun terbabit mendakwa menerima panggilan telefon ugutan bunuh semasa berada di rumahnya di Jalan Ipoh.

“Hasil siasatan, polis menahan suspek dan merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menghubungi pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati suspek adalah bapa kepada seorang suspek kes tembak di Sungai Buloh yang berlaku pada 25 Disember lalu.

Katanya, kejadian berpunca apabila suspek tidak puas hati dengan pengadu yang menyokong polis untuk membanteras jenayah menerusi penulisannya.

“Semakan mendapati suspek pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan selepas keterangannya diambil polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

hmetro

Tergamak ugut bunuh ibu dan adik perempuan

November 12, 2020 | News, Viral | No Comments

Akibat ketagihan dadah, seorang lelaki tergamak mahu membunuh ibu serta adik perempuannya, dalam kejadian di Kampung Padang Ubi pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 34 tahun itu juga sempat mengarahkan kedua-duanya mengucap ketika diacukan pisau setelah wang yang diminta tidak diberikan.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan sering mengamuk serta merosakkan barangan peralatan rumah apabila keinginannya tidak dipenuhi.

“Kejadian berlaku apabila suspek secara tiba-tiba mengacukan pisau ke arah adik kandung berusia 29 tahun sebelum meminta wanita itu mengucap. Suspek juga mengugut kalau tak ikut arahannya, dia akan bunuh.

“Akibat takut dicederakan, adik perempuan suspek berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Suspek kemudian mengugut ibu kandungnya dan mengarahkan wanita berusia 60-an itu untuk mengucap,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, polis bertindak membuat tangkapan ke atas suspek di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan, kira-kira jam 5 petang semalam.

Sebilah pisau panjang berukuran 21 sentimeter turut dirampas dan disyaki digunakan suspek dalam kes terbabit.

Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

-sinarharian

//cdrvrs.com/4/2458908